Monday, September 29, 2008

jangan bersedih di pagi raya.

hari ni baru dapat saya dapat menapak di mahligai tetap saya di Alex setelah seminggu sibuk berurusan di Cairo..pejam celik2, tak sangka, hari ni dah 29 ramadhan..malam2 ganjil raadhan dah berlalu..tak berbaki satu pun skrg..lailatulqadar? buat anda yang telah dipilih oleh Allah, pasti anda dah menemuinya..dan hanya anda yag mengetahui bilakah ia telah berlaku. dan bagi yang lain, ramadhan tinggal sehari cuma.peluang untuk anda berdoa di bula yang doanya mustajab tinggal haya satu hari, peluang untuk anda mendapat pahala ibadah yang berlipat ganda hanya tinggal sehari..cukupkah sehari ini untuk anda manfaatkan sehabis boleh?


mungkin ada yang dah nak tutup kitab ramadhan, x sabar2 nak buka kitab aidilfitri. kalau kt malaysia ni, dekat2 nk berbuka tu berapa dozen iklan raya ditayangkan, haih...orang pun jadi lupa pd hari terakhir ramadhan yang tinggal ni. nway, itu cerita orang di Malaysia, apa cerita orang yang beraya kat Alex ni???


kadang2 saya tny pada diri sendiri, betul ke dah nk raya?
macam x percaya jer..

macam mane nk percaye, berapa orang lah sangat yag tinggal di Alex ni, nk bercerita psl persediaan raye pun rasa sunyi je..saya? hehe, nk beraya pagi raye kt umah sape pun x decide lagi.
saya faham, majoriti akhawat di Alex sekarang x terfikir tentang raya. sibuk menguruskn urusan adik2 baru, dengan asrama barunya, orentasi, sambutan adik2 dan sebagainya..lagi sedih, sampai ada akhwat y terpaksa packing2 barang rumah sebab kena keluar rumah pada pagi raya kedua..jadi, fikiran masing2 dah penuh dengan urusan lain, sehingga saya sendiri terpaksa tolak tepi tentang macam mane diri sendiri nak sambut raya, sebab ada benda lain yang lebih perlu diawlakan.

kadang2 rasa sedih bila fikir nak beraya mcam ni, sudahlah berapa kerat je y tinggal di Alex ni, masing2 pula sibuk, dan hari raya pun makin dekat..kadang2 rasa cm x nk raya. ada orang tny, kenapa x raya kt cairo, kt sana kn ada sambutan, meriah lagi dengan kuih2 raya, ketupat, rendang,satay sbgnya.. jawab orang yang beraya di Alex:

" kalau kami sme turun cairo, x taulah sape y nak sambut adik2 ni pd pg raye ketiga,"

dh jd macam ni, adakah anda terfikir dan rasa nyesal x balik raya di malaysia bersam keluarga tersayang?

rasa sedih tak x dapat makan kuih raya n ketupat yang mak buat?

rasa sedih tak x dapat pakai baju raya pada pagi raya?


itu ada perasaan dan pemikiran manusia biasa..
tetapi, kalau nak cerita pasal menyesal, saya minta anda semua (termasuk diri saya y sedang meaip ini) supaya perbetulka niat masing2.

sebetulnya, kitalah insan yag paling beruntung sekali.kadang2, kita rasa sedih kerana banyak benda yang terpaksa kita korbankan..
kalau dulu di bula ramadhan kita korbankan masa ibadah khusus kita semata2 untuk berhempas pulas nk urus dan sambut pelajar baru,
sekarang ni, raya kita juga tergadai,

rasa rindu, rasa sunyi, rasa sedih.
mungkin perasaan ini yang kadang2 dirasai oleh mereka yang beraya di Alex ni.

TETAPI, WALAU APA PUN,

tajdidknlah niat..semoga pengorbanan yang anda lakukan ini lebih mahal harganya disisi Allah.
dan semoga pengalaman dan segala onak duri, penat dan lelah yang anda rasai ini akan mematangkan diri anda.

harga sebuah pengorbanan itu memang tak ternilai. tapi itulah bayaran yang perlu di bayar oleh setiap insan yang mahukan keredhaan Allah dalam mendewasakan diri.

dan buat anda yang sekadar membaca dan tidak merasai peristiwa ini,
gunakanlah peluang beraya di Malaysia tu sebaik mungkin,
tunaikalah hak anda sebagai seorang anak,kakak,abang mahupun adik, semoga di situ juga akan hadirnya ganjaran dari Allah..
dan selepas itu,
renung2kanlah..
apakah anda telah pun memberi manfaat pd orang lain, spjg dlm hidup anda..
jika anda diberi peluang untuk berkorban untuk orang lain,
apakah anda akan menggalas tanggungajawab itu, atau anda akan terus berlari dan meninggalkannya untuk orang lain?



"tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa punyai uzur(halangan) dengan prang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan darjat orang yag berjihad dengan harta dan jiwa atas orang2 yag duduk. kepada masing-masing, Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah mlebihkan orang2 yag berjihad ke atas orang-orang yang duduk dengan pahala yag besar, "
(surah An Nisa', ayat 95)


p/s jangan bersedih di pagi raya, semoga ganjaran dan redha Allah cukup untuk membuatkan hati anda tenang....(tapi kalau dh rindukn family tuh, nangis jela...adatlah tu, hehe)

No comments:

Post a Comment