Friday, February 18, 2011

sebuah pelangi harapan

begini
kalau boleh di separuh jalan kita mengiyakan
satu-satunya harapan dan keimanan
keyakinan dan tawakal
syukur
mudah untuk kamu

ya!
ini separuh jalan lagi satu
cepat-cepat
praktisnya di sini
usah jeling-jeling
bukan boleh mengerling
hadapi,usah terhenti

ini....
bagai alam suatu lagi
seperti bukan realiti
tak mampu, akal tidak tergapai!
usah dengan akal kau melakar rasa,
hati..dimana tersimpannya keyakinan?
hari ini adakah sudah lebur disimbah lara?


melukis pelangi,
aku bukan lagi menanti
bukan lagi mengetip bibir
lukiskan pelangi harapan
hadiahkan diri harapan
kerana ketakutanmu dulu
hanyalah pencetus sebuah harapan


bukalah dusturmu
lihat, Tuhan janjikan kamu bahagia
himpunkan ketabahan,
bakarlah kecekalan
kerana di sini, atau di sana
kau menjadi harapan
disandarkan senyuman
padamu,
mereka jua melukis
sebuah pelangi harapan

1 comment: