takut untuk bercakap tentang ini, berkali2 nak tulis tentang ini..tapi selalu give up.
tapi hari ni bulat hati nak berkongsi.
kerana sekarang adalah cuti musim panas.
tahun lepas, pada cuti musm panas juga,
saya menyedari kehadiran Dia..
hari ini,
im playing my last summer memories....
sebut tentang cinta, tanyalah pada diri. berapa ramai yang pertama sekali dia teringatkan Allah?
kali ini saya bercakap dari hati. kerana saya berharap, apa yang saya rasai ini dapat dikongsi bersama sahabat2 lain..benar, saya mau anda juga merasainya~
kita manusia. jarang benar kita ceritakan tentang cinta kepada Allah, dan lazimnya kita seronok mengejar cinta manusia. baik anda jiwang, rock, control macho dan sebagainya..bila terkena penyakit cinta akan manusia anda menjadi insan yang berbeza. mula mengarang puisi, mula pandai bergaya..bermacam2 ragam manusia.
sedang hakikatnya. kita LUPA.
cinta Allah, sehebat2 cinta. cinta teragung.kalaupun saya bercerita di sini, ia tak sama dengan apa yang sebenarnya dirasai.
manusia lupa sehebat2 cinta adalah Allah.
bagi sesetengah orang, anda pasti tak nampak realistik kata-kata ini. anda fikir ini hanyalah monolog orang 'baik2@ alim'...dan anda bukan orang yang mengaji aga
ma dalam2...setakat tahu halal haram sahaja.
ambillah masa, fikirkan sedalam2nya...
fikirkan tentang diri anda.
tentang kwujudan anda.
tentang suatu kuasa yang telah mencipta anda.
DIA.
yang tak pernah tinggalkan anda kala susah dan senang
DIA
yang berikan anda senang bahagia di dunia
cubalah..
carilah suatu alasan untuk menafikan betapa pentingnya DIA dalam diri anda!
bukan kali ini saya mahu mengajak anda menjadi baik..
baiklah..
cubalah anda fikir,
walau siapa pun anda,
anda jahat, anda nakal, anda rebellious, anda bukan budak baik.
tanyalah pada sudut hati anda.
DIMANA ANDA LETAKKAN ALLAH DALAM DIRI?
jikalau anda sedar betapa banyak pemberian
nya..
betapa besarnya kasih sayangnya pada kita.
tak termampu untuk anda lari lagi.
kalau anda sedar bahawa DIA yang sebenarnya seharusnya di kejar2 dalam hidup ini...
saya ada seorang sahabat,
ditakdirkan, hatinya terbuka untuk melihat kasih sayang Allah dalam hidupnya.
sehari-hari menangis.
menangis kerana dulu terlalu banyak melakukan maksiat
sedang DIA tidak pernah berhenti memberi nikmat..
dikala susah, DIA tetap datang membantu..
dikala diri tak mampu mengadu pada sesiapa lagi,
DIA hadir menenangkan diri...
dan sahabat ini tidak henti-henti mengungkapkan penyesa
lannya kepada saya..
katanya, sungguh besar rahmat Allah..
aku tak sebaik orang lain..
aku anak derhaka, aku lawan cakap mak ayah,
aku dulu x kisah campur prgi keluar lelaki perempuan.
tapi DIA masih bukakan hati aku,
masih terima diri aku,
masih bagi peluang pada aku.
pada siapa lagi dapat aku sujud syukur???
kau rasa kalau aku lukakan hati orang lain macam ni..
aku buat apa dia x suka sampai beratus kali...
ada dia nak maafkan aku?
tapi ALLAH.....
aku bersyukur...aku masih sedar tentang kewujudan DIA.
sekurang2nya aku x pernah hilang DIA dari dalam hidup aku...
bercerita tentang cuti musim panas..
berratus-ratus pelajar memilih untuk pulang ke Malaysia dan brsama keluarga.
tetapi saya mnyeru kepada anda,
kalau berpeluang, ambillah waktu ini untuk berkelana mencari cintaNya.
kalau seharian dahulu kita sibuk dengan plajaran,
ambillah masa ini untuk kembali merenung tujuan hidup...
ambillah peluang untuk kenali diri..
kerana di pengakhiran pencarian, anda akan menemui DIA.
anda akan mrasai betap hebatnya perasaan dan ketenangan dalam mencintai Allah.
dalam orang lain sedang leka dengan cinta dunia,
anda mngikat hati anda denganNya.
percayalah,
pasti air mata mengalirr setiap kali mengingatiNya
DIA terasa dekat..
dan hidup terasa lebih berharga
seakan menemui mutiara dalam hidup.
dan inilah tapak pertama untuk anda mengubah diri.
kerana cinta Allah terlahir dari rohani ke jasmani..
sahabat,
ketuklah pintu hati anda..
kejutkan imanmu,
tunjukkan ia dengan nur cahaya Allah
DIA sentiasa menunggu hamba2nya..
tidak pernah brhenti mengharapkan rintihan hambaNya..
hanya kita yang masih butakan mata dari realiti hidup..
lebih enak memilih dunia yang melekakan,
dari menggapai cinta Allah.
percayalah,
tiada sesalan dalam menghampiriNya..
pada Allah, anda akan temui ketenangan,
padaNya anda temui kekuatan..
semoga Allah masih bukakan peluang untuk kita terus menghampiriNya...
jangan esok lusa DIA menjemput kita sebelum roh kita bersedia untuk soalan mungkar nakir
jangan esok lusa DIA palingkan hati2 kita..
jangan esok lusa DIA tarik kembali rasa cinta ini...
dunia ini memang indah.
namun, tidakkah kita terfikir pengakhiran bagaimanakah yang mahu dipilih?
di sini. kita hanya sebentar.
Allah itu kekal abadi..
carilah DIA dalam hidup anda....
jangan terus terleka..
kasihNya tak bertepi, tak bermusim...
*******************************
“Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Fathir : 2)
**************************************************
~"jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tiada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yunus : 107)
*******************************************
"Jika Allah menolong kalian, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kalian. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."
(Ali Imran : 160)
******************************
"Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu, adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)?"
(Fathir : 3)
hopefully one day, sy dpt rs jgk sume tu..nice =)
ReplyDeleterisau y ini -->jangan esok lusa DIA palingkan hati2 kita..
jangan esok lusa DIA tarik kembali rasa cinta ini...
insyaAllah mcT, im praying for u..
ReplyDeletejangan berputus asa mencari rahmat Allah!
just nk share satu hadis qudsi dgn awk.. this one is very common, tapi maknanya mendalam~
" sesiapa yang menghampiriku sejengkal,
Aku(Allah) akan menghampirinya sehasta,
sesiapa yang menghampiriku sehasta,
Aku akan menghampirinya sedepa,
Sesiapa yang datang kepadaku berjalan,
Aku akan datang kepadanya berlari"
DIA tak pernah jauh dari kita
hanya kita sahaja yang tidak membuka pintu hati untuk mencari Dia dalam hidup kita.
have faith in Him
everything is possible.
no matter how bad people judge us,
there is always bright hope for us.