teringat puan Habibah, atase pendidikan Alex pernah habaq kt kami;
"awak tahu tak, nak jadi budak medic ni bukan senang2 je,
awak bukan macam orang dalam course lain,
kalau awak main2, nanti macam mana nak selamatkan nyawa orang?
awak ingat senang ke nak jadi doktor? kami risau nak bg calang2 orang je masuk
kedoktoran ni..."
berminggu2 kemudian, Alexandria dibanjiri dengan student-student baru dari Malaysia.
Dari Mara,GMN Agency,KPT, Embassy, Mak Ayah CO., dan mana2 'agensi' lain yang tidak dapat dikenalpasti.
Seronok juga dapat adik ramai nih, bermacam2 latar belakang dan cara pakaian.
Dalam kesibukan menguruskn adik2 tersayang ni, terlintas sesuatu di minda saya..
agaknya, kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup membeli 'peluang' untuk bergelar seorang mahasiswa perubatan?
terfikir seketika,
apakah kita semua ini,
yang datang dari jauh dengan bayaran yang mahal,
segelintirnya, ada yang pencapaian SPM x hebat sangat,
tapi sanggup bayar lebih,
semata2 untuk bergelar seorang budak medic,
adakah kita sebenarnya sudah bersedia untuk benar2 berkorban
untuk menghadapi hidup sebagai seorang pelajar perubatan
dan seterusnya menjadi seorang doktor untuk masyarakat????
apa yang kita kejarkan sebenarnya dari title seorang doktor?
kalaulah kita semua fikirkan sedalam2nya,
terlalu mahal harga pengorbanan yang kita kena lakukan bila dah melangkah ke bidang perubatan,
kerana medicine is not about fame, or money.
tapi seorang doktor, dia hidup untuk orang lain.
dia belajar teruk2 demi masa depan patient2nya,
dia baca buku tebal2 kerana dengan ilmu2 itulah dia dapat selesaikan case diagnosis,
dia on call dan berjaga malam hanya untuk berkhidmat pada masyarakat.
dan kita ini,
yang menggunakan DUIT RAKYAT,DUIT IBU DAN AYAH,
adakah kita sebenarnya dah bersedia untuk menjadi seorang insan semulia seorang doktor?
atau kita sebenarnya tidak pernah terfikir sehingga ke tahap mcm ni?
wang ini untuk membeli seorang doktor di masa akan datang.
apakah kita akan benar2 menjadi seorang doktor yang punyai jiwa kemanusiaan,
atau,
kita sekadar menghabiskan duit beratus ribu & masa bertahun2 hanya untuk jadi seorang kaya yang x berhati perut dan melayan pesakit "ibarat melepaskanbatuk di tangga??"
~berbaloikah duit semahal itu, kalau usaha kita x sehebat mana??
No comments:
Post a Comment