bangun setelah 'iktikaf' seketika.
saya tahu, bahawa hakikat dalam hidup ini tidak mengenal erti kesenangan yang kekal..kebahagiaan yag berpanjangan, keseronokan yang abadi,
kerana seringkali ujian dan keperitan datang menjengah..
kerana seringkali ujian dan keperitan datang menjengah..
dan,
begitulah juga hakikat seorang manusia,
kadang kala kita kuat menghadapi dugaan,
tabah dan sabar dalam berjuang,
namun adakalanya,
langkah seakan terhenti seketika..
walau ingin dilawan, tetapi kadang kala kita juga 'tertewas' dengan belenggu kesusahan dan
kepenatan.
itulah lumrah kita manusia biasa,
fitrah hamba yang lemah, yang senantiasa mencari inspirasi kekuatan....
tapi saya tahu,
bahawa jalan hidup saya masih jauh
jalan yang saya hadapi ini memerlukan saya untuk bersedia menjadi lebih hebat dari masa lalu,
lebih kuat,lebih sabar
walau kadangkala terasa lemah seketika.
saya teringat kata2 di dalam lagu Opick- Kembali kepada Allah
Bila hati gelisah
Tak tenang, tak tentram
Bila hatimu goyah
Terluka, merana
Jauhkan hati ini dari Tuhan,
dari Allah
Hilangkan dalam hati dzikirku,
imanku
Hanya dengan Allah
Hatimu akan menjadi tenang
Dengan mengingat Allah
Hilangkan semua kegelisahan
Cukuplah hanya Allah
Hati bergantung dan berserah diri
mungkin ini yang seringkali kita terlupa bila kita 'terjatuh'
bila kita dihimpit rasa rimas dengan kepayahan hidup
rasa ingin keluar dari belenggu masalah..
walhal kita sebenarnya terlupa
bahawa hati kita terlalu jauh dari rindu Illahi...
tatkala diri mendamba kerehatan,
tertanya pada diri sendiri apakah erti perjuangan hidup ini,
adakah saya sedang 'berhenti seketika' dalam pemusafiran mencari redha Allah?
apakah itu yang saya inginkan, berehat dari mencari redha Allah?
tidak sama sekali...
lalu,
tinjaulah kembali khabar niatmu..khabar imanmu..
apakah benar segalanya dalam hidup ini untuk Rabbi Izzati
ingatlah wahai diri,
klaulah jalan ini semudah yang disangka,
apakah dirimu akan dijanjikan nikmat syurga?
qawikah dirimu untuk bersama umat2 terdahulu
yang jauh lebih hebat ujian yang dilalui..
wahai diri,
kembalilah mengutip cahaya inayahNya,
moga dengannya hatimu akan kembali mencari kekuatan..
buat sahabat seperjuangan,
terima kasih diatas segala taujihat.
walau sekadar senyuman dan salam..
terima kasih kerana mendoakan diri ini
untuk menjadi lebih KUAT!!!
YEAH!!!
YEAH!!!
rabbuna yuqowi!teruskan melangkah mencari redhaNya..jangan putus asa,kay?dekatilah Dia,Dia lah sumber kekuatan kita
ReplyDelete