Tuesday, September 8, 2009

~mai crita pasai result~

" bacalah dengan nama Tuhanmu..."



assalamualaikum wbt to all readers..


ok..result exam final 3rd year baru menggegarkn bumi Alexandria semalam. Alhumdulillah, saya pasti setiap daripada kita mendapat apa yang terbaik dariNya

sementelah keluarnya result exam, saya suka nak berkongsi sesuatu dengan pembaca semua.


Pada saya, setiap kali menerima keputusan peperiksaan, saat itulah kita mendapat 'khabar pengajaran' dari Allah subhanahu wa taala. adakala khabar yang diterima menggembirakan, adakala mengecewakan, adakala bagai mengetuk pintu hati yang dah lama terleka!



Jadi, kali ini saya nak mengajak sahabat2 semua sama-sama merenung dan memuhasabah diri.






refleksi pertama
_____________


apa benda pertama yang anda buat setiap kali lepas dapat result exam?

lupakan? g makan luar nak celebrate? atau mengunci diri dalam bilik?



sebaiknya, saat menerima keputusan exam adalah waktu untuk refleksi diri kita sepanjang tahun pembelajaran tersebut. Sepatutnya, benda pertama kena buat adalah bersyukur dan tajdid niat..tanya balik pada diri kita, kita susah2 belajar untuk apa?

ada orang belajar medic, tapi xd feel..org kate x masyuk..

ada orang belajar medic, tapi malas nak baca buku, nak skor cukup makan, dah..abes citer.

ada orang lain plk, sampai makan pun 5 minit je sbb nk blajar..blajar..dan blajar..

sebenarnya, apa sekali pun cara dan gaya kita belajar semuanya berpunca dari satu kuasa yang mengawal diri kita..iaitu, kuasa niat.

ada orang niat belajar kerana Allah, supaya dapat menjadi ibadah yang mendatangkan pahala. tetapi, apakah cara kita benar-benar ibarat melaksanakan ibadah kepada Allah? apakah kita bersungguh-sungguh, atau bermalas-malasan.. saya sendiri, inilah salah satu cara untuk saya memotivasikan diri. Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang tu perasaan malas tu datang juga..tapi jadikanlah Allah tu motivasi terbaik kita! belajarlah segigih mungkin hanya untuk Allah.. insyaAllah, pada saya kalau semuanya kerana Allah, there will be no regret afterward..dpt result apa pun redha je..sbb kita tahu Allah dh tengok usaha kita. dan usaha itulah yang paling penting.





refleksi kedua- belajar sampai semput??

__________________





sesetengah pelajar medic, dia hanyut dalam dunianya sendiri. saya bercakap secara umum, x menjurus kepada mana2 pihak tau. ada orang memang mahu cemerlang, dan dia jadikan kecemerlangan itu adalah kewajiban buat diri dia. tapi malangnya, pada saya mereka masih tak menemui sebab utama untuk mereka cemerlang. apakah sekadar untuk kepuasan diri? atau sebab dah biasa dapat no 1..so kalau dpt x excellent tu bkn akulah.




saya pernah berkongsi benda ni dengan adik sc saya. kadang2, kita terlalu nakkan kecemerlangan, dan x dapat menerima kita kurang sikit..ini penyakit bahaya..hati-hati, sebab mungkin akan memakan diri sendiri. sebab itu, apa pun kita lakukan, kita perlu letakkan tujuan..dan seperti yang telah saya katakan, kalau anda belajar kerana mengejar redha Allah, bukan kerana cemerlang dunia semata-mata, percayalah! anda x akan rasa stress sangat time nk exam ke, atau lepas dapat result ke, kerana hati anda telah redha dengan segala ketentuannya..jadi, banyak2kan tajdidkan niat.


lakukanlah perubahan, kerana saya dah nampak perubahan pada sesetengah individu yang dah ubah mind set dia..hehe, go girl! sungguh, Allah itu Maha Adil.. kejarlah dunia kerana akhirat..dunia akan datang bergolek kepada kita..adakala, menjadi yang paling cemerlang itu mungkin bukanlah yang terbaik untuk kita, dan Allah menggilirkan kemenangan dan kekalahan kepada hambaNya..dan of course, semua ini tentu bersebab.


"Kami gilir-gilirkan kalangan manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membezakan antara orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai ) syuhada'. Dan, Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. "(Ali-Imran, ayat 140).



saya percaya, dulu saya teringin juga tengok kawan2 dapat 4 flat, saya rasa mereka ni macam gifted..tp saya tahu, mungkin saat itu menjadi yang terbaik itu bukan keputusan yang terbaik buat saya,sungguh Allah lebih mengetahui segalanya. sebab saya admit,mungkin bukan senang untuk saya jaga hati daripada timbulnya perasaan riak dan takabur.jadi saya serahkan segalanya kepada Allah, Dia lebih mengetahui. Dan bila sampai masanya, Dia akan gilirkan kita dengan kemenangan..ambillah ikhtibar dari sejarah umat masa lalu..ada peperangan yang Allah beri kemenangan kepada umat Islam, walaupun relevannya macam x boleh menang (perang badar for instance..) tapi kemudiannya Allah beri kekalahan dalam perang Uhud kerana matlamat mereka berperang waktu tu dh bukan lagi kerana Allah, tapi sebab nk rebut harta perang, padahal time tu umat Islam dah hampir menang..see, Allah dah ajar kita melalui sejarah silam. mari praktikkan dalam hidup kita! letakkan pergantungan kepada Allah, insyaAllah apa yang menyusul adalah yang terbaik untuk kita...walaupun mungkin sesuatu kekalahan, tapi mungkin kekalahan itu yang akan membuka mata kita untuk kembali kepada Allah..





refleksi ketiga - study VS suka ria dunia

____________________________



satu gaya hidup baru masyakat medic alex... ok, terus terang saya cakap, saya nasihatkan anda hentikanlah gaya hidup tidak sihat ini. keluar sampai larut malam...lepas tu ponteng kuliah..ataupun ade je yang pegi kuliah..


trust me, gaya hidup ini bukan saja tak baik untuk rohani anda, tapi untuk result anda juga.

anda pernah baca buku dr Muhaya? or dgr talk mane2 Dr yang lain? saya rasa tidak ada figure perubatan yang berjaya yang akan menyokong gaya hidup ini. Excellence in Medicine requires consistancy. ni bukan cakap saya la...nti orang kate bajet bagus larr, ni orang2 berjaya yang cakap la, saya bace or dgr diorg nye talk n i quote kt sini ye. ada orang kate belajar medic ni very hectic...tension,stress... so, apakah cara anda melepaskan diri dengan lari dari masalah itu adalah cara yang terbaik? x study..hang out sampai pagi..x nak datang lecture..ponteng lagi lecture yang susah..lepas tu da x paham nk blajar sndri, kn dh bertambah masalah?


ada orang kata, enjoy2 juga, study maintain...ada orang enjoy2 juga, result lagi bagus dari orang yang x penah ponteng lecture! hehe..mcm slot kt dalam TLOA plk~ (nasib baik bkn saya yang bagi komen kt situ..) hati2 dengan istidraj dari Allah. sorry if i am too harsh, tapi keluar lelaki perempuan sampai malam2, itu adalah maksiat. dan sama ada anda percaya atau tidak, maksiat mengundang kemurkaan Allah, dan maksiat menggelapkan hati. boleh jadi, anda seorang yang pandai dan bijak, tapi jangan kerana dosa itu, Allah tutup hijab anda..blurr time exam, padahal dah baca..dpt result teruk, padahal anda dah blajar..mungkin itu adalah 'khabar' yang Allah mahu tunjukkan kepada anda..kembalilah kepadaNya. Apapun, sebagai sahabat, saya sendiri sedih melihat kawan2 saya yang terjerumus ke dalam tabiat ini..saya harap ia x menjadi kebiasaan di kalangan kita. banyak2kan ingat tujuan datang ke mesir..blajar la, orang dah hantar suruh blajar..jangan terlalu ikut darah muda, nak release tension, ada caranya.. kalau anda seorang yang mengambil tahu dan melihat persekitaran, inilah antara punca pelajar2 ipta kt Malaysia kecundang..hanyut, lama2 study dah bukan priority.


dan kalaupun keputusan yang anda terima adalah bagus, sekali lagi saya ingatkan, hati-hati..mungkin istidraj dari Allah.bukanlah saya menuduh, mengata sesiapa atau menghukum sesiapa. saya sekadar menasihati sebagai seorang sahabat, anda sendiri dapat menilai semula kata-kata saya..tetapi saya bercakap sampah, anda fikir2kanlah..


refleksi ke-4 study Vs I orang busy U!

__________________________




hehe, sape yang busy tuh.. ok, ini bercakap tentang antara study dan kerja2 persatuan, or kerja2 luar selain study. maaf, mungkin saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang ini, kerana saya bukanlah ajkt PCI pon, tetapi saya harap perkongsian saya ini bermakna, buat anda semua.


terfikir saya tentang komen atun time mesyuarat agong PCI yang lalu, ada sentuh pasal isu ni. dan mungkin saya bercakap dari pengalaman saya yang tak seberapa..tapi ade lar sesuatu yang best untuk dikongsi; sewaktu saya mula2 dipelawa jadi ajk kecik upi pn, 1st thing sy fikir, how with my study nti, terganggu x? sy tanya ramai orang..bile orang ckp upi ni busy banyak kerja, sy pening jg.tapi, saya tahu menjawat jawatan bukanlah kerana jawatan itu memberi kredit atau name ke ape, i bet orang2 yang pegang jawatan ni adalah orang2 yang Allah bukakan hati untuk berbakti kepada orang lain..tapi satu perkara yang saya kagumi, sahabat2 lain yang dah lebih dahulu berkerja untuk upi yang orang kata busy tuh, mereka sebenarnya adalah dari golongan yang result mantap2! itu yang memberi kekuatan kepada saya untuk bersama dgn mereka! dan bila berkerja bersama, saya belajar dari mereka yang walaupun sibuk dengan benda lain, study tak pernah jadi no 2. kadang2 tengah buat kerja, pernah dulu saya merungut, ya Allah x sempat buka buku lagi mnggu ni..mereka ingatkn saya supaya byk tajdidkan niat..dan mengingatkn saya tentang ibadah yang afdhal adalah yang bertepatan dengan waktunya..jadi, time wat keje, wat keje betul2, time study, study betul2.. dan ada senior pernah pesan pada saya, mmg study takkan pernah jadi no 2, sampai kadang2, esp time dkt nk exam, kita perlu sediakn waktu kuarantin kita. waktu yang x diganggu dgn tugasan lain, time tu mmg pulun habis-habisan. saya sendiri, saya selalu gunakan time study leave dengan berkesan, sebab sebelum tu may be susah nak bagi perhatian sepenuhnya. tapi x bererti sblm dkt nk exam,x payah study! pada saya, menjadi pemimpin kepada mahasiswa, sepatutnya kitalah lebih dahulu mengutamakan pelajaran kita, kerana mahasiswa adalah mereka yang berpelajaran,yang mementingkan ilmu, jadi nak jadi pemimpin mahasiswa, kenapa perlu kitalah yang mengamalkan 'kempen jom ponteng kuliah'? saya tak nampak ada benda yang betul dan molek kat situ..maaflah, kalau kata2 saya direct,tapi sebetulnya saya tak mengarahkan kata2 ini kepada sesiapa, malah nauzubillah min zalik, sebaiknya inilah peringatan paling utama buat saya juga..


dan mungkin untuk mereka yang jauh lebih sibuk dari saya yang x seberapa nih..ada satu cerita yang saya nk kongsi. ada orang, yang sentiasa sibuk. orang lain study, diorg la yang bertungkus lumus pg mesyuarat dengan ustaz ishak la, dengan dean la, yang siapkan jadual mentor mentee la..kadang2 xada erti rehat dari kerja buat mereka. mungkin tipulah kalau saya katakan yang saya faham situasi anda, kerana saya x pernah dan mungkin x mampu untuk diletakkn ditempat anda. tapi melihatkn mereka yang berkerja demi kebajikan kita..kadangkala, diri sendiri x sempat nk dijaga dgn baik. seorang sahabat ini, saya fikir peribadinya boleh menjadi contoh kepada yang lain. kalau orang lain sibuk, dia jauh lebih sibuk. tengah exam pun, kepala dipenuhi dengan masalah chapter..tapi, dalam sibuk dia, dia x pernah mengabaikan study. kerusi sebelah saya x pernah kosong.melainkan ada meeting penting y x dpt dielak. sentiasa cuba untuk study bersama, walaupn kadang2 datang study grup dan tertidur saje sebab kepenatan, sentiasa duduk di depan doktor sebab nak keberkatan, walaupun kadang2 mata tertutup sebab berhari2 tak dapat tidur lena fikir masalah persatuan.semoga Allah melihat usaha-usaha anda, semoga menjadi pemberat mizan anda. pada saya, mungkin bukan ganjaran dunia yang berganda2 yang diperolehinya, tapi mengenangkan pengorbanan beliau yang memegang peranan penting sebagai pemimpin kita, saya fikir hanya Allah yang mengetahui balasan dan ganjaran yang setimpal buat dirinya. Dan inilah yang cuba saya sampaikan kepada anda..kesibukan, tak bermaksud study akan menjadi no 2. Beliau ini contoh kpd saya, dan anda. mungkin adakala kita akan berasa teruji dgn result diperolehi, tetapi apa yang dikecapi setelah usaha yang gigih, walaupun susah..xmacam org lain yang ada byk masa free..tapi usaha itu pasti sangat tinggi nilainya disisi Allah.. dan bagi kami yang disekelilingnya juga, sikap cintakan ilmu yang ditunjuk, menjadi contoh kepada orang yang dipimpin. peribadi melambangkan apa yang islam seru..ilmu tetap nombor satu untuk dikejar..




adeh..panjang saya tulis hari ini.smoga tulisan ini menjadi perkongsian yang bermakna buat kita semua..saya menulis sebagai renungan diri sendiri juga..pesanan saya, sebenarnya, dalam setiap benda yang Allah beri pada kita, pasti ada hikmah yang Allah selitkan bersama..termasuklah result exam..walaupun sekadar A,B,C,D..jika anda adalah hambaNya yang berfikir, nilai sebuah keputusan itu jauh lebih bermakna..banyak2 check diri..dari sini boleh timbul rasa syukur, rasa rendah diri as hamba, rasa lemah dan kerdil dengan Allah, rasa redha. banyak benda boleh diambil pengajaran, jika kita adalah hambaNya yang berfikir dan melihat...



“Sesungguhnya pada perkara tersebut terdapat peringatan bagi mereka yang mempunyai hati atau orang yang menggunakan pendengaran sedang dia menyaksikannya.” (Qaf : 37).









11 comments:

  1. akk,
    a very great post,,

    i learn a lot from ur entry..
    thankss for the reminder..=)

    ReplyDelete
  2. ur welcome!
    a reminder for me too..
    awk!! bile nk jumpe??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.
    Firstly alfu mabruk najah dgn bjayanya. Alhamdulillah, Allah beri nikmat sesuai dgn usaha keras awak.

    Secondly, jazakillah khairan kathira atas segala pertolongan dan sokongan awak selama ni. for the notes, for the time sy ambik mintak awak ajarkan sy, for all the words time sy tgh malas2,hehe. for everything.. i thanked u form the bottom of my heart.. remi kasih sifu sy!! :D

    Refleksi2 yg padat lg tepat utk kita muhasabah kembali.
    Apa reaksi pertama kita dapat result?
    Perasaan sy bcampur baur. antara suka dan sgt tharu. d 1st think i do i thank Allah for HIS kindness and love, then i think of those who pray for my success. my family, my frens esp yg support sy, mbuatkan sy terus berusaha baca buku. huhu.

    Sy suka mnjadi org yg bz. haha. sy suka buat kerja luar. kalo study laa sy lembab sket. but i do believe byk mana yg kita usaha, byk tu juga yg kita dapat bi iznillah. Menjadi org bz mbuatkan kita lg teratur, ada sumtg yg kita mampu buat. dan semestinya ia xboleh dijadikan alasan utk xnajah dalam exam. sy xsalahkan kerja luar, sy salahkan dri sendri yg xmampu nak handle dan balance kan keadaan.

    Kesimpulannya, berusahalah semampu yg boleh utk mcapai kejayaan krnNya. mungkin sy xboleh jd sebaik org lain, tp sy yakin sy boleh berubah utk mjadi lebih baik pada tahap sy sndiri dgn bantuan dr Allah. Sungguh kejayaan ini adalah milik Allah semata. kpdNyalah kita bharap. Moga usaha kita dikira sbg ajr bekalan ke negeri sana.

    ReplyDelete
  4. salam nadiah..(waa,panjangnye entry kali ni,kalah entry ana)heheh.
    becakap psl result..mmg byk perasaan yg terbit dr hati dan minda.ana sdr pon tak tahu nk amek mn satu sbgi jwpn yg betul..
    tp,result kali alhamdulillah,wlw tak seberapa tp ana bersyukur sgt dan yg menyentuh hati,perasaan syukur kali ni betul2 berlainan.seakan2 pertama kali rs.mgkin sblum2 ni,bersyukur tp dlm ms yg sm ana mengeluh(da 3 tahun aku dlm bidang yg mmg aku minat sgt ni,tp pencapaian tak spt yg dikehendaki--mgkin usaha ana tak sehebat perasaan dan minat anda dlm bidang ni)...
    takpe,ana sudah pon bersedia utk ke tahun 4 dgn azam dan semangat br~~heee.insyaAllah ana nk sgt buat betul2(da 3 tahun ana ta pernah bitau kuarga brp result ana,sekadar ok atau tak ok je,menurun atau menaek--taknak abah kecewa=/ )
    kegembiraan ana kali ni jg laen,sbb ana tgok kwn2 ana pon najah semuanya,cm ade seorg dua yg tergelincir sedikit(takpe,sm2 kt usaha ye)

    nadiah,setiap tahun pon ana pesan--nadiah kne bantu sy jg ye,sy da tak mampu nk berselindung lg ngn abah dan umi(tak menipu diorg,cm tak bitau betul2 la cth mcm dlu abah tny mcmn?ana akn jwb ok abah,naek lg 2-3 biji A)diorg sememangnya tak memandang brp A yg ank diorg dpt...
    tahun ni pon pesan---kejutkan ana setiap kali ana terlena dlm kesibukan dan kelemasan.spy dpt taujih lg niat ana.jzkk

    ReplyDelete
  5. walaikumusalam,
    jazakunnalah khairan kathira sume.
    sesungguhNya kita hanya hamba kerdil yang hanya mampu berusaha...
    Allah jua yang meletakkan segalanya yang terbaik untuk kita.

    to mai,
    hehe..pd sy, org yang dh biasa busy, dia x sesuai x diberi kerja. sejak kt sekolah kg org pesan cmtu, n saya percaya lah benda tu.

    pd saya, sibuk itu adalah bonus! kerana orang yang sibuk, dia lg treasure masa dia..dan dia lebih menghargai masa y dia ada.dan saya percaya pd keberkatan dan kualiti masa yang digunakan..sbb kadang2 bila kita ada masa free, byk buat benda lagha..alhamdulillah Allah bagi sibuk!
    teruskan berusaha sahabatku! Allah menilai usaha kita..ganbatte neh! yang penting berusaha mnjadi diri sendiri yang terbaik

    ReplyDelete
  6. to kak genu2 kite,
    smoga Allah menerima dan menilai setiap usaha yang telah kita lakukan demiNya

    mnta maaf kalau saya d terlepas pandang pd hak-hak y x tertunai..feel free to come to me whenever u want, insyaAllah moga Allah bagi kita kesempatan untuk lg byk discuss ke wat study grup ke pasni!
    sama2 kita sokong same lain ye!

    go go genu!

    ReplyDelete
  7. waaaa..panjang amat post akak yg nih.
    hehe.. best bace.
    mcm tangah sc lak. =P
    .huh. xsbr balik alex dgr tazkirah akak lagi. oyeahh.

    owh ye.
    result akak mcm mane? 4flat ??

    ReplyDelete
  8. http://www.youtube.com/watch?v=YOKmc1oslVE

    ReplyDelete
  9. salam kak DUA!! (bukak sem jadi TIGA yeh!)

    nice entry..jzkk
    moga Allah SWT mmberi sebaik2 balasan ameen

    tahniah result bagos ;)
    ~~credit to you sis coz stimulating my mind to write on sumthing; if not in the blog, at least in this mind~~*wink*

    ReplyDelete
  10. oo adik TIGA ku, hehehe...
    tq for ur comment.
    tgh pk nk wat post baru ~pikir2~

    ena!!!
    mane leh gtau dpt brape,hehe..kne cri sdrik~
    ena..rindu nk sc dgn korg lar,hehe

    ReplyDelete
  11. slm nadiah
    knik pon x ckp mabruk lagi kt awk.alfun mabruk!hehe.yg paling knik ingt kita tym kita studi ditemani kek yg mengalahkan birthday kek.besnye~

    ReplyDelete