Monday, September 29, 2008

lagi-lagi isu fikrah??

baru2 ini saya dengar keluhan dari seorang kenalan saya,


katanya, lambakan ngo2 islam di malaysia x habis2 asyik perjuangkn pegukuhan fikrah...bertahun2 join, x habis2 itulah yang diperrbincangkan.


saya hanya mendiamkan diri..






apa pentingnya perjuangkan fikrah?






memang benar, kita semua x habis2 bercakap tentang fikrah, mungkin bagi sesetengah pihak, mereka dah bosan dengar orang perjuangkan tentang fikrah..mereka mahu lebih dari itu. kata mereka, sibuk benar perjuangkn fikrah, tapi juzu' amma pun x settle2 lg.




.fikrah umat yang makin menyimpang.




pada saya, tidak salah apa yang mereka perjuangkan..lihatlah remaja zaman sekarang, berapa ramai yang sedar tentag tujuan hidup mereka? berapa orang yang faham tentang pengamalan islam secara total dalam hidup?




kerana itu, saya rasa langkah awal dalam dakwah adalah dengan memperbetulkan fikrah mereka..ajak mereka untuk mengimani Islam dalam kehidupan seharian.




apabila mereka telah faham tentang tujuan hidup, barulah akan timbul rasa nak betulkn cara solat, nk belajar feqah, sirah dan sebagainya.




sungguh menghairankan,


dalam dunia yang penuh kekalutan ini, orang2 yang 'baik' masih boleh bertelingkah sesama sediri..sibuk menunding jari dan berlaga tentang cara pembawakan islam ke dalam ummah.


ummah yang dlm kejahilan bertambah rasa meluat dengan golongan yang tidak habis2 memperbahaskan hal2 sekecil benda2 furu'.




apa yang penting, kita semua mahukan Islam yang satu,
dan anda harus sedar,
untuk islam itu bersinar,
ummah jahiliyah ini perlu diislah,
mentaliti mereka perlu disucikan....




"tanpa pemahaman, keikhlasan itu amat jauh dari amalan...."




MaLu pEndiNding Diri~

"Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu."
~Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


ramai yang pernah dengar hadis ni...tapi ade jg yang x pernah tahu pun..
dan wanita itu sendiri telah Allah kurniakan dengan sifat malu yang lebih daripada lelaki..
tapi, sy rase ramai je yang sedar betapa sifat ini semakin terhakis dari dlm jiwa para muslimah zaman ni..entah di mana silapnya..

mungkin kerana memang umat islam sekarang memang jahil..(urgh..pahitnya nak sebut perkataan jahil ni!mcm buduh sgt umat zmn skrg..tpi, mmg itulah hakikatnye!)ramainya umat islam yang x hidup dengan mempelajari islam yang dianuti..dan sememangnya islma tu dipandang sebgi benda yang asing..(wei..aku dtg nk blajar medic la, bukan nak jadi budak Azhar!)
huhu..bkn suruh jadi pelajar Al-azhar..tapi jadilah umat islam yang sebenar..kalau dulu di Malaysia kita jahil, xd orang nak ajar kita tentang Islam, tentang iman, tentang akhlak, tentang pergaualan..blajar la sekarang..xkn nak tunggu sampai dalam 40thn hidup baru nak cari tujuan hidup..terasa sia2 plk 40thn hidup..tp x dpt paper..hidup 20thn yang Allah bagi ni pun trs rugi bila dikenangkn balik..apelah yang dh aku dpt dri dunia ni~
hum..pjgnye berbicare.


ok, back to our point~
malu n wanita.
recently..i learned something..which i think probably kne dgn tajuk malu.
untuk renungan kawan2@gurlz out there:


kenapa wanita tu senang menjadi fitnah?hum..memang itulah hakikatnye..kerana wahai wanita,Allah telah jadikan anda makhluk pling cantik dipandang mata..andalah sebaik2 perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..


kerana itu peliharalah dirimu yang indah itu, agar tidak
menabur dosa pada dirimu n orang lain.
peliharalah keindahan yang Allah berikan itu..
dan peliharalah ia dengan sifat malumu..dan malulah anda
seperti mana melihat wanita2 kafir yang menjual tubuh untuk
tatapan para lelaki; anda pun mesti x mahu menjadi seperti
mereka kan? jadi jgnlah kita meletakkan diri kita sehina para
penfitnah dunia sekalian~



malu tu adalah pendinding..kalau xd rasa malu, maruah pun senang tergadai.perempuan..kalau tidak segan silu keluar malam denga lelaki bukan mahram..hakikatnya, anda menggadaikan maruah diri anda dan keluarga anda sendiri..ibu ayah x marah?hum..kalau parents pun x ksah, tapi ksah lah pada diri sendiri..kesian pd diri anda..rasanye x sanggup sy nk dgr..dlu pernah je sy dgr sesetengah lelaki menggelarkan sesetengah kwn2 perempuan sy -perempuan jalang- maaflah kalau perkataan ni agak kasar...tapi, saya rasa fitrah wanita, siapalah yang sanggup nak digelar begitu..kalau dlm slang englishnye(bitch!)..kawan2, jom lah kite pelihara diri..jgn kite je syok sendiri berhibur dgn geng2 bkn mahram..tpi tanpa kita sedari kita dah berjaya memenangi gelaran #### itu. ----nauzubillahi min zalik ya Allah....peliharalah diri ni----



life is a choice..kita sentiasa boleh memilih antara keinginan (generally-DUNIA lah tu) ataupun keperluan (DUNIA N AKHIRAT).kita sentiasa boleh memilih NAFSU atau IMAN.tapi malangnya, manusia memang lagi suka memilih keinginan..malah selalunye sampai terlupa keperluan diri sendiri..yang dikejar hanyalah ganjaran dunia..nama, darjat..sehingga terlupa keperluan sebenar seseorang pemerintah@ ketua itu dlm melaksanakan tugasnya kepada org bwhn~


"sesungguhnya Allah meletakkan jalan kebaikan itu dengan kesusahan..tetapi untuk melaluinya perlu mendaki dan memalui jln yagn sukar.n amatlah sedikit manusia yang mengikut jalan itu.." (surah Al-Balad;10-12)


ramainya anak muda sibuk dalam kegembiraan duniawi..berpuluh ringgit habis dengan konsert, berparty, tengok wayang tiap2 minggu, keluar dating..alangkah baiknya jika mereka sedar bahawa kegembiraan n keborosan meraka itu amatlah hina jika dibandingkan dengan perjuangan jihad anak2 muda di Palestin..yang setiap hari menggadaikan nyawa demi agama yang tercinta..sememangya, kesusahan hidup itu adalah tarbiyah terbiak untuk INSAN yang pelupa ini....


sekian..semoga kita sama2 dapat mengupgradekn diri..maaflah kalau terkasar bahasa terlazer ayat..semoga kita sama2 dapat muhasabah diri..wallahualam..

ujian adalah nikmat dari Allah

bismillahirrahmanirrahim...

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakn ; kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji?..." (al ankabut, 2)

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu Allah mengetahui apa yang sedang kamu tidak tahu" (al-Baqarah, 216)


..few words to be ponder..


dalam hidup kita, ada dua jenis ujian yang diberi:

>ujian merasai kesenangan dan kebahagiaan
>ujian merasai kepayahan dan keperitan


hakikat seorang manusia, kita semua impikan sesuatu yang terbaik dlm hidup kita..kita manusia sukakan kesempurnaan..walaupun kite sedar yang tidak ada satu benda pun yang totally sempurna except Him.


Allah tu Maha Agung..tak mampu aku nk ungkap dgn sekadar kata-kata
kita selalu minta ; Ya Allah, berikan aku ini, berikan aku itu..berikan aku syurga..berikan aku kebahagiaan..berikan aku nikmat,macam-macam kita minta..dan Allah tu Maha Pemurah..Dia bagi apa yang kita minta.
Aku pernah rasa kenikmatan dan kesenangan tu..Allah bagi peluang untuk aku rasai nikmat kejayaan..

nikmat kesenangan.
nikmat kasih sayang.
nikmat persahabatan..
nikmat kebijaksanaan..
nikmat hidup memberi dari meminta..
nikmat kesenangan dan kelapangan hidup..
Alhamdulillah..wa syukurillah..


kadang-kadang, terlalu banyak nikmat yang Allah bagi pada aku dalam satu masa, betapa ramai orang yang memuji kehebatan kita, yang mengkagumi kita..
kadang2 buat kita lupa pada pemilik sebenar nikmat itu..astaghfirullah..
bila kita senang, kita lupa untuk berdoa semoga Allah kekalkan nikmat senang ni dlm keadaan kita y sentiasa bertambah keimanan
bila orang memuji kehebatan kita, kita takabur, ujub malah lupa pada Pemilik sebenar sifat yang dipinjamkan pada kita itu...nauzubillah..
bila kita diberi nikmat kasih sayang sesama manusia, kita terleka dan lupa nak sandarkan kasih kita pada pemberi rasa kasih itu..


LIHATLAH KITA MANUSIA!


keji x kite ni..Tuhan dah bagi nikmat pn kita lupa...Allah dah makbulkan doa..kite still lupa.byk lg maksiat y kita buat..boleh kire berapa banyak kali kite sujud syukur lps solat ucap terima kasih pada Allah for all the nikmat..
betul x?
betul x?
betul x?
ulang 3 kali baru kita kn tersedar..
lepas tu Allah uji kita dengan sedikit kesusahan..
Ya Allah...beratnya ujian ni!
Ya Allah kenapa kau timpakan aku dgn ujian ni?
kenapa..kenapa..kenapa?
manusia..sudah terhantuk lagi terngadah..baru tersedar..
baru nak teringat pada Allah..
baru nak nangis pada Allah..
tapi sayangnya Allah pada kita, kerana Dia sayanglah..dia bagi kite ujian ni..
mcm ayat kat atas..ayat y simple, ayat y famous..tapi cuba hayati betul2
Allah sayang pada kita..bila kita terleka, Dia ingatkan kita dgn ujian-ujian ni..
seorang ukhti pernah bagitahu saya, kta diuji spy iman kita lebih meningkat..
sebab tu bermacam2 ujian Allah bagi.
macm2 jenis..
kite diuji dgn pelajaran kita yang merosot tiba2.
kita diuji dengan masa kita yang lintang pukang..
kita diuji dengan masalah2 y kite x pnah undang
yang x pernah kita minta
malah ujian yang kita selalu doa spy Allah jauhkn dari kita


TAPI,
hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita..
walau kita lari jauh mcm mana dari masalah itu..
tapi kalau Dia rasa ble kita diuji dgn ujian itu, maka itu yang terbaik untuk kita
maka,
terimalah dengan hati terbuka..sudah tiba masa kita belajar thru this type of problem.
manusia ni..setaip hari dia kena bljr..we learn thru experiance..kita bljr bila kita diuji..
kalau Allah x uji kita, kita akan mudah lupa
bila Allah uji, hati pn sentiasa dipupuk untuk ingat pdNya
kdg2 kesenangan membuatkn kita gelak smpi terlupa nak ingat pdNya
bila susah..kita mudah menangis..
menangislah..rintihlah padaNya..
tapi,
biarlah kita menangis sampai dapat meyakini Dia..
menangislah supaya kasih dan pergantungan kita lebih teguh padaNya
nikmtnya bila sy diuji..hati rs nk berzkir pdNya selalu..
takutnya bila diberi kesenangan...
kite ingat seronoknye kalo kite boleh duduk menatap buku 24jm mcm kawan2 kite yang lain..
peningnya kepala pikir study yang terhuyung hayang..byk lgi hak2 yang x tertunai..
Astaghfirullah..
ambillah masa untuk belajar..ambillah masa..dekatkn dri kpd Allah..
stiap apa yang diberi pada kita pasti ada hikmah..
kuatkah saya dgn ujianNya?kuatkah saya bila saya menangis krn ujianNya?
sy nak cari kekuatan yang akan dipinjamkn kpd sy dri Pemiliknya dgn mengenali cinta Pemilik itu...


p/s: org pesan..cintailah pemberi hadiah itu lebih daripada hadiah yang akan diberi..nescaya Dia akan memberi hadiah yang pling special untuk kita...ingatkanlah aku ketika aku lupa...
akulah manusia bernama INSAN..pelupa..

How Can a Friend Be Your Way to Paradise!




By Shiam El-Bassiouni
Staff Writer - IslamOnline.net



Friendship is a significant meaning we need to truly comprehend and appreciate. The meaning of "the good friend" differs from one to another. Some people believe that the righteous friend is the one whom you trust and can tell all your secrets. Others define that person as one who stands by your side in sadness and in happiness alike.



Although opinions vary, all of them are relatively correct. And if we put the different views together, they can still form a true definition of the righteous friend. But there is a significant meaning and role for the virtuous friend that is missing: The one who assists you to be more close to Almighty Allah, obey His orders and teachings, and be a positive and beneficial individual for the Ummah (Muslim nation).





~Criteria~

Think for a while about your friends, and let me ask, "How do you choose your friends? What is the role of your friends in your life? Is it solely to go out and have fun with you?" If you answered in the affirmative, then you have to rethink and try to understand the meaning and role of the righteous friend. He or she is not just someone to enjoy your time with. The role of the friend is more profound than such a superficial point of view.



A friend can help you carry out great deeds and thus gain rewards and reach Paradise. On the other hand, that very friend can weigh you down on your quest to Paradise. Your friends can have a great influence upon you, even more than your family does. That is why it is very important to be cautious in selecting your friends.



The essential thing you should think about while choosing your friends is their closeness to Almighty Allah, and you can know this not only through their appearance — as it can deceive in many cases, but also through their attitudes, behavior, beliefs, and actions.
These kinds of friends who are all the time thinking of ways to gain heavenly rewards and be more close to and satisfy Almighty Allah through all their actions are the ones whom you can trust and seek their friendship.





~Impact~

If you do not pray, if you never fast, if you gossip, or if you do not have any active role in your society, your friends are the ones who can either help you improve your behavior and attitude to the better or can worsen your morals, attitude, and even beliefs.
Evil and ill-natured friends can push you toward doing bad deeds. Lying, smoking, or even being addicted to drugs are but some of the terrible results of so-called friends.



On the other hand, the righteous friend is capable of making a positive influence upon your life, changing it to the better. For instance, your friend who does charity activities can encourage you to participate with him or her; instead of wasting your spare time doing nothing or in places full of haram with evil friends, such a righteous friend can accompany you to visit an orphanage, attend Qur'an lessons, or spend your time in other useful things.



Even in times of fun and merriment, which I believe are very significant among friends, things differ greatly with the good friend, as he or she always reminds you of renewing your intention for the sake of Almighty Allah anywhere and at any occasion. In addition, the righteous friend always promotes you to do things to keep the honor and the beauty of Islam awake in your heart.



This was the case with Iman Al-Sherif, a 25–year-old Egyptian, whom one of her friends traveled to Denmark after the cartoons row in an attempt to alter the negative image Islam had garnered there. What encouraged Al-Sherif to think of doing something to improve Muslims' image all over the world? "My friend was the one who encouraged me to do something for my Ummah, and from there I started to read more about Islam and I took a course in introducing Islam to non-Muslims. Actually, I cannot deny the role of my friend in helping me to be more positive," said Al-Sherif.




~Think~

With virtuous friends, you will be positive and beneficial to Islam and Muslims, and you will be able to live a life free of selfishness, sadness, hatred, and anxiety that exist among evil friends.
You may not feel the impact of your friends upon you, but if you think deeply, you will find that even if you have a strong personality, you will be influenced by them. That is why you have to choose your friends wisely, as they can alter your whole life whether positively or negatively.
For this reason, Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said, "A person is likely to follow the faith of his friend, so look whom you befriend" (Abu Dawud and At-Tirmidhi). It is very essential to understand this hadith; it shows the sound impact of friends upon one another and the essentiality of selecting the virtuous friend.


Think about it, and even — God forbid — if all your friends are evil, you have to search for at least one virtuous friend who can be your companion on your way to Paradise!







p/s: i copy this article from islamonline.net, just to share with u all.
dear friends, thank you for reminding me always to Him,
thank you for this ukhwah lillah~

jangan bersedih di pagi raya.

hari ni baru dapat saya dapat menapak di mahligai tetap saya di Alex setelah seminggu sibuk berurusan di Cairo..pejam celik2, tak sangka, hari ni dah 29 ramadhan..malam2 ganjil raadhan dah berlalu..tak berbaki satu pun skrg..lailatulqadar? buat anda yang telah dipilih oleh Allah, pasti anda dah menemuinya..dan hanya anda yag mengetahui bilakah ia telah berlaku. dan bagi yang lain, ramadhan tinggal sehari cuma.peluang untuk anda berdoa di bula yang doanya mustajab tinggal haya satu hari, peluang untuk anda mendapat pahala ibadah yang berlipat ganda hanya tinggal sehari..cukupkah sehari ini untuk anda manfaatkan sehabis boleh?


mungkin ada yang dah nak tutup kitab ramadhan, x sabar2 nak buka kitab aidilfitri. kalau kt malaysia ni, dekat2 nk berbuka tu berapa dozen iklan raya ditayangkan, haih...orang pun jadi lupa pd hari terakhir ramadhan yang tinggal ni. nway, itu cerita orang di Malaysia, apa cerita orang yang beraya kat Alex ni???


kadang2 saya tny pada diri sendiri, betul ke dah nk raya?
macam x percaya jer..

macam mane nk percaye, berapa orang lah sangat yag tinggal di Alex ni, nk bercerita psl persediaan raye pun rasa sunyi je..saya? hehe, nk beraya pagi raye kt umah sape pun x decide lagi.
saya faham, majoriti akhawat di Alex sekarang x terfikir tentang raya. sibuk menguruskn urusan adik2 baru, dengan asrama barunya, orentasi, sambutan adik2 dan sebagainya..lagi sedih, sampai ada akhwat y terpaksa packing2 barang rumah sebab kena keluar rumah pada pagi raya kedua..jadi, fikiran masing2 dah penuh dengan urusan lain, sehingga saya sendiri terpaksa tolak tepi tentang macam mane diri sendiri nak sambut raya, sebab ada benda lain yang lebih perlu diawlakan.

kadang2 rasa sedih bila fikir nak beraya mcam ni, sudahlah berapa kerat je y tinggal di Alex ni, masing2 pula sibuk, dan hari raya pun makin dekat..kadang2 rasa cm x nk raya. ada orang tny, kenapa x raya kt cairo, kt sana kn ada sambutan, meriah lagi dengan kuih2 raya, ketupat, rendang,satay sbgnya.. jawab orang yang beraya di Alex:

" kalau kami sme turun cairo, x taulah sape y nak sambut adik2 ni pd pg raye ketiga,"

dh jd macam ni, adakah anda terfikir dan rasa nyesal x balik raya di malaysia bersam keluarga tersayang?

rasa sedih tak x dapat makan kuih raya n ketupat yang mak buat?

rasa sedih tak x dapat pakai baju raya pada pagi raya?


itu ada perasaan dan pemikiran manusia biasa..
tetapi, kalau nak cerita pasal menyesal, saya minta anda semua (termasuk diri saya y sedang meaip ini) supaya perbetulka niat masing2.

sebetulnya, kitalah insan yag paling beruntung sekali.kadang2, kita rasa sedih kerana banyak benda yang terpaksa kita korbankan..
kalau dulu di bula ramadhan kita korbankan masa ibadah khusus kita semata2 untuk berhempas pulas nk urus dan sambut pelajar baru,
sekarang ni, raya kita juga tergadai,

rasa rindu, rasa sunyi, rasa sedih.
mungkin perasaan ini yang kadang2 dirasai oleh mereka yang beraya di Alex ni.

TETAPI, WALAU APA PUN,

tajdidknlah niat..semoga pengorbanan yang anda lakukan ini lebih mahal harganya disisi Allah.
dan semoga pengalaman dan segala onak duri, penat dan lelah yang anda rasai ini akan mematangkan diri anda.

harga sebuah pengorbanan itu memang tak ternilai. tapi itulah bayaran yang perlu di bayar oleh setiap insan yang mahukan keredhaan Allah dalam mendewasakan diri.

dan buat anda yang sekadar membaca dan tidak merasai peristiwa ini,
gunakanlah peluang beraya di Malaysia tu sebaik mungkin,
tunaikalah hak anda sebagai seorang anak,kakak,abang mahupun adik, semoga di situ juga akan hadirnya ganjaran dari Allah..
dan selepas itu,
renung2kanlah..
apakah anda telah pun memberi manfaat pd orang lain, spjg dlm hidup anda..
jika anda diberi peluang untuk berkorban untuk orang lain,
apakah anda akan menggalas tanggungajawab itu, atau anda akan terus berlari dan meninggalkannya untuk orang lain?



"tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa punyai uzur(halangan) dengan prang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan darjat orang yag berjihad dengan harta dan jiwa atas orang2 yag duduk. kepada masing-masing, Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah mlebihkan orang2 yag berjihad ke atas orang-orang yang duduk dengan pahala yag besar, "
(surah An Nisa', ayat 95)


p/s jangan bersedih di pagi raya, semoga ganjaran dan redha Allah cukup untuk membuatkan hati anda tenang....(tapi kalau dh rindukn family tuh, nangis jela...adatlah tu, hehe)

Monday, September 22, 2008

tangggjawab orang yang tidak Bertanggungjawab

terigat saya ketika saya sibuk membantu pihak uiversiti mengemas kini sistem pembelajaran student di fakulti medic, Alex U. saya bertindak untuk mendapatkn maklum balas dari pelajar2 tentang system problem based learning yang baru dipraktikkan di universiti kami.
bermacam-macam feedback dan comment yang saya terima. ada yang memberangsangkan, hm..bagus2

TAPI,yang sedihnya...
kebanyakan mereka sibuk mengomen;

"bosanlah, x payah buat p xpe PBL ni!"
"frankly, i dunno wat did i get in the session,"

"bosanlah, kawan2 semua tak bagi kerjasama"
etc..


saya sekadar menggelengkan kepala..saya teringat waktu kelas pbl, waktu perbincangan berapa oranglah sangat yang benar-benar participate dan bagi idea. berapa oranglah sangat yang prepare presentation sebaik boleh dan buat orang tak bosan sepi dengar presentation yang membosankan. Malah, pbl sebenarnya menjadi waktu pilihan ramai student untuk tidur dan membuai mimpi.




hah..lepas tu, nak complain pulak pbl tu bosan. walhal akar umbinya silapnya pada student2 itu sendiri.

baru2 ini, saya membelek semula buku motivasi prof Muhaya yang mana beliau ada menyatakan bahawa asset yang paling utama untuk seseorang itu berjaya adalah ATTITUDE.


saya sedih sebenarnya melihat rakan-rakan saya. pada saya, PBL ni merupakan suatu peluang yang sangat berharga untuk melatih kita para 'doctor-wanna-be ' supaya berfikir sebagai seorag doktor..tapi, berapa oranglah sangat yang menggunakan peluang ini!
bila diberi topik untuk dibentang, semua dibuat dengan sambil lewa..buka buku teks, salin sebijik2 lepas tu time present bace jer slide yang beratus2 tu.
ada pulak, ahli grop dia punyalah bertungkus lumus buat kerja, dia orang panggil datang discussion pun malas, balik2"korang buatlah dulu slideshow tu, nti time presetation aku bace je"
lepas tu bila orang tanya, ternganga x ta nk cakap ape...



nga....

baru-baru ni, ada yang mencadangkan kepada saya supaya group presentation dicampur perempuan n lelaki..alasannya supaya dapat biasakan diri untuk berkerjasama di masa akan datang. SAYA TIDAK SETUJU!!



wah..wah.. seksism ker? bukan..




pada saya, bukan masalah campur atau tidak. tapi ini soal kematangan pemikiran seseorang dalam memikul tanggungjawab. rata-rata pelajar lelaki ambil mudah je pasal pbl ni.ini bukan soal main2, tapi ini soal amanah dan tanggungjawab. MARA bayar kita untuk belajar dan mencari ilmu untuk jadi seorang doktor, bukannya nak makan angin di negara orang. kumpulan perempuan, ada yang sampai mencuri masa berbincang dengan doktor di department, surf internet,cari maklumat baru, dan sebagainya..kalau begini cara gerak kerjanya, anda fikir pihak perempuan yang berusaha dalam belajar ni nak terima pihak lelaki(yang sebahagiannya) cuma bergoyang kaki dan akhirnya kerja2 semuanya pelajar perempuan yang siapkan.


ANDA SETUJUKAH KALAU BEGINI?






soalnya, di mana rasa tanggungjawab? ini baru bab belajar..




ada orang kata, budak perempuan memang rajin sket, budak lelaki ni malas, tapi result gempak2. tapi bukan itu persoalannya, tetapi yang saya kesali ialah sikap tidak bertanggungjawab dan buat kerja sambil lewa..lepas tu, complain macam2..padahal isunya berpunca dari diri sendiri, bosannya kelas tu sebab pelajar sendiri yang x participate, x share ilmu, x berfikir..malah bila ada orang yang utarakan idea bernas, berseloroh pula satu kelas.
inilah sikap orang melayu...bilalah nak maju kalau begini caranya menuntut ilmu.



berbalik pada soal tanggungjawab..



sudah berapa ramai pelajar lelaki (khususya) yang saya lihat makin hari makin terabai pelajaran mereka.. sedih saya.bila masuk soal belajar, susah mereka selalu tewas, walhal mereka lah yang sepatutnya lebih meyerlah kerana mereka adalah pemimpin kami! ~nasib baiklah best student lelaki~



kerana itu, saya kagum bila melihat pelajar2 lelaki yang itqan dalam belajar. di sinilah letaknya kematangan diri..mereka tahu apa yag mereka perlu lakukan, dan yang lebih penting, mereka laksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar, bukan perantau semata-mata. bila lihat golongan2 ini, bukanlah rasa nak compete n kalahkan mereka, tetapi saya bangga bila mereka jauh lebih hebat dari saya...sekurang2nya, saya mengakui kesahihan lelaki punyai akal yag lebih berbanding wanita.





last thing, segalanya bermula dari diri sendiri. kalau pun ramai yag mengatakan pelajar2 lelaki rata-rata pada umur lingkungan ini masih belum matang pemikiran, saya fikir tidak salah kalau diri yang melahirkan rasa tanggungjawab tu..diri sendiri yag kena berusaha jadi matang!
kalaulah anda fikirkan, saidina Ali umur semuda kita dah meggalas tanggugngjwab sebagai pemimpin keluarga, takkanlah kita x mampu nak jadi orang yang bertanggungjawab?




wallahualam bi ssawab.

Sunday, September 14, 2008

ramadhan pilihan anda?











Hari ini, genap 14 hari umat Islam mejalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh barakah. Keistimewaan beribadah di bulan Ramadhan kian terasa ketika berada di bumi Mesir. rata-rata mereka yang merasai kehebatan bulan ramadhan di mesir pasti tidak mahu melepaskan peluang ini. susananya amat berbeza. seawal 25 syaaban lagi, keistimewaan Ramdhan telahpun digembar gemburkan di seluruh media massa.
kalau dahulu talk show bercerita tentang benda-benda lagha, tetapi demi menyambut tetamu Ramadhan yang penuh barakah itu, mereka sedari awal telah berdiskusi tentang persediaan untuk mendapatkan lailatul qadar. Subhanallah!! Dan mereka mula memasangkan pelita khas ramadhan.. Dan masjid-masjid mula dipenuhi orang ramai yang berkejar-kejar untuk berterawih. hatta imam-imam di masjid turut melagukan ayat-ayat suci alQuran sehingga membuatkan hati-hati makmumnya tersentuh dan menangisi setiap dosa-dosa yang dilakukan sepanjang masa lampau sebelum kedatangan Ramadhan..



Ini kisah kehebatan Ramadhan di bumi kinanah.. sejenak penulis terfikir tentang sambutan ramadhan di Malaysia.jikalau di Malaysia, 15mlm terakhir ini, makin hebat orang perkatakan tentang persiapan raya..bukan sekadar cakap kosong, tapi bila buka berita, itulah cerita yang diheboh-hebohkan. baju raya dah kena siap, langsir raya nak kena jahit, kuih raya berjaga malam nak siapkan..itulah tradisi kita orang melayu menyambut 15 hari terakhir dalam bulan ramadhan, bulan yang dijanjikan Allah untuk diperkenankan doa.. kalau di Malaysia, pelita kita beli untuk meraikan hari raya..hair raya bergemerlapan dengan lampu kelip2.


Di sini bumi Mesir, itulah suasana di bulan Ramadhan, lantas kami dapat merasai betapa hebatnya penduduk mesir mengangkat bulan ramdhan, melebihi bulan-bulan yang lain. mungkin di sini ruang untuk kita mengkoreksi diri. kalau pun orang lain sibuk mempersiapkan diri untuk berhari raya, anda mulakanlah langkah awal, mempersiapkan diri untuk bertemu 10 malam terakhir ramadhan, perbanyakkan doa memohon untuk berjumpa dengan lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan. ambillah kesempatan ini untuk cuba sehabis-habisnya membebaskan diri dari maksiat, dan memaksimakan amalan ibadah. kalau pun masyarakat islam di Malaysia belum menyedari kehebatan bulan Ramadhan, mulaknnlah dengan diri anda sendiri..seharusnya, kita merasa sedih dengan hari-hari yang akan membawa ramadhan pergi dari kita. semoga hari-hari yang tinggal digunakan untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah subhanahuwata'ala.







~RAMADHAN KAREEM~