Thursday, September 17, 2009

::postpower sydrome::

assalamualaikum wbt..

siang tadi, saya keluar dengan ibu saya ke sebuah pasar raya besar. lenguh kaki
berjalan, x sangka saya terserempak dengan seorang sahabat lama saya. kawan
sekelas.. lama x dengar cerita dia, dulu sama2 bagi tunjuk ajar dalam belajar
kat kelas. Dengan wajah yang penuh senyuman, saya menolak troli, menghampiri
dirinya. Saya melambai-lambai tangan ke arahnya sehingga dia menoleh kepada
saya. Tanpa saya sangka, terus saja dia menundukkan pandangan..pura-pura saya
tidak dikenali..



seharian ini, saya masih terkesima dek peristiwa itu. panjang saya berfikir, cuba juga memujuk hati, mungkin ada sebab kawan saya itu cuba mengelakkan diri dari saya. saya tak pasti.
tapi, kalau anda jadi saya, apa yang patut anda rasa??


**********************
sebenarnya, terlintas di hati saya nak berkongsi tentang menjadi yang terbaik.
kalau dalam ilmu psychology, setiap dari kita ini dibekalkan dengan perasaan Mastery @ mastery motive (betul ke eja? hehe..dh ingat2 lupe da..)
mastery motive inilah yang menjadi pendorong untuk setiap dari kita menjadi pemenang atau menjadi yang terbaik di kalangan manusia.
sebagai contoh, (ini ambil contoh doktor kt kuliah la yang bagi yek), cikgu anda bagi soalan yang paling susah sekali, dan soalan tu xd sape boleh jawab..tiba2, anda dapat jawapannya. bila kawan baik anda tanya pada anda dan meminta jawapan dari anda, apakah anda akan memberitahu dia? sekalipun dia adalah teman paling baik anda?
hehe..kalau ikut teori psychology lah, manusia normalnya, bila dalam situasi macam ini, dia akan simpan jawapan tu sorang2. sebab sama ada anda nak deny atau tidak, kita dilahirkan dengan satu perasaan yang menjadikan kita mahu memenangkan diri..nak jadi yang terbaik.
tapi, tak boleh lah nak cakap kita kena ikut dan menurut sahaja perihal teori ini. Mastery motive penting untuk kita memajukan diri dalam hidup. Supaya kita tidak sekadar melihat orang lain berjaya..sedang kita duduk tak buat apa-apa..
dari kekuatan dalaman inilah yang menolak kita untuk bersaing dengan orang lain..cuba meletakkan diri di tempat yang terbaik.
namun, hati-hati jangan sampai melebih-lebih!
persaingan itu memang penting dalam hidup kita.. kalau xd persaingan, kita tak ada pendorong untuk memajukan diri kita.
tapi, sikap bersaing yang melampau2 pun bahaya.
HATI-HATI
islam mengajar kita erti kesederhanaan.
islam menegah kita dari sikap bermegah-megahan.
baik dari segi keturunan, kekayaan, mahupun kecantikan.
dalam hidup saya, saya melihat adakala manusia amat taksub dalam persaingan.
mungkin memang sifat sesetengah manusia, mereka tidak pernah mahu kalah.
saya nampak disini ada keburukannya.
kadang-kadang dengan kelebihan yang Allah berikan, kita rasa megah dengan diri sendiri
rasa hebat.
bila sudah timbul rasa hebat dalam diri, sukar untuk menerima kekalahan.
atau sebenarnya, dalam hidup sesetengah individu, hidup ini memang sentiasa dianggap sebagai perlawanan..
dalam apa pun, saya mesti menang! mesti berada di atas...
alhamdulillah, melalui tarbiyah..saya melihat dunia dari kaca mata yang berbeza. teringat kisah sirah, mengenai panglima perang Islam, Khalid Al-Walid. Dalam perang Yarmouk, Saidina Umar Al-Khattab telah menurunkan Khalid al-Walid daripada jawatan panglima menjadi tentera biasa. malah, jawatannya digantikan dengan Abu Ubaidah Ibn Jarrah. Amat mengkagumkan, sikap Khalid dalam menerima arahan pemerintahnya. walaupun terpaksa berpindah peranan daripada seorang ketua pasukan perang, menjadi tentera yang dipimpin, tetapi semangat juangnya tidak terkesan sekalipun. seusai peperangan, beliau ditanya oleh seorang tentera Islam, mengapa dia begitu bersungguh-sungguh berperang,sungguhpun telah diturunkan pangkat?
Khalid menjawab; "aku berjihad untuk mempertahankan Islam, bukan untuk Umar".
lihatlah bagaimana peristiwa masa lampau mengajar kita.. sikap terbuka Khalid wajar dijadikan contoh. Dia tidak sedikit pun terkesan dengan jawatan dan kemahsyuran yang dimiliki sebelumnya.
anda pernah dengar tentang post power syndrome?
ya..itulah sebenarnya inti pati entri ini. ini adalah satu gejala di mana seseorang yang dibayangi kemahsyuran dan kehebatan diri pada masa lalunya (kerana jawatannya,kecerdikannya, sifat kepimpinannya, etc..) sehingga tidak dapat menerima realiti dan hakikat yang dilalui pada masa kini.
kaitkan dengan persaingan hidup..
adakala kita berada di bawah, adakala kekurangan diri berbanding orang lain bukanlah bererti suatu kekalahan. its the way you define the reality..
sebaiknya kita sedari, walau apa jua yang kita kecapi, semuanya tidak bersifat hakiki..dan segalanya adalah pinjaman dari Allah semata-mata.
kemahsyuran hidup, jawatan, dan sebagainya.
boleh jadi ini adalah ujian dari Allah..usah kita terpedaya, usah kita rasa hebat dengan diri!
kerana sebenarnya walau apa jua kita perolehi, hanya milik Allahlah segala-galanya.
selalulah ingat bahawa kejayaan dan jatuh bangun kita sentiasa digilir-gilirkan oleh manusia.
"Hari-hari kejayaan itu dipergilirkan di antara manusia" (3:140).
dan sikap bermegah-megah itu bukan ciri-ciri orang beriman.
ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan).
justeru, apa jua yang kita lakukan di dunia ini, apa jua yang kita mahukan dalam dunia ini..letakkan Allah itu sebagai tujuan dan matlamat utama.
terlintas untuk berkongsi tentang isu ini selepas berlakunya peristiwa siang tadi..
semoga Allah membuka jalan buat kita semua...tidak ada isu siapa di atas, siapa di bawah..kerana kita semua memerlukan satu sama lain, betul tak?

Tuesday, September 8, 2009

~mai crita pasai result~

" bacalah dengan nama Tuhanmu..."



assalamualaikum wbt to all readers..


ok..result exam final 3rd year baru menggegarkn bumi Alexandria semalam. Alhumdulillah, saya pasti setiap daripada kita mendapat apa yang terbaik dariNya

sementelah keluarnya result exam, saya suka nak berkongsi sesuatu dengan pembaca semua.


Pada saya, setiap kali menerima keputusan peperiksaan, saat itulah kita mendapat 'khabar pengajaran' dari Allah subhanahu wa taala. adakala khabar yang diterima menggembirakan, adakala mengecewakan, adakala bagai mengetuk pintu hati yang dah lama terleka!



Jadi, kali ini saya nak mengajak sahabat2 semua sama-sama merenung dan memuhasabah diri.






refleksi pertama
_____________


apa benda pertama yang anda buat setiap kali lepas dapat result exam?

lupakan? g makan luar nak celebrate? atau mengunci diri dalam bilik?



sebaiknya, saat menerima keputusan exam adalah waktu untuk refleksi diri kita sepanjang tahun pembelajaran tersebut. Sepatutnya, benda pertama kena buat adalah bersyukur dan tajdid niat..tanya balik pada diri kita, kita susah2 belajar untuk apa?

ada orang belajar medic, tapi xd feel..org kate x masyuk..

ada orang belajar medic, tapi malas nak baca buku, nak skor cukup makan, dah..abes citer.

ada orang lain plk, sampai makan pun 5 minit je sbb nk blajar..blajar..dan blajar..

sebenarnya, apa sekali pun cara dan gaya kita belajar semuanya berpunca dari satu kuasa yang mengawal diri kita..iaitu, kuasa niat.

ada orang niat belajar kerana Allah, supaya dapat menjadi ibadah yang mendatangkan pahala. tetapi, apakah cara kita benar-benar ibarat melaksanakan ibadah kepada Allah? apakah kita bersungguh-sungguh, atau bermalas-malasan.. saya sendiri, inilah salah satu cara untuk saya memotivasikan diri. Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang tu perasaan malas tu datang juga..tapi jadikanlah Allah tu motivasi terbaik kita! belajarlah segigih mungkin hanya untuk Allah.. insyaAllah, pada saya kalau semuanya kerana Allah, there will be no regret afterward..dpt result apa pun redha je..sbb kita tahu Allah dh tengok usaha kita. dan usaha itulah yang paling penting.





refleksi kedua- belajar sampai semput??

__________________





sesetengah pelajar medic, dia hanyut dalam dunianya sendiri. saya bercakap secara umum, x menjurus kepada mana2 pihak tau. ada orang memang mahu cemerlang, dan dia jadikan kecemerlangan itu adalah kewajiban buat diri dia. tapi malangnya, pada saya mereka masih tak menemui sebab utama untuk mereka cemerlang. apakah sekadar untuk kepuasan diri? atau sebab dah biasa dapat no 1..so kalau dpt x excellent tu bkn akulah.




saya pernah berkongsi benda ni dengan adik sc saya. kadang2, kita terlalu nakkan kecemerlangan, dan x dapat menerima kita kurang sikit..ini penyakit bahaya..hati-hati, sebab mungkin akan memakan diri sendiri. sebab itu, apa pun kita lakukan, kita perlu letakkan tujuan..dan seperti yang telah saya katakan, kalau anda belajar kerana mengejar redha Allah, bukan kerana cemerlang dunia semata-mata, percayalah! anda x akan rasa stress sangat time nk exam ke, atau lepas dapat result ke, kerana hati anda telah redha dengan segala ketentuannya..jadi, banyak2kan tajdidkan niat.


lakukanlah perubahan, kerana saya dah nampak perubahan pada sesetengah individu yang dah ubah mind set dia..hehe, go girl! sungguh, Allah itu Maha Adil.. kejarlah dunia kerana akhirat..dunia akan datang bergolek kepada kita..adakala, menjadi yang paling cemerlang itu mungkin bukanlah yang terbaik untuk kita, dan Allah menggilirkan kemenangan dan kekalahan kepada hambaNya..dan of course, semua ini tentu bersebab.


"Kami gilir-gilirkan kalangan manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membezakan antara orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai ) syuhada'. Dan, Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. "(Ali-Imran, ayat 140).



saya percaya, dulu saya teringin juga tengok kawan2 dapat 4 flat, saya rasa mereka ni macam gifted..tp saya tahu, mungkin saat itu menjadi yang terbaik itu bukan keputusan yang terbaik buat saya,sungguh Allah lebih mengetahui segalanya. sebab saya admit,mungkin bukan senang untuk saya jaga hati daripada timbulnya perasaan riak dan takabur.jadi saya serahkan segalanya kepada Allah, Dia lebih mengetahui. Dan bila sampai masanya, Dia akan gilirkan kita dengan kemenangan..ambillah ikhtibar dari sejarah umat masa lalu..ada peperangan yang Allah beri kemenangan kepada umat Islam, walaupun relevannya macam x boleh menang (perang badar for instance..) tapi kemudiannya Allah beri kekalahan dalam perang Uhud kerana matlamat mereka berperang waktu tu dh bukan lagi kerana Allah, tapi sebab nk rebut harta perang, padahal time tu umat Islam dah hampir menang..see, Allah dah ajar kita melalui sejarah silam. mari praktikkan dalam hidup kita! letakkan pergantungan kepada Allah, insyaAllah apa yang menyusul adalah yang terbaik untuk kita...walaupun mungkin sesuatu kekalahan, tapi mungkin kekalahan itu yang akan membuka mata kita untuk kembali kepada Allah..





refleksi ketiga - study VS suka ria dunia

____________________________



satu gaya hidup baru masyakat medic alex... ok, terus terang saya cakap, saya nasihatkan anda hentikanlah gaya hidup tidak sihat ini. keluar sampai larut malam...lepas tu ponteng kuliah..ataupun ade je yang pegi kuliah..


trust me, gaya hidup ini bukan saja tak baik untuk rohani anda, tapi untuk result anda juga.

anda pernah baca buku dr Muhaya? or dgr talk mane2 Dr yang lain? saya rasa tidak ada figure perubatan yang berjaya yang akan menyokong gaya hidup ini. Excellence in Medicine requires consistancy. ni bukan cakap saya la...nti orang kate bajet bagus larr, ni orang2 berjaya yang cakap la, saya bace or dgr diorg nye talk n i quote kt sini ye. ada orang kate belajar medic ni very hectic...tension,stress... so, apakah cara anda melepaskan diri dengan lari dari masalah itu adalah cara yang terbaik? x study..hang out sampai pagi..x nak datang lecture..ponteng lagi lecture yang susah..lepas tu da x paham nk blajar sndri, kn dh bertambah masalah?


ada orang kata, enjoy2 juga, study maintain...ada orang enjoy2 juga, result lagi bagus dari orang yang x penah ponteng lecture! hehe..mcm slot kt dalam TLOA plk~ (nasib baik bkn saya yang bagi komen kt situ..) hati2 dengan istidraj dari Allah. sorry if i am too harsh, tapi keluar lelaki perempuan sampai malam2, itu adalah maksiat. dan sama ada anda percaya atau tidak, maksiat mengundang kemurkaan Allah, dan maksiat menggelapkan hati. boleh jadi, anda seorang yang pandai dan bijak, tapi jangan kerana dosa itu, Allah tutup hijab anda..blurr time exam, padahal dah baca..dpt result teruk, padahal anda dah blajar..mungkin itu adalah 'khabar' yang Allah mahu tunjukkan kepada anda..kembalilah kepadaNya. Apapun, sebagai sahabat, saya sendiri sedih melihat kawan2 saya yang terjerumus ke dalam tabiat ini..saya harap ia x menjadi kebiasaan di kalangan kita. banyak2kan ingat tujuan datang ke mesir..blajar la, orang dah hantar suruh blajar..jangan terlalu ikut darah muda, nak release tension, ada caranya.. kalau anda seorang yang mengambil tahu dan melihat persekitaran, inilah antara punca pelajar2 ipta kt Malaysia kecundang..hanyut, lama2 study dah bukan priority.


dan kalaupun keputusan yang anda terima adalah bagus, sekali lagi saya ingatkan, hati-hati..mungkin istidraj dari Allah.bukanlah saya menuduh, mengata sesiapa atau menghukum sesiapa. saya sekadar menasihati sebagai seorang sahabat, anda sendiri dapat menilai semula kata-kata saya..tetapi saya bercakap sampah, anda fikir2kanlah..


refleksi ke-4 study Vs I orang busy U!

__________________________




hehe, sape yang busy tuh.. ok, ini bercakap tentang antara study dan kerja2 persatuan, or kerja2 luar selain study. maaf, mungkin saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang ini, kerana saya bukanlah ajkt PCI pon, tetapi saya harap perkongsian saya ini bermakna, buat anda semua.


terfikir saya tentang komen atun time mesyuarat agong PCI yang lalu, ada sentuh pasal isu ni. dan mungkin saya bercakap dari pengalaman saya yang tak seberapa..tapi ade lar sesuatu yang best untuk dikongsi; sewaktu saya mula2 dipelawa jadi ajk kecik upi pn, 1st thing sy fikir, how with my study nti, terganggu x? sy tanya ramai orang..bile orang ckp upi ni busy banyak kerja, sy pening jg.tapi, saya tahu menjawat jawatan bukanlah kerana jawatan itu memberi kredit atau name ke ape, i bet orang2 yang pegang jawatan ni adalah orang2 yang Allah bukakan hati untuk berbakti kepada orang lain..tapi satu perkara yang saya kagumi, sahabat2 lain yang dah lebih dahulu berkerja untuk upi yang orang kata busy tuh, mereka sebenarnya adalah dari golongan yang result mantap2! itu yang memberi kekuatan kepada saya untuk bersama dgn mereka! dan bila berkerja bersama, saya belajar dari mereka yang walaupun sibuk dengan benda lain, study tak pernah jadi no 2. kadang2 tengah buat kerja, pernah dulu saya merungut, ya Allah x sempat buka buku lagi mnggu ni..mereka ingatkn saya supaya byk tajdidkan niat..dan mengingatkn saya tentang ibadah yang afdhal adalah yang bertepatan dengan waktunya..jadi, time wat keje, wat keje betul2, time study, study betul2.. dan ada senior pernah pesan pada saya, mmg study takkan pernah jadi no 2, sampai kadang2, esp time dkt nk exam, kita perlu sediakn waktu kuarantin kita. waktu yang x diganggu dgn tugasan lain, time tu mmg pulun habis-habisan. saya sendiri, saya selalu gunakan time study leave dengan berkesan, sebab sebelum tu may be susah nak bagi perhatian sepenuhnya. tapi x bererti sblm dkt nk exam,x payah study! pada saya, menjadi pemimpin kepada mahasiswa, sepatutnya kitalah lebih dahulu mengutamakan pelajaran kita, kerana mahasiswa adalah mereka yang berpelajaran,yang mementingkan ilmu, jadi nak jadi pemimpin mahasiswa, kenapa perlu kitalah yang mengamalkan 'kempen jom ponteng kuliah'? saya tak nampak ada benda yang betul dan molek kat situ..maaflah, kalau kata2 saya direct,tapi sebetulnya saya tak mengarahkan kata2 ini kepada sesiapa, malah nauzubillah min zalik, sebaiknya inilah peringatan paling utama buat saya juga..


dan mungkin untuk mereka yang jauh lebih sibuk dari saya yang x seberapa nih..ada satu cerita yang saya nk kongsi. ada orang, yang sentiasa sibuk. orang lain study, diorg la yang bertungkus lumus pg mesyuarat dengan ustaz ishak la, dengan dean la, yang siapkan jadual mentor mentee la..kadang2 xada erti rehat dari kerja buat mereka. mungkin tipulah kalau saya katakan yang saya faham situasi anda, kerana saya x pernah dan mungkin x mampu untuk diletakkn ditempat anda. tapi melihatkn mereka yang berkerja demi kebajikan kita..kadangkala, diri sendiri x sempat nk dijaga dgn baik. seorang sahabat ini, saya fikir peribadinya boleh menjadi contoh kepada yang lain. kalau orang lain sibuk, dia jauh lebih sibuk. tengah exam pun, kepala dipenuhi dengan masalah chapter..tapi, dalam sibuk dia, dia x pernah mengabaikan study. kerusi sebelah saya x pernah kosong.melainkan ada meeting penting y x dpt dielak. sentiasa cuba untuk study bersama, walaupn kadang2 datang study grup dan tertidur saje sebab kepenatan, sentiasa duduk di depan doktor sebab nak keberkatan, walaupun kadang2 mata tertutup sebab berhari2 tak dapat tidur lena fikir masalah persatuan.semoga Allah melihat usaha-usaha anda, semoga menjadi pemberat mizan anda. pada saya, mungkin bukan ganjaran dunia yang berganda2 yang diperolehinya, tapi mengenangkan pengorbanan beliau yang memegang peranan penting sebagai pemimpin kita, saya fikir hanya Allah yang mengetahui balasan dan ganjaran yang setimpal buat dirinya. Dan inilah yang cuba saya sampaikan kepada anda..kesibukan, tak bermaksud study akan menjadi no 2. Beliau ini contoh kpd saya, dan anda. mungkin adakala kita akan berasa teruji dgn result diperolehi, tetapi apa yang dikecapi setelah usaha yang gigih, walaupun susah..xmacam org lain yang ada byk masa free..tapi usaha itu pasti sangat tinggi nilainya disisi Allah.. dan bagi kami yang disekelilingnya juga, sikap cintakan ilmu yang ditunjuk, menjadi contoh kepada orang yang dipimpin. peribadi melambangkan apa yang islam seru..ilmu tetap nombor satu untuk dikejar..




adeh..panjang saya tulis hari ini.smoga tulisan ini menjadi perkongsian yang bermakna buat kita semua..saya menulis sebagai renungan diri sendiri juga..pesanan saya, sebenarnya, dalam setiap benda yang Allah beri pada kita, pasti ada hikmah yang Allah selitkan bersama..termasuklah result exam..walaupun sekadar A,B,C,D..jika anda adalah hambaNya yang berfikir, nilai sebuah keputusan itu jauh lebih bermakna..banyak2 check diri..dari sini boleh timbul rasa syukur, rasa rendah diri as hamba, rasa lemah dan kerdil dengan Allah, rasa redha. banyak benda boleh diambil pengajaran, jika kita adalah hambaNya yang berfikir dan melihat...



“Sesungguhnya pada perkara tersebut terdapat peringatan bagi mereka yang mempunyai hati atau orang yang menggunakan pendengaran sedang dia menyaksikannya.” (Qaf : 37).









Monday, September 7, 2009

mengamati nuzul quran

semoga bermanfaat.
***********************
Pada 17 Ramadan 2009M ini, umat Islam memperingati ulangtahun ke 1399 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M. Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat. Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.


Diantara pengajaran-pengajaran Nuzul Quran ialah :

(1) Allah swt memilih para rasulnya dikalangan mereka yang memiliki peribadi yang mulia. Jika kita hendak mewarisi peranan para Anbiyak ini, maka kita juga seharusnya memiliki akhlak yang luhur, keikhlasan yang tinggi dan ketabahan yang tidak berbelah bagi.

(2) Walaupun belum dipilih menjadi Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad saw telah dapat menilai keburukan tingkahlaku kaum Quraisy yang telah menjadi adat kebiasaan turun temurun seperti minum arak, zina, membunuh anak, riba, menipu dalam timbangan, menindas orang lain, membezakan manusia berdasarkan warna kulit dan sebagainya. Kesemua ini menyebabkan Baginda saw mengasingkan dirinya di Gua Hirak. Oleh itu diantara pra-syarat utama bagi seorang daie (pendakwah) ialah kebencian hatinya terhadap keruntuhan yang sedang berlaku didalam masyarakatnya, walaupun ianya telah nampak biasa dan menebal serta menjadi lumrah dalam masyarakat. Jahiliyah hari ini tidak kurang parahnya seperti arak, zina, buang anak, rasuah, kezaliman ke atas orang lain dan sebagainya. Persoalannya, adakah kesemua ini menyebabkan seseorang itu insaf keadaan tersebut, luluh hatinya mengenangkan nasib umatnya dan bertekad bersungguh-sungguh untuk merubah keadaan tersebut ? Atau saban hari dia membaca akhbar dan mendengar berita yang menyedih dan menjijikkan, namun kesemua itu tidak mengesani jiwanya dan menggerakkan anggotanya untuk berdakwah?

(3) Membaca atau “Iqrak” mempunyai peranan yang sangat penting kepada masyarakat Islam dan diantara sebab utama dalam merubah nasib mereka. Hampir ianya menjadi salah satu ciri umat di Barat yang memimpin dunia hari ini. Adapun di Dunia Islam, minat kepada membaca masih belum melata dan menebal.

(4) Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw dalam bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan Dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya. Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt. “Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran). Alangkah jauhnya ramai umat Islam zaman kini yang tidak membaca Al-Quran. Jika membacanya, ramai pula yang tidak memahaminya. Jika memahaminya, ramai pula yang tidak takut, tidak kecut, tidak mengigil kerana takut kepada Penurunnya dan kepada amanah-amanah yang terkandung didalamnya yang mesti dilaksanakan !!

(5) Tidak lengkap mengingati malam Nuzul Quran jika tidak menyebut nama Khadijah ra, isteri tersayang Rasulullah saw. Ketika Rasulullah saw mengigil ketakutan, Khadijah ra tenang lagi menenangkan suaminya !! “Aku takut akan diriku (akan ditimpa musibah dek jembalang tersebut)”, sabda Rasulullah saw, ketika menceritakan pertemuannya dengan makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. “Kalla !!! Ma yukhzikallahu abada !!!” (Sekali-kali tidak !!! Allah tidak akan membuat sesuatu yang buruk kepada kamu !!! Sesungguhnya engkau menghubungkan Silaturrahim, menyumbang kepada orang yang tidak mempunyai harta, memikul bebanan (orang yang memerlukan bantuan) … “, tegas Khadijah ra dengan penuh kasih sayang yang yakin akan latarbelakang suaminya yang bersih, tidak mungkin sebersih itu Allah swt akan mendatangkan suatu yang buruk kepada insan yang sebegitu dikenalinya. Rasulullah saw beriman dalam keadaan menggigil dan ketakutan yaitu ketika bertemu dengan Jibril. Khadijah ra pula beriman dalam keadaan kasih dan yakin yaitu ketika bertemu dan mendengar apa yang diceritakan oleh suaminya, Rasulullah saw. Khadijah bukan sahaja beriman tetapi menTasdiqkan imannya. Tasdik lebih tinggi dari Iman. Tasdiq ialah membenarkan kepercayaan (Iman) dengan amal perbuatan dan pengorbanan. Khadijah ra membenarkan Imannya dengan memberi dorongan kepada Rasulullah saw dalam berdakwah, menghulurkan harta kekayaannya demi kemajuan dan memberi lonjakan kepada Dakwah Islam lebih-lebih lagi di Tahun-tahun Pemboikotan yang zalim. Oleh itu Jibril telah memaklumkan kepada Rasulullah saw bahawa satu rumah di Syurga telah dibina untuk Khadijah ra. Nabi saw pula bersabda bermaksud, ‘Demi Allah !! Allah belum pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepada aku ketika manusia lain mengkufuri aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku dan tidak mempercayai risalah yang aku bawa. Dia memberi aku akan harta-hartanya ketika manusia lain mengenakan pemboikotan kepada aku …”. Selama 23 tahun Nabi saw berdakwah yang penuh dengan peperangan dan penekanan, namun hanya tahun kematian Khadijah ra Nabi menamakan tahun tersebut ‘Aam Al-Huzn’ (Tahun Kesedihan).

(6) Penurunan Wahyu dan berhubungnya Langit dengan bumi melalui perantaraan Wahyu adalah suatu nikmat yang hanya dirasai oleh para Sahabat ra dan mereka yang memahami Al-Quran dan merasai kemanisannya. Ummu Aiman adalah seorang sahabiah yang hidup panjang di zman Nabi saw dan Khulafak Rasyidin. Di zaman Khulafak Rasyidin, pada suatu hari para Sahabat ra melihat beliau menangis, lalu berkata, “Kenapa menangis wahai Ummu Aiman, bukankah Rasulullah saw kini berada ditempat yang lebih baik?”. Ummu Aiman ra menjawab, “Saya mengetahui bahawa Rasulullah saw kini berada di tempat yang lebih baik, tetapi yang menyebabkan saya menangis ialah kerana Wahyu kini telah terputus (tidak seperti di zaman Nabi saw masih hidup)”. Apakah nikmat yang lebih hebat dari menerima kalam Allah swt yang turun dari langit, menerang dan membimbing, menegur dan memberi amaran, mendidik dan menguatkan jiwa hingga mereka menjadi Khaira Ummah Ukhrijat linnas (Umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia). (rujuk kitab tafsir Fi Dzilalil Quran oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb, surah Al-Alaq).
Tiada kesejahteraan dan kejayaan bagi masyarakat dunia dulu, kini dan akan datang melainkan hidup berpandukan Al-Quran yang diturunkan oleh Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana. Itu adalah keyakinan orang-orang yang beriman. Bahkan itu adalah kesimpulan orang-orang yang berpengalaman melihat dan mengamati kesudahan mereka yang engkar dan membelakangi undang-undang Al-Quran samada dikalangan orang-orang kafir atau mereka yang mengaku Islam. “Berjalanlah kamu dimuka bumi dan lihatlah kesudahan orang-orang yang mendustakan (Al-Quran) …” (Al-Quran).


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

jazakallah ustaz halim for this article.
memetik sedikit kata-kata ustaz dari artikel asalnya. mengasingkan diri dari umat jahiliyah dan duduk 'bertapa' dalam gua yang tenang bukan cara yang ditampilkan oleh rasulullah.seorang ukhti memberitahu saya, perasaan sedih melihat umat yang bergelumang dosa adalah titik pemula buat seorang daie. kerana perasaan sedih atau marah melihat maksiat menandakan iman kita masih peka untuk memperbetulkn keadaan. kalau semua manusia nak tinggal beribadah di masjidil haram, siapa pula yang nak betulkan masyarakat? bukankah tugas kita sebagai khalifah Allah adalah untuk menjaga bumi Allah ini?

teringat saya pada satu daurah di mesir bulan lalu. bila penceramah menceritakan tentang hebatnya kuasa Al-Quran yang mampu menjadi jentera pengubah. malang sekali kita semakin melupakan kalamullah. benar kata pepatah inggerris; "the eyes cannot see what the brain cannot see"
andai kita tidak menyedari betapa Al-Quran mempunyai mukjizat dan kepentingan tersendiri, mata kita sekadar melihat huruf dan baris. mendengarnya rasa bosan dan mengantuk. tidak terketuk pintu hati..
malah saya sendiri, setiap kali menyebut kalimah Allah, tertanya pada diri sendiri, apakah bergetar hatiku?
atau aku sekadar menyebutnya? sekadar membaca peringatan Allah? sedang jiwa aku kebal untuk terus bermaksiat?


ramadhan..medan mencari kebaikan dalam diri. saat untuk menjinakkan nafsu dan menjadi raja sebenar pada diri. ramadhan, tinggalkan kami dengan iman yang melangit tinggi. tinggalkan kami dengan pengampunan dari Illahi.tinggalkan kami dengan cinta Allah yang hakiki.


sahabat2,
selamat melayari ramadhan anda.
yang di malaysia, jangan leka. mari kuatkan diri.berusahalah!
kerana usaha kita sentiasa tercatat dalam buku amalan..moga2 beratlah bahu sebelah kanan.

ramadhan ni, teringat kat adik2 saya..
hehe, adik2 sc yang dirindui.
semoga ramadhan ini memberi makna buat anda semua.
carilah peluang untuk memperbaiki diri.
kerana perjalanan hakiki kita bertemu Allah, bukan di sini.


ramadhan kareem buat semua..

jendela dunia

assalamualaikum wbt.

ramadhan semakin berlalu, dalam kemeriahan umat malaysia nak menyambut hari raya~
tidak lama lagi, tirai 10 malam terakhir ramadhan bakal menjelma. ya Allah, betapa hati- hati kami ini merindui RamadhanMu. semoga baki hari inilah yang menjadi aset paling berharga buat kita, moga kemuncak lailatulqadar bakal menjemput kita sebagai tetamunya.

terpanggil untuk menulis kembali(setelah lama kehilangan mood dan ilham..) lepas baca artikel ini > http://dakwah.info/index.php?option=com_content&task=view&id=434&Itemid=158
bacalah. smeoga bermanfaat untuk anda.


setiap kali ramadhan tiba, pasti ada harapan dan azam yang membuak2 dalam hati kita. dan pada saya, setiap kali ramadhan saya harapkan sesuatu yang berharga, yang akan menjadi kenangan selepas ia berlalu. tahun lepas, Alhamdulilllah.kehebatan ramadhan yang sangat terasa, malah sering saya mengenangkan ia kembali. menginjak ke tahun ini, saya mencari-cari apakah kelainan Ramadhan yang bakal saya kecapi tahun ini. menyambutnya di Malaysia, saya pasti akan jauh beza.

dan benarlah, Allah itu lebih mengetahui segala yang tersembunyi.
hari ini, saya tersenyum mengucapkan syukur. saya sedar, tahun ini ada 'hadiah' dari Allah untuk saya.


sekian kalinya, Allah mengingatkan kembali saya akan hakikat sebuah nikmat yang berharga..yang seringkali kita lupa..nikmat diberi ujian.
dulu, saya pernah tulis artikel tentang kenikmatan ujian..hehe, barangkali saya dah lama lupa apa yang dah saya pelajari dahulu, dan di medan ramadhan ini Allah mentarbiyah saya semula.

bersyukur ya Allah,
terima kasih atas hadiah ini.
perlayaran sebuah perjuangan di dalam rahmatMu di bulan Ramadhan.
pasti menjadi ibrah buat aku di masa akan datang.


hari ini aku sedari suatu makna.
adakala kita melihat keindahan itu adalah kebahagiaan.
hakikatnya, realiti dunia bukan kayangan
intailah jendela dunia yang sebenar
adakala pahit itu lebih bermakna.
dan dalam pedih pasti ada senyuman.

Saturday, September 5, 2009

Memintal Benang Pakaian Takwa Di Ramadhan

artikel ini diambil dari dakwatuna.com.
best!
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” (Al-A’raaf: 26)

Secara umum, ayat ini menjelaskan tentang fungsi esensial dari pakaian yang diwajibkan oleh Allah swt terhadap seluruh Bani Adam yaitu untuk menutup aurat yang menjadi pembeda antara manusia dengan binatang sehingga disimpulkan oleh Al-Qurthubi bahwa ayat ini sekaligus merupakan perintah dan kewajiban untuk berpakaian yang menutup aurat.

Selanjutnya melalui ayat ini juga Allah menetapkan pakaian takwa yang merupakan sebaik-baik pakaian yang dikenakan oleh hambaNya. ‘Pakaian takwa’ yang dimaksud oleh ayat ini menurut para ulama tafsir seperti yang dikutip oleh Ibnu Katsir dalam kitab ‘Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azim’ diantaranya seperti yang disepakati oleh Qatadah, Zaid bin Ali dan Suddi bahwa yang dimaksud adalah keimanan. Sedangkan Al-Aufi memahaminya sebagai amal shalih. Manakalah Urwah bin Zubair mendefinisikan pakaian takwa adalah rasa takut kepada Allah swt. Berbeda dengan Ikrimah yang memahami bahwa pakaian takwa adalah pakaian yang akan dikenakan oleh orang-orang bertakwa di syurga kelak. Seluruh makna-makna di atas ini saling berdekatan dan tidak bertentangan yang intinya pakaian yang mencerminkan, keimanan, keshalihan dan rasa takut kepada Allah swt sesuai dengan makna takwa itu sendiri.


Dalam konteks Ramadhan, penggalan akhir ayat puasa ‘agar kalian bertakwa’ merupakan harapan sekaligus jaminan Allah akan hadirnya pakaian takwa seorang beriman pasca Ramadhan. Jika diilustrasikan dapatlah dikatakan bahwa selama satu bulan penuh seorang yang beriman ibarat sedang menenun pakaian takwa dengan benang-benang amaliah ibadah bulan Ramadhan. Sehingga dapat dikatakan bahwa iman seseorang masih dalam kondisi telanjang sebelum diberi pakaian, dan pakaian iman tersebut adalah takwa.

Sebagai contoh misalnya bahan atau benang pakaian takwa yang bernama ‘imsak (menahan diri)’ dari segala tindakan yang bertentangan dengan ketentuan agama akan melahirkan sikap pengendalian diri, kejujuran dan anti konsumerisme, sehingga pada gilirannya akan memunculkan gaya hidup sederhana seorang yang beriman. Bukankah pengendalian diri, kejujuran , kedisiplinan, kesederhanaan serta kesahajaan merupakan ujian seorang yang beriman selama ber Ramadhan yang hasilnya akan diumumkan tepat pada tanggal 1 Syawal; apakah sifat dan sikap tersebut masih dominan atau kembali menjadi pribadi yang selalu dikalahkan oleh nafsu dan syahwat.

Kondisi lapar dan dahaga dalam waktu yang relatif lama dengan segala konsekuensinya akan melahirkan rasa kepedulian sosial yang tinggi. Demikian juga, seorang muslim tetap memiliki semangat untuk melakukan aktifitas sehari-hari dalam kondisi lapar dan haus merupakan simbol akan etos kerja dan daya tahan seorang muslim terhadap seluruh godaan kehidupan.
Ibadah shalat tarawih dan ibadah-ibadah yang hadir di bulan Ramadhan akan meningkatkan keimanan dan ketauhidan seseorang terhadap Allah. Bahwa seluruh amal ibadah tersebut ia lakukan semata-mata dengan semangat ‘imanan wahtisaban’. Sahur dan berbuka puasa bersama yang kerap dilakukan bersama keluarga dan saudara sesama muslim merupakan simbol dari kasih sayang dan keharmonisan ukhuwah diantara sesama orang beriman yang pada hakikatnya merupakan buah dari keimanan mereka.

Demikian benang-benang yang dirajut selama bulan puasa untuk menghasilkan pakaian takwa, pakaian yang harus dikenakan oleh setiap orang beriman dimanapun dan kapanpun mereka berada. Jangan sampai kita merusak atau merobek pakaian takwa yang kita tenun tersebut pasca Ramadhan, seperti yang diilustrasikan oleh Allah swt dalam firmanNya: “Dan janganlah kalian seperti seorang perempuan yang mengurai kembali benang yang sudah dipintalnya dengan kuat menjadi cerai berai”. (An-Nahl: 92). Wanita dalam ayat ini digambarkan oleh Imam Al-Qurthubi sebagai wanita jahil yang bernama Rithah binti Amru bin Ka’ab yang identik dengan mereka yang merusak kembali kebaikan yang telah dengan susah payah diperjuangkan setahap demi setahap. Sungguh perbuatan yang sangat bertentangan dengan nilai Ramadhan yang seharusnya tetap mempertahankan dan memelihara pakaian yang indah tersebut setelah berakhirnya Ramadhan.
Masih tersisa beberapa hari ke depan sampai pada malam puncaknya yang bernama ‘lailatul qadar’ yang merupakan cermin dari puncak prestasi yang dapat ditorehkan oleh orang yang beriman di hadapan Allah swt. Ia rela mengalokasikan segenap waktu, harta dan jiwanya untuk mendapatkan keutamaan malam tersebut dengan memaksimalkan potensi ubudiyah yang dimilikinya. Semoga kita termasuk yang mendapatkan malam kemuliaan tersebut sehingga ‘pakaian takwa’ kita semakin harum semerbak dan indah dipandang oleh semua mata yang melihatnya.

“Hai orang-orang yang beriman, ta`atlah kepada Allah dan ta`atlah kepada rasul dan janganlah kamu merusakkan (pahala) amal-amalmu”. (Muhammad: 33)