Sunday, September 14, 2008

ramadhan pilihan anda?











Hari ini, genap 14 hari umat Islam mejalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh barakah. Keistimewaan beribadah di bulan Ramadhan kian terasa ketika berada di bumi Mesir. rata-rata mereka yang merasai kehebatan bulan ramadhan di mesir pasti tidak mahu melepaskan peluang ini. susananya amat berbeza. seawal 25 syaaban lagi, keistimewaan Ramdhan telahpun digembar gemburkan di seluruh media massa.
kalau dahulu talk show bercerita tentang benda-benda lagha, tetapi demi menyambut tetamu Ramadhan yang penuh barakah itu, mereka sedari awal telah berdiskusi tentang persediaan untuk mendapatkan lailatul qadar. Subhanallah!! Dan mereka mula memasangkan pelita khas ramadhan.. Dan masjid-masjid mula dipenuhi orang ramai yang berkejar-kejar untuk berterawih. hatta imam-imam di masjid turut melagukan ayat-ayat suci alQuran sehingga membuatkan hati-hati makmumnya tersentuh dan menangisi setiap dosa-dosa yang dilakukan sepanjang masa lampau sebelum kedatangan Ramadhan..



Ini kisah kehebatan Ramadhan di bumi kinanah.. sejenak penulis terfikir tentang sambutan ramadhan di Malaysia.jikalau di Malaysia, 15mlm terakhir ini, makin hebat orang perkatakan tentang persiapan raya..bukan sekadar cakap kosong, tapi bila buka berita, itulah cerita yang diheboh-hebohkan. baju raya dah kena siap, langsir raya nak kena jahit, kuih raya berjaga malam nak siapkan..itulah tradisi kita orang melayu menyambut 15 hari terakhir dalam bulan ramadhan, bulan yang dijanjikan Allah untuk diperkenankan doa.. kalau di Malaysia, pelita kita beli untuk meraikan hari raya..hair raya bergemerlapan dengan lampu kelip2.


Di sini bumi Mesir, itulah suasana di bulan Ramadhan, lantas kami dapat merasai betapa hebatnya penduduk mesir mengangkat bulan ramdhan, melebihi bulan-bulan yang lain. mungkin di sini ruang untuk kita mengkoreksi diri. kalau pun orang lain sibuk mempersiapkan diri untuk berhari raya, anda mulakanlah langkah awal, mempersiapkan diri untuk bertemu 10 malam terakhir ramadhan, perbanyakkan doa memohon untuk berjumpa dengan lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan. ambillah kesempatan ini untuk cuba sehabis-habisnya membebaskan diri dari maksiat, dan memaksimakan amalan ibadah. kalau pun masyarakat islam di Malaysia belum menyedari kehebatan bulan Ramadhan, mulaknnlah dengan diri anda sendiri..seharusnya, kita merasa sedih dengan hari-hari yang akan membawa ramadhan pergi dari kita. semoga hari-hari yang tinggal digunakan untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah subhanahuwata'ala.







~RAMADHAN KAREEM~

No comments:

Post a Comment