Tuesday, April 21, 2009

hidup ini kita yang pilih..

assalamualaikum
lama saya tinggalkan blog ni.sakit jari nk menaip, keypad dh x betul. tp, baru-baru ni ramai yang menyapa saya, bertanya ttg blog ni..so, hari ni merajinkan tangan untuk berkongsi sesuatu..semoga bermanfaat.

tahun ini saya diberi nikmat yang tidak diduga. dan segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah..tidak tahu apa yang dapat saya katakan sewaktu mendapat keputusan peperiksaan sem lepas.bersyukur, dan terasa begitu hina sebagai seorang hamba. saya sedari tanpa rahmat dari Allah saya takkan mampu meraih kejayaan seperti itu, segalaNya datang dariNya, saya hanya mampu berusaha...

apapun, yang saya ingin kongsikan sebenarnya disini bukanlah tentang perasaan trharu saya...kerana disebalik rasa bersyukur, ada rasa berat dengan amanah dari Allah ini, utk saya kekalkan usaha yang baik, malah lebih baik...

mungkin ramai yang brtanya, apa rahsianya mdpt keputusan cemerlang dalam jadual yang sibuk..dengan aktiviti persatuan dan sbgnya... mulanya, sy mcm x nk komen byk..sbb risau jg kalau2 lps cakap ni Allah tarik balik nikmat ini..tapi, biarlah disini saya mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca.

kadng2 macam x sedar tahun ni dh masuk tahun ke 3 menjadi pelajar perubatan. deeply inside, terkadang masih ada rasa inferior berada di medan ni..dalam hati, x pernah timbul rasa nak bersaing untuk jadi paling top di universiti..malahan rasa kagum tgk sahabat2 yang semuanya cerdik pandai. pada saya, satu benda yang saya amalkan. segalanya bermula dengan niat. belajarlah bersungguh2 kerana Allah. cemerlanglah kerana Allah..usahalah..jgn jadi malas, semuanya buatlah kerana Allah. kerana hanya Dia sebaik2 pemotivasi..Allah is our best motivator.

ada sesetengah orang yang menganggap sihat petang malam pagi hidupnya hanya nak mengadap buku semataa2..hidup dalam dunia sendri. xendah junior, senior..ajak pergi kelas agama timba ilmu x mahu..semuanya dgn alasan nak study.

pada saya, jika kita tahu untuk apa kita study medic, untuk apa kita menjadi seorang pelajar, kita akn tau apa yang kita perlukn sbg bekalan diri dalam hidup ini..terkadang kita sibuk dgn ilmu duniawi, smpi rohani tidak terisi...lama2, bila hati kosong, stress dengan study, mulalah cari jalan2 keluar utk hiburkan diri..party..hangout smpi tgh mlm..alasan, stress study. sayangnya kalau kita tak tahu untuk apa kita mengejar hidup di dunia ni...turst me, anda tnylah pada kawaan2 anda, mahupun diri anda sndiri. untuk apa sebenarnya kita susah payah ambil medic ni? lihatlah semakin hari, semakin naik tahun berapa ramai yang dah keciciran..walhal dulu semuanya hebat2 belaka..dan sy brani cakap, kalau tgk keputusan spm mereka,ada antara mreka yang jauh lebih handal dari saya!
sesungguhnya semua itu datangNya dari Allah..terkadang kita terlalu sibuk mngejar urusan dunia, tanpa sedar hati terasa kosong..refleksnya lihatlah sendiri pada hasil usaha kita.

dan bagi diri saya, hidup itu lebih bereri dengan memberi. biar terpaksa berkoban masa membantu orag lain. berkorban masa mengatur program untuk orang lain...biarlah..asalkan kita niatkn kerana Allah, pasti Dia gntikan masa2 kita dengan sesuatu yang lbih berharga.tidak rugi berjual beli dengan Allah. buktinya, bila kita lagi sibuk, kita akan lebih mnghargai masa..masa2 skit kita guna utk benda bermanfaat, kurg buat benda lagha...insyAllah hati pn lg bersih utk terima ilmu..Allah jua lebih redha dgn kita...jadi, tidak mustahil utk cemerlang, wlaupun sibuk melakukan kerja amal. pergi kelas arab, kelas ngaji, kelas sirah dan etcx bermaksud anda gadaikn masa study anda..kitalah yang memillih hidup kita..pelajar cemerlang bagaimanakah yang anda impikan? gunalah masa muda ni untuk mencari bekalan...bekalan dunia akhirat..bekalan menjadi insan cemerlang dunia akhirat...

jangan pernah berputus asa dan hilang arah..
punca hati yang resah gelisah itu bila sudah terlallu jauh dari Allah.
marilah kembali kepada fitrah kita.
fitrah seorang hamba.
hanya pada Tuhan. tempat mengadu segalanya....


hidup ini. kita yang pilih

wallahualam

No comments:

Post a Comment