Saturday, June 21, 2008

kenapa kena bercinta?

bukan niat saya nak gembar-gemburkan isu ini, saya bukanlah yang jenis bercerita tentang isu ini.tapi, saya kesal dengan sikap segelintir sahabat2 saya, yang rata2 kini telah 'dimiliki'orang. dan di saat saya dihujani dengan persoalan siapa yang sudah bertakhta di hati, saya ini, saya harap nukilan ini akan menjadi pedoman untuk anda, wahai sahabat2...

"wah nadiah dah masuk U, mesti dah ada teman.dahlah duduk oversea"
"eh mana ada.lambat lagi"
"isy, mana boleh lambat2, nanti jadi anak dara tua"
"alah, lepas dapat degree nanti kalau dah bersedia kita hantarlah kad wangi"
"mane boleh, kenalah ada dari sekarang"
~terdiam seketika~




perlu ke bercinta? seronok sangat ke bercinta? ye..memang seronok, sebab tu ramai yang leka dengan dunia kayangan sendiri.
untuk apa anda bercinta sebenarnya?
cinta tu memang fitrah. saya x pernah nafikan. usia muda memang sentiasa disogok dengan perasaan ini.sesiapa pun mampu terperangkap dengan perasaan ini.
TETAPI,
sedarlah kawan2,
bukan matlamat kita di dunia ini mencari cinta2 picisan ini..
mak ayah hantar gi ngaji di IPT, anda pula berjinak nak main cinta..
oh, dah besar..jadi hati anda diberi pada orang..rasa dah bersedia untuk berkasih kasihan dengan si teruna..bukan remaja hingusan lagi.
tidakkah anda sedar, sebelum anda bergelar isteri, anda dibawah tanggungjawab ibu dan ayah..tidak ada sesiapa berhak pd diri anda selain mereka..walaupun rasa kasih anda.tetap milik ibu ayah, si dia tak ada hak nak dapat kasih dan manja anda!
andai rasa diri dah besar, terasa mampu menguruskan diri sendiri dan berkeluarga, kahwinlah!


apa yang anda dapat bila anda bercinta?
walau selama mana anda bercinta, berdating, berchatting, adakah semua ini menjamin dia adalah jodoh anda?
anda tahu bercouple itu salah tapi anda sayang untuk tiggalkan diri dia...yelar, bukan senang nak jumpa yang baik macam dia lagi...
cubalah anda fikir, siapakah yang sebenarnya yang menentukan jodoh kita?
walau sebaik mana dia, seandainya tidak tertulis jodoh anda berdua, maka dia bukanlah yang terbaik untuk membimbing anda dalam hidup.


kenapa kena tehegeh2 bagi cinta pada orang? tidakkah anda rasa bahawa cinta anda itu sesuatu yang berharga? tidak rasa rugikah bagi cinta tu berkali2 pada orang yang berbeza2?
dia pernah..dia juga pernah..isy, yang mana satu yang akan kekal nanti ni?
hum..penat tak bermain dengan perasaan, penat kan?
jadi, jika anda masih belum BERSEDIA untuk berkahwin, serius nak berteman, tak usahlah bercinta.

anda risau kalau tak cari, nti tak kahwin?
soalnya, siapa yang tentukan jodoh?
ya, memang Allah suruh berusaha untuk mencari jodoh..tapi, kalau belum bersedia, janganlah bermain dengan api..memang seronok main api, tapi api tu akan membakar diri.
malah jika benar anda serius, ikutlah cara yang islam dah gariskan..tanyalah pada diri anda, jika hubungan anda dengannya melaalikan dan melekakan anda dari mengingati Allah, so betul ke apa yang anda buat skrg????


fikirkanlah, untuk apa anda bercinta?
nak bina keluarga? atau saja nak isi kekosongan jiwa yang gersang,bak kat kawan saya.
kalau betul nak cari calon teman hidup, pilihlah dengan iman dan akal..dan fikirlah, berkatkah perkahwinan kalau sebelum kahwin pun dah disulamkan dengan benda lagha, maksiat dating yang Allah larang..lagha dok berkhayal dan berangan sampai selalu terlupa akan Allah as tujuan utama..
jdi, apa yang anda dapat kalau begini cara anda bercinta?



andai anda dah bersedia, umur tak pernah jadi penghalang.kalau rasa study mengjadi penghalang, rasa tak mampu nak fokus dua2, bermakna anda belum lagi bersedia..
jadi, daripada sibuk mencari cinta, lebih baik isi masa muda ni dengan mencari dan memperbetul tujuan hidup..guna masa muda ni, train diri untuk jadi hamba yang lebih dekat denganNya..
kerana ingatlah, pengakhiran hidup anda nanti, anda akan pulang juga kepadaNya.kenapa buang masa..memang susah..disaat orang lain sibuk berebut mencari pasangan hidup, tibe2 kita sorang2 nk bermujahadah dlm jalan Allah.tapi ingatlah, Dia sentiasa bersama anda.mintalah bantuan n pertolongan dari diriNya..

seandainya anda benar2 percaya pada janjiNya, tak perlulah risau siapa akn menjadi teman hidup kelak..hakikatnya, dia bukanlah tujuan untuk kita hidup di dunia ini..
tetapi, Dia.DIA yang lebih layak..padaNya ada segalanya..


carilah kebahagiaan yang berkekalan..dunia ini mmg dijadikan dengan penuh cubaan..kadang2 kita tak dapat kebahagiaan sementara kat dunia ni mcm org lain keran kita patuh kpd Allah, tapi fikirknlah tentang ganjaran dan pulangan yang Allah janjikan di Jannah nanti..
kebahagiaan di sana jauh lebih best dari bercinta di dunia....


sama2 kita saling mengingati..juga peringatan buat diriku sendiri..semoga kita x hanyut dalam dunia rekaan sendiri...

orang muda zaman sekarang..couple tu dah jadi adat..sampai bila kita nak biarkan ia terus berjangkit? tidakkah kita sedar couple ni lah punca keruntuhan akhlah n rasa malu muda mudi skrg??

mana kita letak Allah dalam hidup kita........

1 comment:

  1. best..alhamdulillah..sgt2 membantu..nadia doakan saye jugak..semoga kite sme2 selamat dlm permusafiran sementara kat dunia ni menuju ke negeri akhirat...insyaAllah

    ReplyDelete