Tuesday, July 17, 2012

meneduk air nan sejuk


benarlah kata orang
adakala seketika perlu duduk menghela nafas,
mencari rasa tenang 
dan muhasabah
dan berfikira

benarlah
tidak ada siapa mahu terus merasa lemah dan berduka resah
hanya adakala kembali menyorong nilai manusiawi nan kerdil dan lemah disisiNya

saat mana pun manusia melihat diri lemah
 atau seakan memandang enteng asal pedih menjengah
atau boleh kukata,
saat mencari kekuatan diri mengharung dan memahami erti pemberian sebuah ujian dariNya
dan aku berterima kasih pada yang tidak lekang memberi sokongan, menjadi tempat memahut diri

benar kata orang
kebanyakan waktu kita tidak akan mampu hidup seorang, selubung sendirian
walau untuk menghijab kelemahan dari seluruh manusia
aku menolak tafsiran itu
seakan bila berbicara masalahmu, ibarat kamu mempamerkan kelemahan

dengar,mari sini aku berbicara...
ingatkah mengapa harun didatangkan untuk Musa
apakah lemah Musa sendirian
apakah lemah Musa resah memikirkan kelemahan dirinya berdepan si Firaun
lemahkah seorang pejuang Allah
andai dia meminta teman untuk bersama menguatkan dirinya
di saat-saat dia lemah..untuk melangkah seorang diri..

tidak pernah salah merasai saatnya rebah..
kerana selalunya itulah titik bermula kisah baru denganNya..

benarlah
di saat kamu rebah
carilah suatu waktu untuk duduk bermunajat..muhasabah
mencari saat semangat kembali dihirup
ingatkah kamu saat Nabi mengharungi waktu kesedihannya
lantas dibawa 'berkelana' di langit tujuh dalam isra' mikrajnya
dan langkah baginda kemudiannya lebih tangkas dan jitu berbanding sebelumnya..
betapa cantik perjalanan sebuah perjuangan
dan kamu.
dan aku.
kita pun meniti saat yang sama..

meneduk air nan sejuk
membawa semangat baru
bagai sejuk tulang-tulangmu
hadir ke dalam hati ibarat dirimbun salju
maksud aku,
ketenangan
hadir membawa semangat baru
bila kau duduk mencari sedetik waktu buat dirimu
rasai semula bait-bait rindu pada Allah yang suatu ketika dahulu syahdu kau alun
memberi waktu untuk kamu bersyukur
walau dalam segala kekalutan mahupun dugaan yang menimpa
Allah tahu, kamu mampu.

bahu yang memikul
kutahu berat menanggung
namun Allah lebih tahu
Dia bekalkan kamu seribu kudrat untuk bertarung
walau seakan rebah
disaat itu Dia menyambut dengan seribu nikmat yang ditaburkan kembali untukmu
disaat itu Dia makbulkan doa-doaMu
disaat itu Dia tidak pernah sesaat tinggalkan kamu

benar hidup ini hanya sedetik cuma
bukan karya terbesar adalah derita dan mehnah yang menimpa
maka bersyukurlah, masih banyak ruang untuk bercerita gembira
masih ada hela nafas untulk berbicara
benar hidup ini juga adalah perjuangan yang panjang
esok lusa, bila-bila Dia hadirkan lagi kisah yang menduga langkah lurusmu
namun usah terus berhenti bila kau rebah,
duduklah sebentar
meneduk air nan sejuk
menyembuh luka
menghirup semangat baru
menghela nafas lalu...

No comments:

Post a Comment