Saturday, July 2, 2011

Rezeki dan Usaha

bismillah..

hari ini tadabbur ayat dari surah AnNur;

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak
terhitung.
(anNur:37-38)



istifadah@pengajaran dari ayat:

MasyaAllah, cukup cantik sekali bagaimana Allah menyampaikan pesanan supaya hambaNya tidak terleka dengan urusan dunia. Telah diingatkan kepada kita agar jangan sesekali urusan dunia@kerja-kerja yang kita lakukan sampai melalaikan kita daripada mengingati Allah, mendirikan solat, serta rukun2 Islam lain termasuklah melaksanakan zakat..

Interpretasinya, cuba kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Kalau di waqi' budak alex sekarang tengah sibuk nak exam..masing-masing dah start menghadap buku. Memang sudah menjadi tanggungjawab kita sbg seorang pelajar..tapi haruslah kita selalu ingat, jangan sampai kerana study, amal ibadah berkurang..baca alquran kurang..solat pun lambat2, semua benda bg reason sebab nak habiskan baca buku dahulu. Sungguh, hamba-hambaNya yang tidak dilekakan dengan urusan dunia daripada mengingati Allah, mereka mengharapkan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan..Sama-sama kita ingatkan diri, usah kita berikan alasan sibuk dengan perkara dunia sehingga mengurangkan zikrullah kita. kalau nak all out untuk sesuatu kerja pun, apa sekali pun berbalik pada niat..dengan izin Allah, sekiranya kita laksanakan ikhlas untuk Allah, maka apa yang kita harapkan adalah ganjaran yang bukan sekadar setimpal dgn usaha kita, malah lebih baik...itulah janji Allah, dan tiada yang lebih menepati janji melainkan Allah.


ingat! study, study juga...kerja, kerja juga..
amal, jangan lupa!
dan selalu ingatkan diri bahawa Allah berikan rezeki kepada sesiapa yang Dia ingin beri...usaha kita bukanlah janji @ satu2nya kayu ukur untuk rezeki kejayaan dan kekayaan.. Allah jualah penentu segalanya..


semoga mendapat manfaat dari perkongsian xseberapa ni.
tajdidkan niat selalu..semoga redha Allah mengiringi amal2 dunia kita

Thursday, June 30, 2011

pantas diriku menjadi diri yang baru

belek-belek folder2 lama.
terjumpa puisi lama, ditulis pada tanggal hari jadi yang entah ke berapa.
Apa yang pasti, puisi ini bersalut nada semangat nan baru.
Tanda suatu kelahiran yang baru,
suatu jiwa yang membara, bagaikan batu bata kental dibakar dan dibentuk.
terima kasih Tuhan, thabatkan aku.
Usah cicirkan aku kembali pada jiwa silamku yang luluh.

pantas diriku ini menjadi diri yang baru

berlari-lari mencapai awan biru

hari ini aku dewasa

mimpiku usai sudah berbicara

lihat dunia, aku tanam suatu jiwa

hari ini ruh bisa bersuara


pantas diriku ini memperkasa jiwa nan baru

tuhan, leburkan aku dimedan ini akhirnya nanti


dewasa ertinya berbisa

akal melihat dan bercerita

hari ini bukan lagi sebagai orang suruhan

bukan lagi dibawah pautan tangan yang memikul

hari ini aku yang berbicara. aku yang bersuara


melodi ini, aku yang lantunkan

aku gemersikkan

pantas kulentur jiwa yang baru

biar tenang meniup ruh baru

tafsirku kini matang pada umbinya

biar sejenak aku memilih caraku sendiri


tarbiyah

pada kamu kuhirup kehidupan baru

tidak lagi kutermenung di dalam lena yang jauh

derap langkah melaju, tak mahu lagi tersadung

kerana janjiNya, tiadalah rela hati ini berpisah

jiwa baru ini

impi dan nekad ingin bertemu Tuhan dengan kegirangan

Tuhan, saksikanlah

bantulah!

biar aku redah kalau sakit, mahupun rawan

janji jiwa baru ini

impikan syurga di akhir penantian


hari ini

pantas aku menjadi diri yang baru

selamat hari lahir

buat diriku yang baru.

Thursday, June 23, 2011

anak-anak yang bergembira

bismillah arrahman arrahim..
lama tidak menulis.
Di ketika puisi ini ditulis, berbondong-bondong lagi kerja yang perlu dilunaskan.
Namun seketika aku mecuri waktu,
melakarkan sebuah puisi buat kamu. kalau kamu tahu n sedar puisi ini utk kamu.
hayati.



anak-anak baru mengenal bahagia
menggila ke sana sini mencari cerita
cerita bahagia,
menghibur dunia yang seketika

aku jauh melihat kamu bergembira
adik, aku tahu terpalit pahit disebalik wajah itu
kulontar rimbun rasaku,
jauh disudut hati
aku berdoa kau dicekalkan hati

anak-anak baru mengenal dunia
sayang kau dewasa mengenal pekung derita
syukurlah, walau membungkam kau melafaznya
ada sinar Tuhan simbolikkan dari kaca mata kita
kau jangan terus hampa
pulang,
pada Dia akan termakbul segala doa

maka apa lagi yang kau azamkan
apa lagi yang engkau kejarkan?
adik-adik yang baru mengenal tirai kehidupan
hayati, hiruplah
buat bekalan kehidupan
pesanan aku hanyalah ucapan
andai kau utuh bersamanya,
aku pasti kau akan bahagia
pada diriNya, kau jadikan sandaran
denganNya dan hanya Dia, Alghafur ArRahim..

panjatkan doamu,
ubati sendumu,
solatmu
zikirmu
pegang! amal!

adik-adikku,
aku jauh
namun aku dekat didalam doamu
membesarlah kamu
dewasalah kamu
dengan taqwa dan iman

aku butuh memikirkan dunia kamu yang penuh pancaroba
penuh riang ria
penuh fatamorgana
khalayan dunia ternyata memabukkan!
bagai ectasy untuk kamu ubatkan luka silam

ini pesan aku,
buat kamu anak-anak yang bakal dewasa
jalan hidup terasa panjang
ada duka yang perlu dirasa
ada bahagia yang menduga
bukankah kita merasai jalan yang sama?
pekikan yang sama
jeritan yang sama

aku mahu kau tahu,
kita semua
pasti mampu bangkit semula!
pasti mampu hebat belaka!
tak perlu bahagia mencari kasih sayang terlarang atau apa sahaja!
kita masih ada kita bersama,
susah senang, aku ambil tahu dan cakna
dan paling penting
TUHAN ITU ADA BERSAMA KAMU DI MANA2.


Saturday, April 9, 2011

bernafas

"Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh."~daN ruMit





we forget more often than we remembered.
istghfar, harus kita rutinkan.

Wednesday, March 9, 2011

Mencari Sakinah

Celikkan mata, kita melihat dunia.

“Akuilah, dunia kita tidak pernah menggapai kesempurnaan. Tidak aku ketahui manusia lain, tetapi aku cukup takut untuk berdepan dengan kegagalan. Manusia masing-masing punyai cabaran dan dugaan yang Allah lampirkan bersama hidupnya di dunia. Tidak akan ada manusia yang punyai segalanya. Andai kau miliki harta yang banyak,kerjaya yang gah, kereta mewah dua tiga, belum tentu lagi kau punyai keluarga yang bahagia… Kau lihat manusia lain berjaya, kau tangisi hidup menderita, sedang tidak kau sedari beruntungnya engkau memiliki peneman hidup yang setia berkongsi duka.

Aku di hari ini menangisi hidup yang diuji Illahi. Rasa lemah, putus asa. Seakan hidup tempang sedikit, walhal kupunyai nikmat lain yang melimpah ruah. Aku tidak terfikir, sedalam mana jua Allah menguji, Dia masih sayang hambaNya ini, memberi dan terus memberi. Walau aku terus buta kerana secebis nikmat ini yang ditarik.

Kulafazkan geram, manusia lain puas aku cuba fahamkan…mereka tidak mampu, bukan salah mereka kerana tidak memijak dunia yang sama dengan kita. Bagaikan layang-layang yang bersiar tanpa pemegangnya, begitulah aku memandang hidupku tika itu. Bukan aku nafikan adanya Tuhan disisiku, namun kubuntu, kerana ku tidak tahu bagaimana untuk terus bangun dan hidup. Mengharap ada yang datang, ajarkan aku langkah yang tidak canggung, semakin mengharap semakin luntur..semakin susut.”

Ini kisah seorang hamba yang seketika Tuhan mahu ajarkan erti sebenar sebuah kebahagiaan. Benar separuh hidupnya diisi kelam, hingga hatinya putus dalam mengharap. Inilah jiwa manusia, jarang sekali mengucapkan syukur, berimbun lagi nikmat yang Allah masih turunkan, khas buat dirinya. Diciptakan Tuhan agar dia berbeza dari yang biasa, supaya sabarnya membawa ke darjat yang lebih utama. Bagaikan orang berkata, “ nikmat yang Allah berikan jauh lebih besar dari apa yang kita harapkan”

Walau seperit mana kau menempuh jalan, walau kau rasa tiada siapa yang berjalan seiringan, cukuplah andai kau tahu Dia sentiasa berbelas kasihan. Tangis, bengis, resah , jerit kamu, Dia lebih tahu..

Allah maaki, setiap masa setiap waktu…sungguh Dia bersama hambaNya yang sabar.

Jangan terus luntur, jangan mengalah sudah.

Kamu, bangun… Tuhan pasti berikan bahagia, walau dari jalan yang tidak kau sangka.

Hari ini engkau tersedu, bukan bererti engkau tidak teguh..bahkan kamu diuji kerana kehebatan kamu, kerana kamu mampu! Usah cuba menjadi orang lain, kuatlah kamu menjadi diri kamu sendiri.

Sentiasalah berharap..berharap hanya pada Illahi

Kerana harapan adalah sebuah mimpi yang berjalan…



**cetusan khas yang dinukil dari mesej-mesej bermakna oleh Ustaz Asri; mencari sakinah.

Semoga sama-sama terus menggapai langit!