Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

fatrah ini sangat istimewa~

assalamualaikum wbt.

tahniah diucapkan kepada yang dah habis exam..ramai yang dah mula fikir2 tentang malaysia.
Saya baru sahaja nak memulakan perjuangan. huh, doakan saya! semoga sentiasa bersemangat!!


fatrah peperiksaan sentiasa menjadi fatrah yang istimewa buat saya.
kenapa?
kerana di waktu ini, hambaNya akan lebih mudah mendekatiNya.
lebih merasai kenikmatan mendampingiNya.

Peperiksaan hanyalah salah satu ujian kecil di dunia, dan definasi berjaya juga pada saya adalah subjektif, maka hakikatnya usaha dan doa kita haruslah menggunung tinggii! Pergantungan pada Illahi diletakkan di puncak utama, dan kemanisan bersama Allah menjadi penenang jiwa..

fatrah ini adalah fatrah mempersiapkan diri..
untuk keluar dari fatrah ujian menjadi hamba yang lebih bertakwa.
bukan sekadar kejayaan di dalam peperiksaan, namun kekuataan jiwa dan kejernihan hati yang diburu..
bukanlah mudah untuk mengatakan hidup dan amal hanya keranaNya, andai hati tidak tuntas melaksanakannya!


dan fatrah ini lebih bermakna buat saya,
kerana saya mempersiapkan diri untuk berjumpa dua nikmat terindah dalam hidup saya.
RAMADHAN
dan
BAITULLAH

fatrah ini bukan lagi fatrah membuang masa...wahai diri, cepat2lah tersentak dari lena!
siapkanlah diri dengan sebening hati untuk melangkah ke Ramadhan yang penuh barakah.
lunakkan hati dengan memanggil diri menjadi abid yang soleh dan ikhlas menghadapNya.
siapkan diri! menanti ramadhan dengan iman yang membakar...

fatrah ini membawa saya ke realiti mimpi saya sebagai seorang abid yang hina,
bertemu Allah di tanah haram..semoga kedatanganku bersama niat yang suci dan penuh persediaan. Dan persediaan hati yang bersih untuk berjumpaNya, badan yang cekal untuk meluangkan waktu hanya untuk beribadah untukNya. Ini adalah waktu untuk seorang hamba bersama dengan Tuhannya..
semoga terlaksana sebuah mimpi..
semoga doaku didalam redhaNya..


selamat berjuang buat saudara-saudaraku.
siapkanlah dirimu untuk bertemu Ramadhan...jadilah hamba yang ternanti-nanti nikmat beribadah di bulan mulia ini..beruntunglah, andai kita sekali lagi dipertemukan dengan Ramadhan.
siapkanlah diri! pasanglah niatmu! semoga perlayaran sebulan kelak membentangkan permaidani merah untuk penghijrahanmu ke suatu sudut yang baru..

mari, siapkan diri untuk fatrah yang istimewa!

selamat menghadapi peperiksaan ^_^

Sunday, July 18, 2010

menulis

apa nikmatnya menjadi seorang penulis?


dahulu saya suka berkarya, saya lebih pandai melahirkan sesuatu yang saya rasai melalui tulisan dan ayat-ayat metafora, yang adakalanya hanya saya seorang yang faham.

Suatu kepuasan.

dahulu, di waktu sekolah saya gemar membaca tulisan-tulisan sastera, saya gemar pada pertandingan menulis. tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi ahli kelab sasterawan muda. Semangat itu terhenti di tengah jalan, angan-angan hingga kini hanyalah angan-angan.

kini,
saya seorang pelajar perubatan. saya komited pada amanah menjadi seorang ahli pemikir saintifik. ini bukanlah impian saya, namun tidak bermakna saya menyesali pilihan ini, apatah lagi membenci. saya gembira, menggunakan teori saintifik dan membakar minda bermain dengan diagnostis penyakit, namun adakala saya rindukan minat saya yang dahulu, yang saya percaya tanpa asahan dan usaha yang berterusan akan terpadam..

minat entah mungkin hanya tinggal minat. tanpa kebolehan, minat takkan mampu berkembang. mungkin masih ada yang mampu menulis dengan hebat, mampu berkarya dengan hebat,
tetapi saya?

minat dan cinta saya pada seni membuatkan saya rindu untuk berkarya. berkarya dengan kepuasan hati, bukan kerana paksaan di dalam kesibukan. Ilham menuntut waktu dari 24jam saya. Maaf, hingga kini waktu saya untuk prioriti, malangnya berkarya bukanlah subjek prioriti dalam hidup saya sekarang.

menunggu bila ilham mahu menyapa diri dan mengunci jari untuk menulis..menulis dengan kepuasan diri dan firasat hati.


Wednesday, June 23, 2010

Ikhlas tapi Jauh




Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...
Jauh...



tafsir lagu ini dalam dua nada yang anda mahukan.
terpulang.
kadang2 kita dekat je, tapi sebenarnya dah jauh...
kadang2 orang yang jauh dimata, tapi dihati dia tetap dekat..paling dekat.
orang kata, jangan layan emosi terlebey2 ni.Ok, mari kita berkerja! banyak lagi benda nk kena buat. Tapi sekadar nak menulis jugak kat sini..mane tahu, mungkin ada orang dapat tafsirkn dengan betul?



selamat beramal.



Saturday, June 12, 2010

piala dunia 2010


Piala bersalut emas

"Dulu
kecik-kecik sangat pelik kenapa ayah, abang dan adik amat menggemarinya.Hari-hari yang dilalui bersama musim bola adalah sangat membosankan saya. Kemudian, bila dah besar sikit, dah terikut-ikut dengan mereka...seronok juga rupanya tgk bola ni ye. Sports mmg menarik kot~ ada seni dan kepuasan yang tersendiri."


"Sekarang.Dah makin tua rasanye..Nasib baiklah saya duduk di Mesir, x ada tv, kerja sekolah banyak, kerja untuk orang lain pun banyak. Saya dah mula sedar betapa banyak masa saya boleh terbuang kalau dok melangut tengok bola sahaja. especially bila dh tiba musim bola mcm skrg ni~"

nasib baik.nasib baik.

semoga bersederhana dalam setiap perkara, terutama dalam perkara yang x muhim.
*tentunya peringatan ini pertama sekali ditujukan untuk diri sendiri!*
~dan mungkin untuk anda juga~


Sabda nabi SAW yang bermaksud;
“Antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya.”

p/s: rasa mcm nak share hadis tu, sbb mungkin kadang2 bila kita sedar kadang2 ada benda yang kita xd kepentingan pn, so maybe kita boleh kurangkan sket.


selamat beramal semua!

Monday, December 28, 2009

pit stop

salam to all readers.

saya masih tercari-cari waktu untuk menunaikan hak di ruang ini. Maaf, sudah lama tidak ada post dalam post ini. walaupun sebenarnya sangat2 rindu untuk mencambahkan buah minda, tapi entahlah, belajar pun masih tersekat-sekat. clinical year saya rasa memang menuntut saya untuk menyusun waktu dengan bijak. Kadang-kadang rasa macam nak rumbling kt sini jap, tp bila fikir2 banyak lagi benda lain nak buat. kadang-kadang rasa nak memberi..lama dah tak ada pengisian kt blog ni..mungkin di lain waktu.
harap-harap adalah waktu..

sometime terfikir, benarlah kata orang semakin meningkat umur semakin susah laluan yang dilalui. adakala saya berkira-kira, bilakah waktu untuk saya luangkan untuk diri sendiri? saya merindui saat-saat meluangkan masa dgn sesama ahli bait..sedang waktu-waktu ini menuntut diri untuk banyak keluar berkerja. dearest housemates, saya harap anda semua memahami..

namun saya yakin,
inilah jalan yang saya pilih. bukan jalan untuk bermalas-malasan.
saya perlu terus kuat..banyak mencari..dan terus mencari..terus berkerja..terus berusaha
saya harap penat dan letih tak melunturkan semangat untuk terus bersemangat mengejar ilmu,
terus bersemangat di dalam kelas dan kurangkan mengantuk dalam kelas. saya harap walaupun terkejar2 saya masih boleh hadir ke kuliah lebih awal dari lecturer sampai..sbb saya rasa x best bile smpi lg lambat dr cikgu...mcm x bersemangat nk dpt ilmu, sedangkan kita sbg pelajarlah yang perlu mengejar dan menunggu cikgu, bukan sebaliknya.
bukankah begitu?

saya harap saya x lambat lagi.


di saat ni, rasa macam nak rehatkan minda...
duduk, fikir balik.
dalam kepenatan kita berkerja dan beramal kat dunia ni, rugilah andainya niat tak selalu diperbaharui..kadang2 perasaan penat tu sekejap je dah hapuskan pahala2 kita..
walaupun kepenatan ke kuliah dari kol 8-6petang, kalaulah kita benar2 niatkan mencari ilmu kerana Allah, sure walaupun penat masih rasa berbaloi berjam2 mengadap buku..

this is a little reminder to myself, saya harap saya berhenti mengeluh kena keluar siang dan malam..study grup ke,tugas persatuan ke, ziarah ke, tunaikn hak ukhti ke ape ke...saya harap saya x lupa niatkn kerana Allah...semoga Allah terus menjadi my greatest motivator.

and truly,
right now, terasa benar2 rindu mahu sujudkan dahi ini kepadaNya..kalau boleh saya nak satu hari cuti dari semua runtin harian, saya nak duduk seorang diri dengan Dia sahaja tanpa diganggu orang lain. bolehkah?? sesungguhnya hanya Allah jualah sumber kekuatan hati..

buat kawan2 4th year,
selamat meneruskan perjuangan anda.
sambung lg next time...
semoga terus bersemangat kawan2!!



Sunday, December 13, 2009

inspired inventor??



Quiz: The Classic IQ Test

Rated: +2155 | Taken 200,012 times
Inventor2_max200w

Inspired Inventor

Your IQ Score is: 122

You have an unusually strong balance between verbal and mathematical skills combined with a strength in the visual realm. Your most enduring talent, however, is that your idea center never shuts down. That's what makes you an Inspired Inventor.

You come up with insights that surprise even yourself, and that's because you might not always be aware when your brain is working on the next great idea. Most of the time, Inspired Inventors such as yourself have a plan brewing in their heads — even if they don't know it at the time. You are particularly adept at brainstorming, and coming up with multiple solutions for any problem because your brain never switches into the "off" position. You're like Sir Isaac Newton in this way — even commonplace events like an apple falling from a tree can be worked into the ever-present concepts that are formulating in your mind. This is the reason people flock to you for fresh ideas, advice, and insight. Your keen ability to process new information, makes you an indispensable team thinker. If, for example, you and your friends were stranded on a desert island, you would be able to figure out how to live in an unfamiliar landscape. Despite the newness of the situation, you would be in your element, generating ideas and potential solutions.

You have a unique way of solving problems. So trust yourself, and take every chance you can to share your insightful ideas with others.







~kerja di kala tensen time exam..relaks kn minda..cari inspirasi dalam diri sendiri.

yeah!! have faith in urself!


ok.sambung study..



Saturday, November 28, 2009

dulu punya cerita.




ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
ada kalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan

bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan


tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan, tika aku
diuji dengan dugaan?
saat ku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saat ku meragukan keampunan tuhan
kau katakan rahmat-nya mengatasi segala

menitis airmataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasih-mu, oh tuhan


titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati
yang dulu resah keliru
cintaku takkan pudar diuji dugaan
mengharum dalam harapan
moga kan kesampaian kepada tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina



syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekati-nya
tika diri dalam kebuntuan

betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajarku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi

tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasih-mu tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama teman


@ -----------------------------------@

istimewa buat sahabat teristimewa di malaysia..
uhibuki fillah.
thanks for the ukhwah
terima kasih sebab kenalkan saya pada erti sebuah ukhwah sejati.
kat mana2 pun,
bila2 pun,
saya selalu ingat persahabatan ini.
u are my best partner ever.
terima kasih..aLLAH PILIH SAYA UNTUK MENJADI SAHABAT AWK.
semoga hati kita terus bersama di dalam jalan Illahi...


Dulu punya cerita?

tak.

hari ini pun tetap sama

walaupun kita dah jauh,

kan???

AQILAH~


Monday, August 10, 2009

kuwait; 12 ogos!!

lusa dah nak terbang pulang.
bagaimana wajah malaysia sekarang
perasaan bercampur baur..
syukur, Allah masih bagi peluang utk menjejakkn kaki pulang ke tanah air



dalam entri ni, saya nk ucapkn sejuta ucapan terima kasih buat sahabat2 akhawat yang sudi buat majlis pre-raya last night!
hehe..trima kasih sebab beli kek untuk kami yang akan menyambut birthday di malaysia
saya mesti sunyi sambut sorg2 nti~~

thanks.
saya pasti rindu nk bersama sahabat2 akhwati semua!
kalau boleh spend seminggu lg..boleh main basket selalu..buat jamuan makan same2
time summer la waktu kita merapatkn ukhwah..
yang x kenal sangat dlu, time summer bila tidur serumah, makan satu dulang..terus jadi rapat!
hehe..i m gonna miss all this memories!

apapun, kita mmg perlu berkorban dlm hidup ni
tahun ini, saya korbankn summer saya untuk bersama keluarga tersayang di malaysia
korbankan kenikmatan ramadhan terindah di mesir.. untuk saya ajak org2 malaysia menghayati ramadahn di malaysia nanti.

cabaran. malaysia bukan seperti mesir.


semoga Allah mudahkn urusanku~

malaysia, im coming home!!!


p/s: dh lame x tgk menara KL live..
rindu plk kt jalan raya besar y menghijau brsama pokok2 besar

dan

saya pasti rindu pada ramadhan di mesir
PASTI!
rindu suasana tu.........................

Sunday, August 9, 2009

letheidgresyl

i was very shocked when i received ur message...

get well soon dear.



H1N1


syafakillah wa afaaki.
akk doakan awk selalu..

really want to see u right now~
xpe..Allah ada untuk teman awk selalu























Thursday, December 18, 2008

masanya terlalu cepat

Dia.
yang selalu saya doakan,
yang selalu menyokong saya,
yang selalu memberi kata semangat kepada saya.

saya tidak pernah punyai seorang pun saudara sedarah yang bernama perempuan.
Hidup saya hanya ada lelaki seramai 4 orang. Terkadang saya bosan dibuli, saya bosan kerana sendiri..tapi itulah hidup saya selama 17 tahun.

saya x pandai berkongsi cerita, kerana saya sukar nak mencari teman untuk bercerita. nasib baik ada kawan2, pandai mereka baca air muka saya..xperlu saya bercerita panjang...

tapi itu dulu. di sekolah. saya punyai ramai kawan2 yang supportive, caring n sentiasa concern ttg saya.

itu dahulu.
kemudian di sini.
setahun saya hanya gemar memendam rasa..pendam masalah. tutup rapat2.
saya x tahu dan tak mahu berkongsi.
mungkin ingin, tetapi susahnya nk jumpa orang y sudi mendengar.
xp, stay cool~

tapi,
Dia lain.
banyak sangat tunjuk ajar dan nasihat yang diberi,
x perlu saya luahkan,
Dia sentiasa tahu apa di benak hati saya.
walau sekadar melihat mata saya yang kuyu,
Dia hadir membantu..

tak pernah saya rasa betapa sayangnya kepada seorang ukhti
pertama kali saya rasai memiliki seorang kakak
berbelas2 tahun saya menjadi seorang kakak
hanya terfikir apakah perasaan menjadi seorang adik yang ingin berkongsi bicara,
kini Allah berikan Dia dalam hidup saya.

walau bukan selalu saya mendengar suaranya,
walau sekadar melihat senyumannya,
hati yang resah pun terasa lega.
walau pun kita jarang bersama,
tapi Dia tetap menjadi inspirasi saya...
memberi satu kekuatan buat saya.

Kini,
masanya sudah berbeza.
terlalu cepat
tidak tahu apakah saya mampu untuk melaluinya.
tapi saya perlu..saya perlu laluinya.
can't afford to lose you,
but i'll try to be strong.

saya tahu masa ini akan tiba jua.
selamat pengantin baru ukhti~

Monday, November 17, 2008

clueless

dear readers,

pernah tak anda rasa betapa susahnya nak meluahkan sesuatu?
ok, wait2..im not talking about 'love confession', but this is a general question.
anda mencari2 peluang tapi bila peluang datang, mulut anda macam dikunci.

totally clueless!

kemudiannya, anda akan rasa sangat menyesal.sangat2.menyesal sebab x cakap..
walaupun berhari2 berjumpa, tapi tak dapat nak berterus terang..
sampai terpaksa gna email as perantara...

kenapakah begini..

kenapa terlalu susah nak bercakap?

answer please..

Wednesday, November 5, 2008

dedicated to you, life is a journey..

~this post is dedicated to a friend, who called herself as a traveller in her ow jorney. The path which she walk through, is just the same which i walked before...May you walk safely, dear..

20 years as I grown up, and I walked along a very meaningful jorney in y life, He had written the storyline of my entire life beautifully. Thanks to Allah for the light that you give. With the light, the path seems to be brighter than before, and the darkness inside me, You purified with Your bless and mercy~

As the time goes by and He changed me to become a better one. The pain which I gain has sharpen me to face the real life as a braveheart. The truth is, we could never walk away from grief and burden in this temporary journey. But to be heal is to understand the causes of the pain and the outcome that u may realize later..

This journey of life,
to those who are searching for the meaning,
the answer lies within your faith & your heart,
Turning back to your Creator,
Search for His love,
and be a wise traveller
by thinking of every single great creation around you,
and about His love in your entire life

Afterall,
you will find that this journey is not a long way to walk,
the time will come and your fruitful life here will be gone,
there is nothing could be carry along eternally,
all you have beside u are the goodness and kindness that u did,
and griefly u may realize
all your hardwork to fullfill your dream here in temporary life
is just a waste~~

So,
time & tide will not pause and wait for us,
before you end this journey,
i hope u may walk smoothly with His light,
find the true meaning of ur life
and keep it always as a reminder to your soul

Goodness to others will help u in hereafter,
so make it oftenly while u still can,
through out this journey,
He is always looking and guiding you,
waiting for your pray,
waiting for you to repent to Him,
and He knows,
every mistake and every sin that u did,
even if you put Him away from your life,
He wouldn't bare to leave u aside,
Cause he know how suffer you will be without Him
to walk along this troubling journey..
growing up is never easy,
and the price of jannah is not that cheap
only the true believer will dare to pay....

~walk smoothly dear, im beside u, always to hold ur hand tightly...

Wednesday, October 1, 2008

raya yang dinantikan~



hari ini adalah syawal ke-20 saya.



biasalah, raya di perantauan..pagi2 lagi dah teringat kt ibu ayah.



ketupat rendang mak buat,



rindu nk mnta maaf dgn mak ayah face to face..



aih..xplah, raya di perantauan ni pon byk pengalamannye.

pagi2 raye, buat2 kuat..control, buat2 happy

hehe






tahun ni,

sebenarnya rasa x sabar sgt nak tunggu raya akan datang.

kenapa ye?






sebab,
kalau diizinkan Allah,
setelah 3 tahun,
kami sekeluarga akan dapat bersama semua skli masa pagi raya..
macam dulu2..



tapi bezanya,
kali ni semua dah besar2
rindu nk tengok gelagat adik2
rindu nak gaduh n bersalam2 pagi2 raya..







semoga Allah perkenankan doa ini



moga masih ada syawal untukku ditahun akan datang...






slamat hari raya semua~

Monday, September 29, 2008

How Can a Friend Be Your Way to Paradise!




By Shiam El-Bassiouni
Staff Writer - IslamOnline.net



Friendship is a significant meaning we need to truly comprehend and appreciate. The meaning of "the good friend" differs from one to another. Some people believe that the righteous friend is the one whom you trust and can tell all your secrets. Others define that person as one who stands by your side in sadness and in happiness alike.



Although opinions vary, all of them are relatively correct. And if we put the different views together, they can still form a true definition of the righteous friend. But there is a significant meaning and role for the virtuous friend that is missing: The one who assists you to be more close to Almighty Allah, obey His orders and teachings, and be a positive and beneficial individual for the Ummah (Muslim nation).





~Criteria~

Think for a while about your friends, and let me ask, "How do you choose your friends? What is the role of your friends in your life? Is it solely to go out and have fun with you?" If you answered in the affirmative, then you have to rethink and try to understand the meaning and role of the righteous friend. He or she is not just someone to enjoy your time with. The role of the friend is more profound than such a superficial point of view.



A friend can help you carry out great deeds and thus gain rewards and reach Paradise. On the other hand, that very friend can weigh you down on your quest to Paradise. Your friends can have a great influence upon you, even more than your family does. That is why it is very important to be cautious in selecting your friends.



The essential thing you should think about while choosing your friends is their closeness to Almighty Allah, and you can know this not only through their appearance — as it can deceive in many cases, but also through their attitudes, behavior, beliefs, and actions.
These kinds of friends who are all the time thinking of ways to gain heavenly rewards and be more close to and satisfy Almighty Allah through all their actions are the ones whom you can trust and seek their friendship.





~Impact~

If you do not pray, if you never fast, if you gossip, or if you do not have any active role in your society, your friends are the ones who can either help you improve your behavior and attitude to the better or can worsen your morals, attitude, and even beliefs.
Evil and ill-natured friends can push you toward doing bad deeds. Lying, smoking, or even being addicted to drugs are but some of the terrible results of so-called friends.



On the other hand, the righteous friend is capable of making a positive influence upon your life, changing it to the better. For instance, your friend who does charity activities can encourage you to participate with him or her; instead of wasting your spare time doing nothing or in places full of haram with evil friends, such a righteous friend can accompany you to visit an orphanage, attend Qur'an lessons, or spend your time in other useful things.



Even in times of fun and merriment, which I believe are very significant among friends, things differ greatly with the good friend, as he or she always reminds you of renewing your intention for the sake of Almighty Allah anywhere and at any occasion. In addition, the righteous friend always promotes you to do things to keep the honor and the beauty of Islam awake in your heart.



This was the case with Iman Al-Sherif, a 25–year-old Egyptian, whom one of her friends traveled to Denmark after the cartoons row in an attempt to alter the negative image Islam had garnered there. What encouraged Al-Sherif to think of doing something to improve Muslims' image all over the world? "My friend was the one who encouraged me to do something for my Ummah, and from there I started to read more about Islam and I took a course in introducing Islam to non-Muslims. Actually, I cannot deny the role of my friend in helping me to be more positive," said Al-Sherif.




~Think~

With virtuous friends, you will be positive and beneficial to Islam and Muslims, and you will be able to live a life free of selfishness, sadness, hatred, and anxiety that exist among evil friends.
You may not feel the impact of your friends upon you, but if you think deeply, you will find that even if you have a strong personality, you will be influenced by them. That is why you have to choose your friends wisely, as they can alter your whole life whether positively or negatively.
For this reason, Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said, "A person is likely to follow the faith of his friend, so look whom you befriend" (Abu Dawud and At-Tirmidhi). It is very essential to understand this hadith; it shows the sound impact of friends upon one another and the essentiality of selecting the virtuous friend.


Think about it, and even — God forbid — if all your friends are evil, you have to search for at least one virtuous friend who can be your companion on your way to Paradise!







p/s: i copy this article from islamonline.net, just to share with u all.
dear friends, thank you for reminding me always to Him,
thank you for this ukhwah lillah~

Saturday, June 21, 2008

dimana Allah dihati ini?

suatu hari, sedang aku duduk mendengar nasihat seorang ukhti, dia bertanya kepadaku;
"kalau akak tanya, dimana ALLAH dihati nadiah sekarang, apa nadiah nak jawab?apa bukti cinta nadiah padaNya?"

terpampan seketika aku.
dan seketika, hati aku rasa sayu..terasa rindu kepada-Nya..
baru aku tersedar, sejak 1-2 minggu ni, aku terlalu leka dengan dunia..lupa untuk ingat kepadaNya..dan aku lupa untuk berterima kasih kepadaNya..


"akak, memang susahkan nak jaga kecintaan kita kepada ALLAH.saya tahu hanya Dia yang berhak untuk saya cintai..tapi kadang2 bila saya bergembira denga dunia, saya lupa pada Dia..
tapi saya sedar,
Dialah pendengar yang paling setia. di saat saya perlukan seseorang untuk menceritakan masalah saya, sy tak jumpa sesiapa yang mampu mendengar dengan penuh 'empathy', yang akan menyokong dan mendorong saya semula...mungkin ada, tetapi sgt sukar untuk sy bersama dgn mereka..
dan waktu tu, saya sedar..air mata ni hanya mampu mengalir berderai tatkala dahi sujud menyembahNya..bila mana saya meluahkn segala masalah saya dlm sujud tahajjud, dlm kesunyian malam, saya merasai kasih sayangNya..terasa bagaimana tenangnya hati saya tatkala meluahkan rasa saya kepadaNya..tatkala bibir menyebut namaNya..Ya Rabbi, Ya Rabbi..tak perlu saya ragu kepercayaan saya kepadaNya, kerana sesungguhnya Dia lebih memahami masalah yang saya hadapi itu LEBIH dari saya sendiri...

dan memang Dia menjadi teman saya yang paling setia..dikala susah dan senang.dikala orang lain sibuk mementingkan urusan sendiri, sya tahu bahawa saya sentiasa ada Dia untuk menemani saya..menjaga saya..

paling penting, biar apa pun rungutan saya dalam hidup ni, biar apapun yang saya pinta dalam hidup ni, Dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk saya....
sehingga ke saat ini, hati saya tak mampu untuk berhenti melafazkan rasa syukur kepadaNya...kerana Dia telah menulis suratan hidupku yang beralun dengan penuh makna..
bagaimana Dia jadikan saya dari kalangan yang hidup susah..mengajar saya untuk tabah dalam hidup..menjadi manusia yang gigih berusaha, dan tidak sekadar menunggu dan bergoyang kaki untuk mencari makna sebuah kejayaan..
dan kini, Dia makbulkan doaku..dari seorang yang berjiwa seni, Dia melatih saya untuk mencintai medic..dan Dia sentiasa permudahkan jalanku..sentiasa murahkan rezekiku..sentiasa mentarbiyah diriku untuk kembali mengingatiNya..Dia letakkan saya di bumi kinanah yang penuh ranjau ini..dipisahkan saya dari sahabat sejati sendiri.supaya sayalebih tabah dan lebih dekat dgnNya...

seandainya dulu saya fikir saya ada sahabat yang amat memahami saya.yang amat menyayangi saya.tetapi kini saya sedari kasih dan sayangNya berterusan,berkekalan, dan mengiringi saya dalam setiap saat yang saya lalui dalam hidup.
andai dulu sya mencari2 kekuatan untuk hidup, mencari2 insan untuk memotivasikan diri, tapi kini saya saya sedar bahawa Dia jualah sebaik2 kekuatan..kerana hanya Dia yang mampu membuat segalanya..penentu segalanya....


sememangnya, tidak ada insan yang dapat menganugerahkan hadiah yang lebih istimewa dari apa yang diberi olehNya...
walau sejauh mana cintaku pada manusia, pada ibu,pada ayah, pada sahabat, malah pada kekasih, cintaku itu pasti akan melukai aku.tak pernah kekal..malah, saya akan terasa sakit bila disakiti oleh manusia yang saya cintai.
tetapi, saya tahu..walau sedalam mana saya tanamkan cinta ini kepadaNya, Dia tidak pernah menghampakan saya.
setiap yang Dia turunkan untuk diriku, akan saya terima dengan hati yang redha, kerana saya tahu disebalik segalanya terselindung makna dan cahaya yang akan tersingkap di hari yang mendatang.

tapi akak, saya juga senang lupa..dan di saat saya terlupa akan diriNya, saya perlukan sahabat2 untuk membimbing saya mendekati diriNya semula. di saat saya kelemasan dalam dunia sendiri, saya perlukan sahabat2 untuk menyelamatkan saya dan menemukan saya kembali dengan cinta Allah...
jadi ukhti, jangan tinggalkan saya..pimpinlah tangan saya selalu..mungkin saya pernah menjadi pencintaNya, tetapi saya takut esok lusa saya terleka dan melupai cinta ini...demi cintaNya, janganlah tinggalkan saya..kerana Allah, saya menemui ukhti, kerana Allah dia wujudkan rasa keserasian antara kita...dan kerana itu, saya harap keserasian in akan membawa kita lebih mencintai dirinya....dan sebenarnya saya pasti, ukhti juga adalah HADIAH dari Allah untuk saya"
ukhti tersenyum.lalu digenggam erat tanganku.
"semoga cintamu terus subur, si kecil".