Friday, June 18, 2010
cinta
Sunday, January 24, 2010
hati yang sakit

assalamualaikum wbt
Rasulullah SAW bersabda :
Musibah ( fitnah ) itu masuk kedalam hati seperti dianyamnya tikar, sehelai demi sehelai. Hati manapun yang menerimanya akan tertitiklah padanya setitik noda hitam. Hati manapun yang menolaknya akan tertitiklah padanya setitik cahaya putih. Akhirnya hati akan terbagi menjadi dua, hati yang hitam legam cekung seperti gayung yang terbalik, tidak mengenal kebaikan tidak pula mengingkari kemungkaran., selain yang dikehendaki oleh hawa nafsunya, dan hati putih bercahaya yang tidak akan tertimpa madharat fitnah, , langit dan bumi masih ada. ( H.R. Muslim)
bila mana hati telah hitam gelita, tercampur aduklah antara kebaikan dan kemungkaran sehingga tidak lagi dapat membezakan antara duanya..nauzubillah..jagalah hati, kerana hati yang sudah kabur cahayanya, adakala perkara yang dilarang tampak seperti halal sahaja untuk dilakukan..
namun bila mana hati terang bercahaya, cahaya yang menerangi itu adalah cahaya iman, yang menyuluh pada kebaikan, dan yang menutup kemungkaran..
hati-hati yang sihat bercahaya sentiasa meraikan peringatan dan nasihat yang baik, sentiasa meraikan ukhwah dan kasih sesama saudara..hati-hati ini rindukan ithar dan mahabah, bukannya mudah-mudah meletakkan zhan yang buruk sesama manusia..
masyaAllah, moga saya jua sentiasa dalam peliharaan Allah utk terus diterangi cahaya iman.
kita manusia, ada kala kita tidak pun sedar sehari-hari hidup bersama sekeping hati yang sedang dihimpit dosa-dosa.barangkali bukanlah dosa besar, tetapi tidak kita sedar cebis-cebis dosa inilah yang sedikit hari menjauhkan kita dari Allah..
malulah kita...sekurang2nya 5 kali sehari kita berjanji untuk mematuhi Allah dalam sujud dan rukuk sembahyang kita, tetapi kerap kali kita leka untuk bertaubat dan menjauhi dosa..
dari saat ini, mari kita cuba isikan hati dengan nutrisi yang menghidupkannya..
kerapkanlah lisanmu membaca Al-Quran..fahamilah dan renungilah ayat2Nya, barangkali begitu mudah hatimu akan tersentuh dengan peringatan dariNya
tinggalkanlah sedikit masa tidurmu, hadirkan dirimu kepadaNya di sepertiga malam..bermunajatlah..moga-moga hati yang keras macam batu itu menjadi lembut di hadapan Allah
carilah semangatmu..dari golongan2 yang akan sentiasa mengingatkan kamu kepadaNya..mintalah peringatan dan nasihat dari mereka..usahlah terus bergelumang dengan mereka yang terus-terusan mengajak kamu kepada lagha..mari,kita sama2 saling memberi peringatan
basahkan bibirmu dengan zikrullah..sebutlah nama TUHANMU lebih banyak dari kalam2mu yang lain..
moga hatimu kembali bersih dan suci..
perbanyakkan berpuasa, moga kita sama-sama dapat mendidik hawa nafsu kita..
sahabat2,
sungguh peringatan ini suatu yang sangat sangat berat untuk jemari ini menulis, namun ini adalah daya penolak untuk saya sendiri mengamalkannya..sungguh, saya hanyalah insan yang sentiasa leka dan alpa..malah mungkin esok atau lusa saya pula diuji sebegini..saya mengharapkan andalah yang hadir mengingatkan diri ini..
semoga kita sama-sama dapat saling memperingatkan satu sama lain.
saya hari ini amat rindukan seorang sahabat saya yang sentiasa memberi kalam yang baik,qudwah yang baik, teguran yang baik..kerana bila mana saya disisi dia, saya terasa 'dijaga' dan diperingatkan di kebanyakan masa..
benar,saya rindu sangat pada ukhti.
saya tengah sesak nafas melihat maksiat di kiri dan kanan. moga Allah beri kekuatan utk nahi mungkar.
kepada sahabat2,
saya tak tahu siapa yang suka baca blog ni..cuma setiap kali saya menulis, saya berharap kata-kata saya masuk ke dalam hati para pembaca.semoga kita sama2 dapat bermuhasabah dan merenung diri..
semoga kalam2 di sini menjadi medan utk kita kembali berfikir tentang Pencipta yang Maha pengasih...
mari, kita ubati hati.
Tuesday, August 4, 2009
CiNta yang SebeNaR2 CinTa


“Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Fathir : 2)
**************************************************
~"jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tiada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yunus : 107)
*******************************************
"Jika Allah menolong kalian, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kalian. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."
(Ali Imran : 160)
Saturday, June 21, 2008
kenapa kena bercinta?
"wah nadiah dah masuk U, mesti dah ada teman.dahlah duduk oversea"
"eh mana ada.lambat lagi"
"isy, mana boleh lambat2, nanti jadi anak dara tua"
"alah, lepas dapat degree nanti kalau dah bersedia kita hantarlah kad wangi"
"mane boleh, kenalah ada dari sekarang"
~terdiam seketika~
perlu ke bercinta? seronok sangat ke bercinta? ye..memang seronok, sebab tu ramai yang leka dengan dunia kayangan sendiri.
untuk apa anda bercinta sebenarnya?
cinta tu memang fitrah. saya x pernah nafikan. usia muda memang sentiasa disogok dengan perasaan ini.sesiapa pun mampu terperangkap dengan perasaan ini.
TETAPI,
sedarlah kawan2,
bukan matlamat kita di dunia ini mencari cinta2 picisan ini..
mak ayah hantar gi ngaji di IPT, anda pula berjinak nak main cinta..
oh, dah besar..jadi hati anda diberi pada orang..rasa dah bersedia untuk berkasih kasihan dengan si teruna..bukan remaja hingusan lagi.
tidakkah anda sedar, sebelum anda bergelar isteri, anda dibawah tanggungjawab ibu dan ayah..tidak ada sesiapa berhak pd diri anda selain mereka..walaupun rasa kasih anda.tetap milik ibu ayah, si dia tak ada hak nak dapat kasih dan manja anda!
andai rasa diri dah besar, terasa mampu menguruskan diri sendiri dan berkeluarga, kahwinlah!
apa yang anda dapat bila anda bercinta?
walau selama mana anda bercinta, berdating, berchatting, adakah semua ini menjamin dia adalah jodoh anda?
anda tahu bercouple itu salah tapi anda sayang untuk tiggalkan diri dia...yelar, bukan senang nak jumpa yang baik macam dia lagi...
cubalah anda fikir, siapakah yang sebenarnya yang menentukan jodoh kita?
walau sebaik mana dia, seandainya tidak tertulis jodoh anda berdua, maka dia bukanlah yang terbaik untuk membimbing anda dalam hidup.
kenapa kena tehegeh2 bagi cinta pada orang? tidakkah anda rasa bahawa cinta anda itu sesuatu yang berharga? tidak rasa rugikah bagi cinta tu berkali2 pada orang yang berbeza2?
dia pernah..dia juga pernah..isy, yang mana satu yang akan kekal nanti ni?
hum..penat tak bermain dengan perasaan, penat kan?
jadi, jika anda masih belum BERSEDIA untuk berkahwin, serius nak berteman, tak usahlah bercinta.
anda risau kalau tak cari, nti tak kahwin?
soalnya, siapa yang tentukan jodoh?
ya, memang Allah suruh berusaha untuk mencari jodoh..tapi, kalau belum bersedia, janganlah bermain dengan api..memang seronok main api, tapi api tu akan membakar diri.
malah jika benar anda serius, ikutlah cara yang islam dah gariskan..tanyalah pada diri anda, jika hubungan anda dengannya melaalikan dan melekakan anda dari mengingati Allah, so betul ke apa yang anda buat skrg????
fikirkanlah, untuk apa anda bercinta?
nak bina keluarga? atau saja nak isi kekosongan jiwa yang gersang,bak kat kawan saya.
kalau betul nak cari calon teman hidup, pilihlah dengan iman dan akal..dan fikirlah, berkatkah perkahwinan kalau sebelum kahwin pun dah disulamkan dengan benda lagha, maksiat dating yang Allah larang..lagha dok berkhayal dan berangan sampai selalu terlupa akan Allah as tujuan utama..
jdi, apa yang anda dapat kalau begini cara anda bercinta?
andai anda dah bersedia, umur tak pernah jadi penghalang.kalau rasa study mengjadi penghalang, rasa tak mampu nak fokus dua2, bermakna anda belum lagi bersedia..
jadi, daripada sibuk mencari cinta, lebih baik isi masa muda ni dengan mencari dan memperbetul tujuan hidup..guna masa muda ni, train diri untuk jadi hamba yang lebih dekat denganNya..
kerana ingatlah, pengakhiran hidup anda nanti, anda akan pulang juga kepadaNya.kenapa buang masa..memang susah..disaat orang lain sibuk berebut mencari pasangan hidup, tibe2 kita sorang2 nk bermujahadah dlm jalan Allah.tapi ingatlah, Dia sentiasa bersama anda.mintalah bantuan n pertolongan dari diriNya..
seandainya anda benar2 percaya pada janjiNya, tak perlulah risau siapa akn menjadi teman hidup kelak..hakikatnya, dia bukanlah tujuan untuk kita hidup di dunia ini..
tetapi, Dia.DIA yang lebih layak..padaNya ada segalanya..
carilah kebahagiaan yang berkekalan..dunia ini mmg dijadikan dengan penuh cubaan..kadang2 kita tak dapat kebahagiaan sementara kat dunia ni mcm org lain keran kita patuh kpd Allah, tapi fikirknlah tentang ganjaran dan pulangan yang Allah janjikan di Jannah nanti..
kebahagiaan di sana jauh lebih best dari bercinta di dunia....
sama2 kita saling mengingati..juga peringatan buat diriku sendiri..semoga kita x hanyut dalam dunia rekaan sendiri...
orang muda zaman sekarang..couple tu dah jadi adat..sampai bila kita nak biarkan ia terus berjangkit? tidakkah kita sedar couple ni lah punca keruntuhan akhlah n rasa malu muda mudi skrg??
mana kita letak Allah dalam hidup kita........