Saturday, November 29, 2008

sedang cuba bertahan

entah kenapa setiap hari ke lecture semakin susah nk faham apa yang dr ajar,
setiap hari jadual kuliah bersusun2..pack..
dan saya terus menguatkan diri..

exam semakin dekat dan entah kenapa semakin hari diri semakin susah nak fokus belajar,
banyaknya benda yang merunsingkan minda..
x pernah rasa sesukar ini,
dan apa yang pasti hanya air mata yang meneman diri

dan sy cuba lari dri kepeningan dunia,
cuba mencari kekuatan,
cuba melupakan keserabutan,

dalam masa diri ini cuba memulihkan diri,
cuba mencari ruang untuk bangkit semula,
baru diriku sedari,
rupanya disisi ini masih terlalu ramai yang memerlukan aku untuk berdiri kuat
dan seketika aku terlupa akan kerunsinganku,
namun tatkala mereka satu persatu
seakan2 telah menyerah kalah
aku kepinga-pingaan , seorang diri..

kalaulah anda tahu betapa saya cuba untuk menjadi kuat,
walau kadang kala terasa seperti ingin menyepi dari kerisauan duniawi ini..
walau kutahu hanya Dia penguat diri,
dan itulah yang aku cuba laung2kn pada kamu semua
tapi diriku kerdil,
aku tak mampu untuk terus berdiri tanpa pendokong di sisi

dan kini,
aku akan kehilangan dia yang sentiasa menjadi aspirasiku,
yang lain pula,
aku tak sanggup nak menambahkan keresahan mereka dengan urusanku..

anda yang menjadi insan sy amat sayang kerana Allah
sedih kerana harinya telah tiba jua
semoga kita kekal bersaudara hingga ke syurga
moga di sana nanti kita punyai lebih banyak masa untuk bersama..

Saturday, November 22, 2008

He knows...

this is my favourite song..dedicated to all readers. have a blessing day~
Allah Knows
When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows Allah knows
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows Allah knows
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows Allah knows
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm, Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear, On every eyelash, He knows.
Every thought I have, And every word I share, He knows.
Allah knows.

Monday, November 17, 2008

clueless

dear readers,

pernah tak anda rasa betapa susahnya nak meluahkan sesuatu?
ok, wait2..im not talking about 'love confession', but this is a general question.
anda mencari2 peluang tapi bila peluang datang, mulut anda macam dikunci.

totally clueless!

kemudiannya, anda akan rasa sangat menyesal.sangat2.menyesal sebab x cakap..
walaupun berhari2 berjumpa, tapi tak dapat nak berterus terang..
sampai terpaksa gna email as perantara...

kenapakah begini..

kenapa terlalu susah nak bercakap?

answer please..

Friday, November 14, 2008

kita ibarat batu bata yang saling memerlukan..


alhamdulillah, hari ni selesai sudah pilihan raya bagi ajkt perubatan Iskandariah. segala teka teki terjawab..kebarangkalian 8/15 telah terungkai...dan saya sendiri menarik nafas lega.Di sini, saya tak mahu bercerita panjang tentang diri sendiri, cuma sedikit perkongsian mengenai hidup seorang pemimpin dan yang dipimpin.


Apakah agaknya perasaan anda bila terpilih untuk menjadi calon seorang pemimpin? mungkin ada yang rasa terkejut, gembira di atas kepercayaan yang diberi. ada yang rasa berbesar hati, tidak sabar nak berkhidmat untuk kawan2, nak berkongsi sifat kepimpinan yang ada untuk membantu kawan2. ada juga yang mungkin menerimanya dengan hati yang gelisah, kusut memikirkan tentang amanah yang akan digalas,terasa lemah dan 'tak layak',dan mungkin ada yang hanya mampu berdoa kepada Allah, agar mendapat keputusan yang terbaik untuknya....


saya terfikir seketika,
menjadi seorang pemimpin itu memang enak bunyinya..
pangkat yang hebat...
menjadi kepercayaan ramai,
popular dan dikenali.
tetapi, benarlah seperti kata kak nawar,
terpilihnya seorang pemimpin itu berserta seribu amanah dan tanggungjawab yang akan digalas,
bak kata ex-pengarah UPI,
terpilihnya seorang pemimpin itu ibarat meletakkan sebelah kakinya ke dalam neraka.
jadi, siapakah yang mampu bergembira bila dilantik menjadi seorang pemimpin???








terlalu berat...
itulah perasaan saya bila memikirkan tentang tanggungjawab yang menanti.
dan tatkala saya menarik nafas lega dan bersujud syukur tidak dipanggil oleh JPP,
hati saya turut 'menangis' melihat rakan2 seperjuangan yang terpilih selaku AJKT.
tergambar diriak muka mereka keresahan dengan bebanan taklifan yang menanti,
dalam 'rela' dan keterpaksaan, mereka terpaksa akur dengan kepercayaan yang telah diberi oleh sahabat2 lain..



seorang pemimpin,
bukan senang untuk dirinya membersihkan hati dari niat yang batil..
dalam kesibukan berkerja, kadang kala mungkin timbul perasaan riak dan takabbur,
berbangga dengan pujian yang diberi pada hasil kerja yang 'excellent',
dalam kesibukan berkerja juga, kadang kala timbul rasa penat dan futur..
dan akhirnya taklifan dilaksanakan dalam keterpaksaan, dgn hati yang yang tidak rela..
bukan mudah untuk dia sentiasa menjaga niat berkerja kerana ALLAH
namun bagi orang2 yang sentiasa mendekatkn diri dengan Allah,
bila terasa lemah, taqarrubnya dengan Allah bertambah,
kerana dia tahu walaupun bergelar seorang pemimpin,
dia tidak punyai satu pun keistimewaan dan kekuatan selain datangnya dari Allah Yang Satu..


jadi buat pemimpin,
tugas anda bukan mudah,
namun, andalah yang menjadi pilihan Allah,
dan sesungguhnya pilihan itu adalah kerana Dia lebih mengetahui,
segala yang terbaik buat diri anda.
ambillah peluang yang diberi untuk belajar menjadi hambaNya yang lebih baik,
jadikanlah taklifan ini sebagai tali pengukuh antara dirimu dan Allah,
biar pun kami yang dipimpin mungkin tidak dapat memahami susah senang anda berkerja untuk kami,
Dia tetap sentiasa bersama dengan anda...Dialah sumber kekuatan..Dialah tempat mengadu dan berserah..
Dan janganlah kerana pangkat anda semakin terleka,
terasa istimewa dan hebatnya bergelar seorang leader,
tetapi sedarilah bahawa segala2nya datang dari Allah,
dan kita hanyalah pekerja2 yang daif di muka bumi ini..



dan kami yang dipimpin,
memang senang menjadi orang yang dipimpin,
tidak perlu berkerja, tetapi mulut rajin mengeluh..
mengomen,merungut, memboikot, tak nak amik tau..
memang syndrom biasa orang yang dipimpin.
kadangkala saya terfikir,
betapa zalimnya orang2 yang dipimpin sebegini,
sudahlah megharapkan orang lain berkerja untuk kebajikan diri,
banyak mengeluh dan tak nak participate pula..
kita yang dipimpin punyai pilihan...
jadilah pemimpin diri sendiri yang akan memudahkan pemimpin kita berkerja untuk kita.
jadilah pendorong mereka, pembantu mereka,
jadilah pengikut yang turut berkerja dengan tangan dan kaki,
bukan sekadar dengan mulut yang manis berkata2.
kadang kala kita tidak pernah terfikir seandainya kita berada di tempat mereka; pemimpin2 kita,
lantas kita lupa untuk mempamerkan ucapan terima kasih kita pada mereka,
dengan sokongan,bantuan serta mengambil berat tentang mereka.
sesungguhnya, kita semua ibarat batu dan bata yang saling memerlukan..
tanpa batu di atas yang berkualiti, bangunan tidak akan berdiri tinggi, dan teguh,
tanpa batu di bawah yang bermutu, batu2 di atas tidak akan mampu bertahan pun,
dan mudahlah bangunan itu roboh ditiup taufan..

selamat bertugas buat ajkt2 perubatan yang baru..
dan buat ahli2 perubatan yang lain,
ingatlah teladan dri kisah pejuang2 islam dlm perang mu'tah
walau tanpa nabi Muhammad sebagai pemimpin mereka di dalam peperangan itu,
tetapi mereka mampu bergerak, medokong risalah Allah...
janganlah kita sekadar mengharapkan golongan2 hebat yang membuat kerja,
tanpa kita sendiri mempersiapkn diri..
kerana suatu hari nanti, tanpa orang2 yag hebat ini,
mungkin kita juga akan menjadi pengganti mereka..meneruskan tugas2 mereka..





"sesungguh setiap manusia itu adalah pemimpin kepada diri sendiri"

Tuesday, November 11, 2008

the eye doesn't see what the brain dose not know

entah kenapa, kata2 doctor skill hari tu sgt terkesan pd saya.walaupun ini bukan kali pertama saya mendengar quote itu,



"eye does not see


what the brain does not know."





"sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan untuk sementara waktu sahaja, dan sesungguhnya hari akhirat itu sahaja negeri yang kekal" (Ghaafir; 39)





"Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesengan bagi orang2 yang terpedaya"( Ali-imran;185)








tanpa mengetahui ayat-ayat ini, mungkin kita akan


masih tak nampak ke'fanaan' dunia.





kebenaran tu tidak daat dilihat, kalau tidak dicari,

ilmu takkan datang bergolek tanpa anda mencarinya


hidayah tidak akan terbit dari hati,


kalau akal dan mata masih kabur dengan dunia





"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri" ( ArRa'du:11)

matlamat kita..dan hidup kita..


Dalam satu sesi tazkirah, seorang adik bertanya kepada kakaknya, "akak, macam mana kalau kita ada suka kat seorang lelaki..salah ke? cane nk buat yek?". Kakak tersenyum, n kemudian dia menjawab, " apapun, cuba adik tny blik pada diri adik2, apakah matlamat kita hidup kt dunia ni? bukankah untuk mencari keredhaan Allah; mardhatillah? jadi..cba adik check balik, rasa2 apa y adik buat or apa y adik nak buat tu adakah mendekatkn adik kpd redha Allah atau sebaliknya?"
Saya yang sekadar mendengar berfikir panjang bila dgr kata2 kakak..

Saya pernah bermonolog dan berjanji kpd diri sendiri. Dalam usia muda ni, saya hanya ada dua pilihan dalam hidup saya:

1) untuk mencari erti hidup yang sebenar..mengenali diri sendiri & mengenali Pencipta diri ini dengan lebih mendalam...menjadi seorang manusia yang hidup n berfikir ttg hidup
ATAU
2) menikmati hidup remaja muda saya..yang best dan enjoy..seperti yg dipertontonkn dlm crite2 muda mudi; KAMI,dunia baru, one three hills, gossip girls, dan y sewaktu dgnnya.. kenal benda baru cuba benda baru..semuanya yang fulfil my desire for enjoyment. Bila dah 'besar' skit, baru seriously fikir ttg hidup, ttg akhirat...

Dan saya telah memilih yang pertama. sebab, saya x mampu nak tanggung malu. malu pada sape? pd Allah n pada diri sendiri.. setelah 20 tahun hidup, baru skrg nk mengenali Allah..stlh 20thun nikmati hidup, baru sekarang kenal erti hidup...kadang2 sy tny blik pd diri, kalau saya tangguhkn smpi umur 40thn bru nk kenal Allah, bru nk kenal matlamat hidup...sy x tahu mcmmana nk jawab pd Allah ttg masa2 muda sy nti..malu pd Allah, Dia bagi kita peluang hidup slm 40 thn utk menjadi hambaNya, tp kita sia2kn..kita jadi hamba kpd nafsu sdri..

Bak kata si kakak di awal cerita, segala yang berlaku dlm diri kita, tanyalah balik pd diri..apakah matlamat hidup kita..
dalam usia muda ni, macam2 pancaroba yang datang.Ramai sahabat2 saya yang dah asyik melayan perasaan cinta..ada pula yang saban hari 'bercinta' dengan cerita korea, cerita jepun, game online, arashi, etc.. ok, mmg sy juga pernah terleka dgn kebest-an cerita2 jepun dan sengkatan dgnnya, tapi fikirkanlah kembali, apakah semua perbuatan ini mendekatkn kita kpd redha Allah?? kenapa sekadar mengaku di mulut nak mencari redha Allah, tapi hakikatnya perbuatan kita tewas dgn suara nafsu?

sememangnya, hidup ni memerlukan banyak muhasabah diri..alhamdulillah, mungkin sedikit sbyk surronding kita boleh mengubah kita, boleh menyedarkn kita.. saya 'terpukul' bila melihat seorang sahabat sy y ckup excellent dlm study, n dia tidak berhenti setakat itu..kesungguhan dia dlm menuntut ilmu agama, spend masa dgn belajar ttg agama..dia x ada masa utk dibuang dengan kelekaan dunia..walhal dia gunakan kebijaksanaan yang Allah beri utk menuntut ilmu; agama dan akhirat. sy 'terpukul'..itu cara orang yang excellent belajar, kita ni mcm mana pula? sudahlah kebolehan tu kurang, masih nk malas2? nti di depan Allah bkan ilmu medic y akn ditanya...tapi ttg amalan kita, ttg agama kita..




jadi, tepuk dada tanyalah kembali iman masing2..dalam mengharungi hidup ni, apakah sebenarnya hidup kita benar2 menghala ke redha Allah? atau kita sekadar mengaku di mulut, bersujud di dalam solat..tapi hakikatnya Allah itu semakin jauh dari hati...
ingatlah, di hari akhirat nti, usia muda ini akan di tanya oleh Allah; bagaimana kita gunakannya.
apakah ia akan membantu kita pada waktu itu? saya sendiri kadang2 rasa malu, "takkanlah aku nk jawab didepan Allah nti di waktu muda saya suka berkepit dgn bf sy, hari mgu g tgk wayang sama2, tiap minggu pulun tgk cite korea.."

sama2 kita mengkoreksi diri..tanyalah kembali pada diri, apakah matlamat hidup anda??


TERCAPAIKAH MATLAMAT ITU?

Wednesday, November 5, 2008

mencintai dunia??

sedikit peringatan untuk kita di dunia ini...

siapakah manusia di dunia ini?
yang pastinya, manusia itu terbahagi ada 2 golongan;

1) yang x mengakui hari pembalasan after dunia
2) yang mengakui adanya hari pembalasan

golongan 1

"sesungguhnya orang yang tidak megharakan pertemuan dengan kami merasa puas dengan dunia dan tenteram dengan kehidupan itu dan orang yang melalaikan ayat-ayat kami mereka itu tempatnya adalah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan"
(yunus;7)

apakah cita2 manusia ini?
nikmati hidup, menghayatinya dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan dunia sehinggalah ajal menjemput mereka pulang ke tanah..

"dan orang kafir itu bersenang-senang di dunia dan makan seperti makannya binatang-binatang.Neraka adalah tempat tinggal mereka" (muhammad;12)


golongan 2

mereka terbahagi kepada 3 golongan;

1) zalim li nafsih
mereka yang paling ramai.
di dunia ini, mereka hidu bersenda gurau dan berhias-hias
mereka beriman dengan hari akhirat secara global, tetapi tidak menghayati erti sebenar pelayaran di dunia ini sebagai tempat mencari bekalan untuk hari esok

2)muqtassid
mereka menikmati dunia dalam arah yang dibenarkan Islam,
mereka laksanakan setiap perintah wajib Allah
tetapi mereka juga membiarkan diri bersenang lenang dengan nikmat dunia..
tiadalah hukuman untuk mereka, tetapi darjat mereka adalah rendah.

3)sabiq bi khaurat bi iznillah
mereka adalah golongan yang memahami bahawa dunia ini adalah tempat untuk diuji, dan tempat untuk berlumba2 mengerja siapakah yang lebih baik amalnya..
mereka merasakan dunia ini sebagai bekalan untuk si musafir..

kesimpulannya;

sabda rasulullah;
"apakah urusanku di dunia ini? hiduku di dunia ibarat seorang pejalan yang berlindung di bawah sebatang pohon, berehat dan MENINGGALKANNYA.." (riwayat tarmizi)


semoga kita tergolong dalam golongan yang tidak leka dan lalai...

kamilah pekerja yang 'hebat'

satu petang sebelum exam...

yani: Nadiah, awk...jenis kelam kabut x?
nadia: er..agakla, nape?
yani: jap, awak suka seni x?
nadia: suka2, camne tau?
yani: awk cepat marah or merajuk?
nadia:hm..moderate la, tgk mood, hehe.
cop2, nape awk asyik tanya benda y memang kena dgn kita ni?
yani: sat2, soalan last, awk jenis banyak memikir x? jenis klo pikir tu berserabut n complicated?
nadia: haah...mmg tu la kita, selalu kepeningan sbb byk sgt memikir,
(dengan x semena2 yani pun ketawa)
nadia: aik, pasai pa ang gelak?

rupa2nya, yani tgh bercerita pasal ciri2 budak2 yang lahir bulan 8. almaklum, kami berdua anak kelahiran bulan 8..bila buka cerita rupa2nya kami mmg byk persamaan. Yang paling penting, baru sekarang kami sedar yang kami si bulan 8 memang mempunyai cara berkerja yang berbeza dengan orang lain...

selama ni, saya pelik kenapa saya sgt berserabut bila memikirkn tentang sesuatu kerja..selagi kerja x siap, selagi tu x keruan..macam2 sy fikir, sedetail2 benda difikir.patutlah asyik pening kepala je, hehe..lepas tu,bila kena buat kerja mula lah jadi kelam kabut semacam padahal dah prepare dri awal lg..
baru sekarang kutahu bahawa yani pun ada masalah serupa dgn saya..rupa2nya inilah cara kami berkerja.selama ni pelik tgk orang lain relak je buat kerja, kami ni buat kerja pening2..

kadang terfikir, kalau saya ditakdirkan untuk 'berkeja'' lg, apakah orang akan faham cara saya berkerja? apapun sy pasti, pengalaman akan banyak mengubah saya menjadi seorang 'pekerja' yang lebih baik, produktif dan selamat dri stress, hehe..
kata k nik, mungkin ada hikmahnya orang seperti kami ni diciptakan..untuk sebahagian kerja, kami amatlah berguna, hm..i wonder apakah makna sebenar k nik itu?

apapun,
kalaupun ini adalah kelemahan kami sebagai seorang yang berkerja untuk masyarakat, saya mengakuinya dan mengambil dari sudut positif..walaupun bukanlah orang yang hebat dalam leadership n management (sehingga membuatkn sy rs inferior utk ke depan) tp saya yakin bhw hidup ini adalah medan tarbiyah Allah untuk membentuk saya menjadi insan yang lebih baik, yang kenal erti kelemahan dan pergantungan kepada Dia yang Satu......


anda juga lahir bulan 8?


suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhada orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk terutama cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka meminpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan


~walaupun kelam kabut, tp sentiasa nk belajar utk relaks..hehe

dedicated to you, life is a journey..

~this post is dedicated to a friend, who called herself as a traveller in her ow jorney. The path which she walk through, is just the same which i walked before...May you walk safely, dear..

20 years as I grown up, and I walked along a very meaningful jorney in y life, He had written the storyline of my entire life beautifully. Thanks to Allah for the light that you give. With the light, the path seems to be brighter than before, and the darkness inside me, You purified with Your bless and mercy~

As the time goes by and He changed me to become a better one. The pain which I gain has sharpen me to face the real life as a braveheart. The truth is, we could never walk away from grief and burden in this temporary journey. But to be heal is to understand the causes of the pain and the outcome that u may realize later..

This journey of life,
to those who are searching for the meaning,
the answer lies within your faith & your heart,
Turning back to your Creator,
Search for His love,
and be a wise traveller
by thinking of every single great creation around you,
and about His love in your entire life

Afterall,
you will find that this journey is not a long way to walk,
the time will come and your fruitful life here will be gone,
there is nothing could be carry along eternally,
all you have beside u are the goodness and kindness that u did,
and griefly u may realize
all your hardwork to fullfill your dream here in temporary life
is just a waste~~

So,
time & tide will not pause and wait for us,
before you end this journey,
i hope u may walk smoothly with His light,
find the true meaning of ur life
and keep it always as a reminder to your soul

Goodness to others will help u in hereafter,
so make it oftenly while u still can,
through out this journey,
He is always looking and guiding you,
waiting for your pray,
waiting for you to repent to Him,
and He knows,
every mistake and every sin that u did,
even if you put Him away from your life,
He wouldn't bare to leave u aside,
Cause he know how suffer you will be without Him
to walk along this troubling journey..
growing up is never easy,
and the price of jannah is not that cheap
only the true believer will dare to pay....

~walk smoothly dear, im beside u, always to hold ur hand tightly...