Tuesday, August 4, 2009

ukhwah terlanjur?? apakah..




sudah lama saya teringin nak berkongsi tentang isu ini..semoga menjadi renungan buat semua.

manusia, kita sememangnya dijadikan dengan fitrah unuk berkasih sayang. kalau ikut dlm psychology, this is what we call innate motive..setiap dri kita lahir dengan perasaan itu. dan atas dasar fitrah ini, kita semua menjalin ikatan persahabatan..ukhwah..berkasih sayang sesama
manusia.

dan norma dalam berukhuwah, we shall give and take. teman adalah insan yang kita perlukan sebagai pendokong diri, peneman di kala sunyi,yang menghulurkan tangan dikala perit jerih.. walaupun hakikatnya Allah itu sebaik2 teman, tetapi sebagai insan normal, kita x mampu nak hidup bersendirian.


namun, dalam kita selesa mengucapkan lafaz ukhwah fillah, ada di kalangan kita yang sebenarnya terkandas dari jalan yang sebenar. walaupun kita mengakui bersahabat kerana Allah tetapi sebenarnya, kita telah memilih nafsu diri sebagai panduan dalam berukwah.

apa yang saya maksudkan?

pernah anda dengar tentang ukhwah terlanjur?

ok, tak ada maksud2 kotor di sini..
apa yang cuba saya sampaikan adalah berlebih2 an dalam berukhwah.

macam2 perkataan orang guna.. obses? atifi?

ya, ukhwah yang terlanjur kerana rasa saaaaaayang sangat pada seseorang. sebetulnya, ukhwah yang saya maksudkan ni adalah ukhwahh sesama jantina, tapi x lah sampai tahap lesbian ke gay ke, itu dah jadi lain dah.

tapi dalam kes ni, bila seseorang tu dia rasa sangat attach pada seseorang..sayang sangat.kalau boleh nak ke mana2 saje dengan sahabat tu. malah, dah tak boleh nak tengok orang lain rapat dengan si dia, nanti timbul perasaan tersisih la, dilupakan la, terbuang la.

apakah ini yang kita sebut sebagai ukhwah kerana Allah?

hakikatnya, masalah ini boleh berlaku pada sesiapa jua. mungkin saya, mungkin pada anda..mungkin juga pada sahabat anda.

kadang2, dalam berukhwah dan bila kita sayang pada seseorang, kita akan rasa seronok sgt nak bagi hadiah..nak selalu bantu dia, nak selalu rasa ada orang tanya khabar dan sbgnya.
semua ni tak salah..
malah dalam islam, ithar (melebihkan orang lain) sendiri adalah tahap ukhwah yang tertinggi.. dan berlapang dada adalah tahap ukhwah paling rendah.

tapi dalam apa jua keadaan sekalipun, kita seharusnya sedar. Islam mengajar kita tentang basitah (kesederhanaan). bila dah sayang terlebih, segala benda jadi lain. konon kita mengaku berukhwah kerana Allah, tetapi kenapa rasa cemburu boleh menjadi api yang menyala-nyala dalam sesebuah ukhwah? sehingga melarat2..timbul pula rasa bersalah dalam diri sahabat lain..sahabat2 lain rasa takut2 nak berkawan rapat la..sehingga jadi perselisihan faham dan sebaginya.
apakah ini yang dituntut dalam islam?

dan jangan pula kerana sayang anda pada dia lebih dari orang lain,
hanya dengan dia seorang anda nak tidur bersama, masakkan untuk dia..tapi kalau orang lain(sahabat lain) x pernah terlintas untuk anda bagi layanan istimewa sebegitu. kalau anda ditempat mereka, apa anda rasa? apakah agama kita mengajar untuk memberi layanan yang berlainan darjat? apatah lagi pada saudara sendiri...

mungkin saya nak mengajak sahabat2 renungkan kembali kisah persahabatan rasulullah dan sahabat karibnya, abu bakr. apakah pernah uthman, umar mahupun Ali berasa cemburu dan bergaduh2 kerana rasulullah lebih2kan abu bakr?
tidak.
kerana walaupun rasulullah mengakui abu bakr adalah teman baiknya, tetapi baginda tetap memberi layanan istimewa kepada sahabat2 lain. setiap sahabat merasakan diri mereka istimewa di sisi rasulullah..inilah ukhwah fillah yang sebenar. apabila kita mengaku bersatu hati kerana aqidah yang sama, terikat hati keranaNya..sebetulnya ukhwah ini menjadi penenang jiwa..bukan api cemburu yang menyala2..




buat akhawat semua,
tulisan saya ini sekadar peringatan dan renungan buat kita semua.
tak mustahil satu hari nanti saya jugga teruji dgn kalam sendiri.
sungguh, hati2 kita hanya Allah yang pegang.
cuma pesanan saya, sebetulya kita tajdidkan semula niat kita dalam berukhwah..
jangan rasakan dalam hidup anda hanya perlu ada seorang sahaja, dan anda tutup mata anda dari melihat kebaikan orang lain. boleh jadi esok lusa anda memerlukan juga insan2 lain.
sebab itu Allah berfirman;


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }الحجرات10

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)


kita saling memerlukan antara satu sama lain.
belajarlah untuk menghargai setiap sahabat yang berada disekeliling anda. jadilah seperti rasulullah yang melayan setiap sahabatnya sebagai insan yang istimewa.


semoga kita tidak terus tertipu dengan mainan perasaan sendiri. kita tidak memiliki sesiapa pun, malah sebenarnya milik Allah jualah setiap dari kita, hatta sahabat karib anda.. jadi istilah 'dia milik saya' tak sepatutnya timbul..apatah lagi jikalau anda faham erti ukhwah fillah itu sendiri.

mari kita sama2 tajdidkan niat kita..banyakkan muhasabah..barangkali selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah..tapi mungkin atas dasar lain..
peribadi ke..
minat yang sama ke..
perasaan nak memiliki ke..

mari, kita koreksi diri!


akhir kalam..salam ukhwah buat semua. jangan jadikan ukhwah kita penghalang untuk bergerak. kerana kita umat islam adalah satu jasad yang sama..musuh sedang menyerang kita, apakah kita sendiri masih mahu bersengeketa dan tak bersatu hati??



Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba
Allah yang bersaudara.

Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzhaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini, beliau menunjuk dadanya tiga kali.

Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya".

(HR. Muslim dan Ibnu Majah)



8 comments:

  1. tringt cter sorang kwn. bleh srh dy bc neh. =)
    p kn..klo y rsau kwn dy jles sbb dy rpt ngn org laen..cmner plak ek.

    ReplyDelete
  2. cemburu tu mmg fitrah kita, dan cemburu y sedikit tu x salah, sbb cemburu kan tanda sayang. tapi y bahaya kalau berlebih2an, sampai dilayan2 perasaan tu n kemudian mengeruhkn keadaan..timbul masalah dalam ukhwah.

    dalam berukhwah, kita kena selalu ingatkn teman2 kita untuk apa kita bersahabat,kerana kalau segalanya kerana Allah, pasti x akan smpi bw masalah y teruk.

    tapi kita as seorang sahabat pun sepatutnya mainkan peranan. layanlah sahabat2 kita seadil yang mungkin, kalau pn kita takut kwn kita jeles, jgn kita nmpkkn sgt benda2 y boleh semarakkn lg keadaan. cth, x perlulah tunjuk sgt kt semua org y kita lebih2kn kwn kita y A, sampai B rasa sedih. setiap hati kena jaga, lagi2 kalau kita sayang mereka semua kerana Allah..

    ReplyDelete
  3. cuba fikirkan rasulullah yang ada ramai isteri, bagaimana rasulullah jaga hati dan hak2 isteri2nya. walaupun mustahil untuk puaskan hati semua orang, tapi rasulullah gilirkan tidur di rumah isteri2nya.benar, rasulullah sendiri x dpt halang untuk rasa syg lebih pd aisyah, dan hati kita bkn kita y pegang, semua tu di bwh kuasa Allah, tapi kita mampu mengawal tindakan kita. treat everyone special..jgn biar kwn kita terasa lama dgn kita..insyaAllah, ukhwah y teruji tu lbih indah

    ReplyDelete
  4. salam.komen ke3 ana.
    menarek sunggoh artikel ini....
    sememangnya rs disayangi itu sesuatu yg sgt berharga....ana belajar 'sayang' dlm berkawan ini selepas mengenal apa itu ukhuwwah fillah...
    sememangnya laen,wlwpon kdg2 susah utk mndefinisikannya dgn betul.....
    alangkah indahnya dpt menyayangi semua shabat2...malah ana fikir syg lebeh dr seorg itu lbeh bahagia dr seorg individu shj....
    marilah kite sm2 berdoa agar ukhuwwah yg kt jalinkan ini masih dan sentiasa berlandaskan tuntutan yg betul ---lbeh bertepatan dgn takrifannya...
    ana pon kdg2 takut lemas dlm kalam ana sdr ini...krn kt tak tahu bila kt akn diuji...tp utk itulah kt perlu slng mmperingatkan..

    hehe,nadiah....uhibbuki fillah

    ReplyDelete
  5. saya y menulis ni apatah lagi..takut2 satu hari nnti teruji dgn apa y kit pernah ucapkn pd org lain..tapi itu semua x sepatutnya mmbantutkn kita dari menyampaikn sesuatu buah fikrah..

    hei anonymous, anda perempuan kn?
    hehe jgnlah berahsia identiti lagi...i know who u r..
    klo anda perempuan, baru sy boleh balas ;
    inni ahabbakillah.

    hehe, thanks for the ukhwah!!

    ReplyDelete
  6. heheh...komen ke4 ana---
    i guess u know...tp terlalu rmi anonymous yg bg komen kt enti..betul ke tahu?hahah....da blk mesia ye hr ni...take care!!

    p/s:klu tahu,cb teka warna kegemaran sy..hihi
    dan sy sememangnye seorg ukhti,bukn akh=P

    ReplyDelete
  7. nice article...nadieya!-arifatun

    ReplyDelete
  8. salam fatun, thanks for being here.
    uhibuki fillah,selamanya ^_^

    ReplyDelete