Saturday, November 29, 2008

sedang cuba bertahan

entah kenapa setiap hari ke lecture semakin susah nk faham apa yang dr ajar,
setiap hari jadual kuliah bersusun2..pack..
dan saya terus menguatkan diri..

exam semakin dekat dan entah kenapa semakin hari diri semakin susah nak fokus belajar,
banyaknya benda yang merunsingkan minda..
x pernah rasa sesukar ini,
dan apa yang pasti hanya air mata yang meneman diri

dan sy cuba lari dri kepeningan dunia,
cuba mencari kekuatan,
cuba melupakan keserabutan,

dalam masa diri ini cuba memulihkan diri,
cuba mencari ruang untuk bangkit semula,
baru diriku sedari,
rupanya disisi ini masih terlalu ramai yang memerlukan aku untuk berdiri kuat
dan seketika aku terlupa akan kerunsinganku,
namun tatkala mereka satu persatu
seakan2 telah menyerah kalah
aku kepinga-pingaan , seorang diri..

kalaulah anda tahu betapa saya cuba untuk menjadi kuat,
walau kadang kala terasa seperti ingin menyepi dari kerisauan duniawi ini..
walau kutahu hanya Dia penguat diri,
dan itulah yang aku cuba laung2kn pada kamu semua
tapi diriku kerdil,
aku tak mampu untuk terus berdiri tanpa pendokong di sisi

dan kini,
aku akan kehilangan dia yang sentiasa menjadi aspirasiku,
yang lain pula,
aku tak sanggup nak menambahkan keresahan mereka dengan urusanku..

anda yang menjadi insan sy amat sayang kerana Allah
sedih kerana harinya telah tiba jua
semoga kita kekal bersaudara hingga ke syurga
moga di sana nanti kita punyai lebih banyak masa untuk bersama..

1 comment:

  1. kuat semangat!.. jangan berenti..nanti jammed satu jalan.. sian kereta belakang

    ReplyDelete