siang tadi, saya keluar dengan ibu saya ke sebuah pasar raya besar. lenguh kaki
berjalan, x sangka saya terserempak dengan seorang sahabat lama saya. kawan
sekelas.. lama x dengar cerita dia, dulu sama2 bagi tunjuk ajar dalam belajar
kat kelas. Dengan wajah yang penuh senyuman, saya menolak troli, menghampiri
dirinya. Saya melambai-lambai tangan ke arahnya sehingga dia menoleh kepada
saya. Tanpa saya sangka, terus saja dia menundukkan pandangan..pura-pura saya
tidak dikenali..
seharian ini, saya masih terkesima dek peristiwa itu. panjang saya berfikir, cuba juga memujuk hati, mungkin ada sebab kawan saya itu cuba mengelakkan diri dari saya. saya tak pasti.
tapi, kalau anda jadi saya, apa yang patut anda rasa??
**********************
sebenarnya, terlintas di hati saya nak berkongsi tentang menjadi yang terbaik.
kalau dalam ilmu psychology, setiap dari kita ini dibekalkan dengan perasaan Mastery @ mastery motive (betul ke eja? hehe..dh ingat2 lupe da..)
mastery motive inilah yang menjadi pendorong untuk setiap dari kita menjadi pemenang atau menjadi yang terbaik di kalangan manusia.
sebagai contoh, (ini ambil contoh doktor kt kuliah la yang bagi yek), cikgu anda bagi soalan yang paling susah sekali, dan soalan tu xd sape boleh jawab..tiba2, anda dapat jawapannya. bila kawan baik anda tanya pada anda dan meminta jawapan dari anda, apakah anda akan memberitahu dia? sekalipun dia adalah teman paling baik anda?
hehe..kalau ikut teori psychology lah, manusia normalnya, bila dalam situasi macam ini, dia akan simpan jawapan tu sorang2. sebab sama ada anda nak deny atau tidak, kita dilahirkan dengan satu perasaan yang menjadikan kita mahu memenangkan diri..nak jadi yang terbaik.
tapi, tak boleh lah nak cakap kita kena ikut dan menurut sahaja perihal teori ini. Mastery motive penting untuk kita memajukan diri dalam hidup. Supaya kita tidak sekadar melihat orang lain berjaya..sedang kita duduk tak buat apa-apa..
dari kekuatan dalaman inilah yang menolak kita untuk bersaing dengan orang lain..cuba meletakkan diri di tempat yang terbaik.
namun, hati-hati jangan sampai melebih-lebih!
persaingan itu memang penting dalam hidup kita.. kalau xd persaingan, kita tak ada pendorong untuk memajukan diri kita.
tapi, sikap bersaing yang melampau2 pun bahaya.
HATI-HATI
islam mengajar kita erti kesederhanaan.
islam menegah kita dari sikap bermegah-megahan.
baik dari segi keturunan, kekayaan, mahupun kecantikan.
dalam hidup saya, saya melihat adakala manusia amat taksub dalam persaingan.
mungkin memang sifat sesetengah manusia, mereka tidak pernah mahu kalah.
saya nampak disini ada keburukannya.
kadang-kadang dengan kelebihan yang Allah berikan, kita rasa megah dengan diri sendiri
rasa hebat.
bila sudah timbul rasa hebat dalam diri, sukar untuk menerima kekalahan.
atau sebenarnya, dalam hidup sesetengah individu, hidup ini memang sentiasa dianggap sebagai perlawanan..
dalam apa pun, saya mesti menang! mesti berada di atas...
alhamdulillah, melalui tarbiyah..saya melihat dunia dari kaca mata yang berbeza. teringat kisah sirah, mengenai panglima perang Islam, Khalid Al-Walid. Dalam perang Yarmouk, Saidina Umar Al-Khattab telah menurunkan Khalid al-Walid daripada jawatan panglima menjadi tentera biasa. malah, jawatannya digantikan dengan Abu Ubaidah Ibn Jarrah. Amat mengkagumkan, sikap Khalid dalam menerima arahan pemerintahnya. walaupun terpaksa berpindah peranan daripada seorang ketua pasukan perang, menjadi tentera yang dipimpin, tetapi semangat juangnya tidak terkesan sekalipun. seusai peperangan, beliau ditanya oleh seorang tentera Islam, mengapa dia begitu bersungguh-sungguh berperang,sungguhpun telah diturunkan pangkat?
Khalid menjawab; "aku berjihad untuk mempertahankan Islam, bukan untuk Umar".
lihatlah bagaimana peristiwa masa lampau mengajar kita.. sikap terbuka Khalid wajar dijadikan contoh. Dia tidak sedikit pun terkesan dengan jawatan dan kemahsyuran yang dimiliki sebelumnya.
anda pernah dengar tentang post power syndrome?
ya..itulah sebenarnya inti pati entri ini. ini adalah satu gejala di mana seseorang yang dibayangi kemahsyuran dan kehebatan diri pada masa lalunya (kerana jawatannya,kecerdikannya, sifat kepimpinannya, etc..) sehingga tidak dapat menerima realiti dan hakikat yang dilalui pada masa kini.
kaitkan dengan persaingan hidup..
adakala kita berada di bawah, adakala kekurangan diri berbanding orang lain bukanlah bererti suatu kekalahan. its the way you define the reality..
sebaiknya kita sedari, walau apa jua yang kita kecapi, semuanya tidak bersifat hakiki..dan segalanya adalah pinjaman dari Allah semata-mata.
kemahsyuran hidup, jawatan, dan sebagainya.
boleh jadi ini adalah ujian dari Allah..usah kita terpedaya, usah kita rasa hebat dengan diri!
kerana sebenarnya walau apa jua kita perolehi, hanya milik Allahlah segala-galanya.
selalulah ingat bahawa kejayaan dan jatuh bangun kita sentiasa digilir-gilirkan oleh manusia.
"Hari-hari kejayaan itu dipergilirkan di antara manusia" (3:140).
dan sikap bermegah-megah itu bukan ciri-ciri orang beriman.
ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan).
justeru, apa jua yang kita lakukan di dunia ini, apa jua yang kita mahukan dalam dunia ini..letakkan Allah itu sebagai tujuan dan matlamat utama.
terlintas untuk berkongsi tentang isu ini selepas berlakunya peristiwa siang tadi..
semoga Allah membuka jalan buat kita semua...tidak ada isu siapa di atas, siapa di bawah..kerana kita semua memerlukan satu sama lain, betul tak?
No comments:
Post a Comment