Tuesday, April 21, 2009

mengapa jalan ini yang kau pilih?

apa lagi yang dapat diungkap
dalam hati rasa simpati pada mereka
kejahilan mngkin kerana tidak tahu
mungkin kerana buat tak tahu
kenapa perlu tutup hatimu dari kebenaran
wahai sahabat,
aku memandang dengan penuh kasihan
kuhulurkan tangan, andai kau mahu selamat dari gelap
tetapi mengapa
hidup itu yang kau puja?

sahabat,
tutuplah dadamu.
apa lagi yang dapat aku katakan
bukan paksaan yang aku ucapkan
apatah lagi kekerasan
tapi kalam ini kerana kasihkan dirimu
wahai sahabat, mengapa ini yang kau pilih?

mengapa semua menunding jari
apakah sendiri seakan tidak punyai tangan dan kaki?
mengapa semua berlalu pergi
hanya cakap belakang itu sajakah yang anda hebat?

wahai sahabat,
mengapa jalan ini yang kau pilih?
indahnya hanya sekejap
apakah kau lupa akhirya kita nanti di mana?
apakah kau tiada takut kepadaNya?

wahai sahabat,
cantiknya kita bukan pada zahirmu..
andai pekerti buruk, ramai akan mencemuh
andai hati jauh dari nur Illahi
cepat sahaja darah naik ke dahi
wahai sahabat, manis lagi dirimu jika sabar itu menghias diri
kalammu berbudi pekerti
nilainya jauh lebih mahal dari pakaian cantik yang dikau beli..

wahai sahabat,ini kata hatiku.
kau kenali aku bukanlah hadir sebagai pencemuh.
hati semakin hari semakin memendam rasa sedih..
mengapa jalan ini yang kau pilih
apakah ketenangan yang kau temui?
ambillah kata2ku ini buat renungan diri
bukan tiada insan lain yang sudi menemani dirimu..
andai kau fahami mengapa begitu sedih aku melihat kamu seperti ini
saban hari melihat kau berlalu
mencari ubat diri dengan cara ini
apakah kau lupa untuk apa hidup ini?


zaman muda bukan hanya berpesta berjoget santai
mengapa..jalan ini yang kau pilih?
berhentilah merungut tentang hidup
usah terlalu pesimis
setiap yang berlaku hikmahnya besar sekali
kenapa harus hidup dalam kebencian?
lihatlah disekelilingmu
insan-insan ini semakin hari semakin menangis melihat dirimu..


mungkin terkadang kau sudah terasa hebat menunjuk belang
malu bkan lagi menjadi penghijab
bukan aku membisu kerana aku tenang
bukan jua aku marah dengan dirimu
tapi maksiat itu buat aku tidak senang
mengapa kamu yang semakin hanyut sahabatku..
apalah jawapan yang akan kau berikan bila menghadapNya kelak?


bila bicara aku tentang indahnya Islam
usahlah kau anggap aku membebel seperti si tua
aku tahu
kau jua mahukan bimbingan
wahai sahabat
bukalah pintu hatimu..
20 tahun sudah hidup ini kita lalui
tidakkah terfikir bekalan apakah untuk dibawa mati?


apa lagi yang dapat aku ucapkan
mungkin doa,
itulah yang terbaik dapat aku lakukan
semoga suatu hari nanti kau tersedar dari lamunan
berhentilah berkhayal.
duniamu itu tiada apa yang kekal
bukalah pintu hati
tanyalah pada diri
siapakah diri ini dihadapan Allah nanti
kita tidak hebat dengan badan yang cantik
kita tidak hebat dengan gaya hidup mewah
andai hati kosong amat sangat..gelap..

usahlah terus memilih jalan ini.
aku menghulurkan tangan.
marilah.
aku sedih melihat kamu begini.

No comments:

Post a Comment