hari ini masuk minggu kedua kuliah tibb sanah talatah bermula.
pejam celik2, baru sangat rasanya badan ni kepenatan dari menguruskan orentasi adik2 tahun satu..minggu depan, exam pertama kami akan bermula~
Walaupun dh hampir 2 minggu berlalu, rasanya macam baru semalam program orentasi adik2 tahun satu. Rasa macam x puas lagi nak merehatkn otak dan badan.. Sebagai orang baru, banyak sangat benda yang saya belajar sepanjang berkerja dalam unit orentasi..dan terlalu banyak kekurangan yang kami tak mampu nak elakkan. Alhamdulillah, lega sangat bila tuan pengarah bagi ucapan tahniah keada kami ajk2 orentasi. Walaupun dengan sejengkal pengalaman, sekurang2nya usaha kami dihargai..
Saya rasa,inilah antara taklifan terbesar yang pernah saya terima. Kalau sebelum ini, saya sekadar membantu zahida sebagai ajk kecil2an time Malaysian Day, tolong kak syu handle program UPI..tetapi kali ini bila ditugaskan untuk merancang gerak kerja orentasi..mula2, rasa macam senang je kerja..sebab semua orang pun kata takpe..kami akan sama2 tolong.
Rupa2nya, bukanlah semudah yang disangka..
Sudahlah tiada pengalaman, taklifan yang diberi sebenarnya cukup berat untuk saya galas..tetapi, mungkin inilah ujian dari Allah untuk saya..ragam orang2 arab, meeting sana sini, time management arab yang teruk, masalah sana, masalah sini..tak termampu nak tanggung sorang2.walaupun saya hampir mengalah..rasa nak lepaskan taklifan ni ada mereka yang lebih layak, tetapi setelah melaluinya, saya sedari betapa banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya timba~~
bila fikir2 balik, memang manusia ni tak boleh duduk pada satu tahap je sepanjang masa..setiap pengalaman dan perubahan yang berlaku dalam hidup ni memang akan mematangkan diri.
Terkadang saya terfikir, baru sedikit kesibukan yang kita hadapi, cepat je kita nk mengalah.
Pernah, saya rasa macam x nak bangun dri tido..malas nk mulakan hari2 yang penat.malas nak angkat telefon..rasa2 macam nak menyendiri dan keluar dari kesibukan dunia!! tapi saya sedar bhw inilah jalannya kalau nak bekerja kerana Allah.Jalannya memang sukar, meletihkan.tapi kalau betul berkerja kerana Allah, ganjarannya lebih besar dari kepenatan, malah kepenatan itu adalah sebenarnya nikmat, yang tak semua orang dapat.. dan sesungguhnya Allahnya yang menjadi kekuatan sebenar utk terus berdiri~~
mungkin juga sebab ramai akhwat yang membantu dari belakang, yang sentiasa mengingatkn bila badan yang penat dan otak yang dah kurang waras ni terasa jauh dari Allah...Alhamdulillah masih ada kawan2 yang mendidik hati ni untuk sabar dan ikhlaskn niat.
Saya tersentuh bila ada seorang sahabat berpesan pd saya; jangan harapkan kepuasan dan kesempurnaan dalam sesuatu kerja kerana apa yang penting kita rela untuk melakukan tugasan itu dengan hati yang ikhlas, walaupun susah...
Dan sekarang,
kadang2 rindu masa2 sibuk itu..walaupun saat2 tu susah, tapi pengalaman yang terpahat lebih besar nilainya..pernah saya terfikir, andai kata selepas ini ada taklifan yang lebih besar menanti, apakah saya akan berundur, atau menerimanya dengan semangat yang baru??
hanya Allah yang tahu segala yang terbaik....
No comments:
Post a Comment