tahniah diucapkan kepada yang dah habis exam..ramai yang dah mula fikir2 tentang malaysia.
Saya baru sahaja nak memulakan perjuangan. huh, doakan saya! semoga sentiasa bersemangat!!
fatrah peperiksaan sentiasa menjadi fatrah yang istimewa buat saya.
kenapa?
kerana di waktu ini, hambaNya akan lebih mudah mendekatiNya.
lebih merasai kenikmatan mendampingiNya.
Peperiksaan hanyalah salah satu ujian kecil di dunia, dan definasi berjaya juga pada saya adalah subjektif, maka hakikatnya usaha dan doa kita haruslah menggunung tinggii! Pergantungan pada Illahi diletakkan di puncak utama, dan kemanisan bersama Allah menjadi penenang jiwa..
fatrah ini adalah fatrah mempersiapkan diri..
untuk keluar dari fatrah ujian menjadi hamba yang lebih bertakwa.
bukan sekadar kejayaan di dalam peperiksaan, namun kekuataan jiwa dan kejernihan hati yang diburu..
bukanlah mudah untuk mengatakan hidup dan amal hanya keranaNya, andai hati tidak tuntas melaksanakannya!
dan fatrah ini lebih bermakna buat saya,
kerana saya mempersiapkan diri untuk berjumpa dua nikmat terindah dalam hidup saya.
RAMADHAN
dan
BAITULLAH
fatrah ini bukan lagi fatrah membuang masa...wahai diri, cepat2lah tersentak dari lena!
siapkanlah diri dengan sebening hati untuk melangkah ke Ramadhan yang penuh barakah.
lunakkan hati dengan memanggil diri menjadi abid yang soleh dan ikhlas menghadapNya.
siapkan diri! menanti ramadhan dengan iman yang membakar...
fatrah ini membawa saya ke realiti mimpi saya sebagai seorang abid yang hina,
bertemu Allah di tanah haram..semoga kedatanganku bersama niat yang suci dan penuh persediaan. Dan persediaan hati yang bersih untuk berjumpaNya, badan yang cekal untuk meluangkan waktu hanya untuk beribadah untukNya. Ini adalah waktu untuk seorang hamba bersama dengan Tuhannya..
semoga terlaksana sebuah mimpi..
semoga doaku didalam redhaNya..
selamat berjuang buat saudara-saudaraku.
siapkanlah dirimu untuk bertemu Ramadhan...jadilah hamba yang ternanti-nanti nikmat beribadah di bulan mulia ini..beruntunglah, andai kita sekali lagi dipertemukan dengan Ramadhan.
siapkanlah diri! pasanglah niatmu! semoga perlayaran sebulan kelak membentangkan permaidani merah untuk penghijrahanmu ke suatu sudut yang baru..
mari, siapkan diri untuk fatrah yang istimewa!
selamat menghadapi peperiksaan ^_^
wah akk..
ReplyDeletesemoga kita semua mendapat maghfirahNya.
robbuna yusahhil.
kirimkan salam saya pada Rasulullah di Masjidil Nabawi nanti.
Robbuna yusahhil.
doakan kebahagian hidup dunia akhirat saya dan seluruh muslimin juga ;)
tak sabar nak rasa mcm perasaan awk di hadapan Rasulullah...semoga dimudahkan urusan..
ReplyDeletedoakan akk for the exam, n dunia akhirat juga hasmah...lame xjmpe awk :P