Wednesday, February 23, 2011

Dehidrasi iman di dalam tarbiyah?

Post ini secara direct-nya berkisarkan tentang tarbiyah. Hidup ini literalnya adalah sebuah tarbiyah, tarbiyah dari Allah. Tiada manusia yang tidak akan diuji hidupnya, dan semakin seseorang hamba itu gagah mahu memperbaiki diri ke arah kebaikan, semakin banyak ujian yang akan datang menyinggah. Benar, tarbiyah Allah berbeza-beza, mengikut pada karakter seseorang hamba itu sendiri, berkadar dengan kemampuannya. Maka, bukanlah kayu ukuran manusia untuk meletakkan tag dan label pada seorang hamba, kegagalan mahupun kejayaan seseorang mengharungi tarbiyah Illahi adalah dalam penilikan Allah.

Mungkin pada sebilangan orang, entri saya banyak berbaur melankolik. Hakikatnya, menulis adalah salah satu terapi saya untuk menaksirkan bolak balik di hati, kekusutan di minda. Bila menulis dengan perasaan, hasilnya berbeza..manusia lain juga akan dapat merasai kekuatan sesebuah karya.

Hari ini, sebentar menelaah...apa erti sebenar hidup bersama tarbiyah.
Ini bukan lagi bercakap tentang tarbiyah kehidupan, tetapi tentang hidup di dalam susunan tarbiyah jemaah. Pada segelintir manusia, isu jemaah mungkin agak stereotaip..tak mahu masuk campur, tak mahu turut serta. Saya tidak di sini untuk berbicara mempengaruhi sesiapa. Namun jika ditanya disisi personal saya, sungguh tarbiyah itu sesuatu yang amat indah. Dengan tarbiyah, saya mengenali diri saya yang baru. Dahulu saya tidak mampu, kini belajar untuk berubah. Asal saya tidak sehebat manusia2 lain yang di dalam tarbiyah...melihat mereka, adakala rasa kecil.amat kecil.. namun sehari demi sehari, kita membina diri..seseorang yang jika dahulu tidak kita terfikir untuk mampu ke tahap ini.

Namun tarbiyah tidak datang dengan harga yang murah..semakin mengenali tarbiyah, terbias jendela sebenar hakikat sebuah tarbiyah. Ia menuntut kita nilai pengorbanan.sebuah mujahadah.. ketabahan, redha, thiqah. Paling penting, iman kepada Allah,yakni keyakinan hakiki kepada Allah. Tarbiyah bukanlah sesuatu yang indah semata. Dua pertiga jalannya, anda pasti merasai kesakitan..pasti rasa kekecewaan..pasti diuji ketabahan, redha... sehingga suatu masa, adakala tarbiyah sudah jadi lesu, amal dakwah jadi beku..iman pada Allah mula suam-suam kuku..maka futur, menjadi subjek hidup.

Sungguh pun begitu, hari yang suram tidak selamanya bergelap. Di suatu ketika, kita akan kembali bermuhasabah..soal jawab dengan iman berbicara..air mata taubat membasahi sejadah.
Di kala itu, apa yang pasti hati yang beku akan akur, redha dengan aturan Allah...biar rasa marah mahupun gelisah, pada Allah di adukan segalanya. Lantas tangan memohon dan berdoa, walau gelap pandangan hari esok, harapan padaNya masih merimbun..biar dahulu putus asa, hari ini bangkit melepaskan resah dan kelemahan..padaNya, kita bagaikan inkisar...tadarru', kita tiada lagi pilihan lain.
ya, Tadarru'.
Tuhan, aku kini tiada lagi jalan lain..kerana ku akui, hakikat aku hanyalah seorang hamba. Bermain aku di dalam hidup ini, adalah percaturan-Mu ya Allah.

Sedikit waktu aku sejenak membaca tulisan tentang isti'jal...sebab2 dan kesannya. Terkesima seketika, berbicara pada diri sendiri; Apakah aku pernah? atau aturan buatku adalah suatu isti'jal? bila mana aku ditaklifkan pada saat aku sendiri masih tidak berkeupayaan?
tidak pasti..aku sendiri masih sangsi. Namun mungkin benar aku rasai kesannya..bila mana hati sudah lesu kerana futur..memberontak, tanpa tahu asbabnya.

Mungkin benar, perahu aku perlu bergerak sederhana dahulu. Bila kusingkap tirai hidupku sendiri, baru sedar hakikat sebenar perjalanan aku. Mungkin aku berbeza, sudah Allah tetapkan aku akan jadi istimewa..tidak sama, ya kita tidak serupa.
Mungkin benar, perlahan-lahan..aku tidak mampu terkejar-kejar. Lelahku, bukan mahu orang bela suruh aku kuat lagi berlayar, tetapi teman-teman, hanya kupinta kefahaman dan sokongan.
Mungkin ini medanku, sudah di Luh Mahfuz,tercatat Dia memilih aku.
Hari ini, semangat baru meniup.
Bolak balik semalam, kuharap aku tinggalkan berpergian.
Aku hidup dengan harapan, walau tidak kupasti jalannya,
Aku masih ada Dia bersama dalam perjuangan.


Tarbiyah.
iman itu..yazid wa yankus.
jangan biar lama-lama, nanti lama-lama..akan ditiup hilang..
sudah mati si hati, apa lagi dapat dicari? ditelan jahiliyah lah nanti!


4 comments:

  1. akk, klu rasa diri MMG tak patut (bukan soal inferiority complex smata2) sbb rsa ilmu kat dada pun x cukup, tapiii dh ter-terima amanah sbg naqibah mcmana? :(

    ReplyDelete
  2. salam, hm siapa ye cik anon di atas? kalau boleh berkenalan lg menarik..xbest la enti sorg je kenal ana :)

    rs mcm xlayak pula ana nk jwb soalan tu,tp sekadar perkongsian;dlm tarbiyah ada istisyarah..maka disitu ruang utk kita berbincang dgn pihak atasan..kadang2 apa yang ditentukan tidak semestinya benda yang tepat, dlm tarbiyah semua org xkebal dari buat kesalahan,
    kalau mgkin belum masanya kita pegang amanah tu, mgkin perlu berbincang dgn pihak y sepatutnya.
    tp apa2 pn bgantung juga pada waqi' masing2..kdg2 kita perlu juga ke depan, sbb bnda tu pn akan bg kesan positif pd kita.
    Allahu a'lam..kalau bicara ttg ilmu didada, akak sdri sangat sangat xcukup.

    ReplyDelete
  3. tq k nadiah! *peluk* :)

    *takleh gtau. hehe. malu.*

    ReplyDelete
  4. bila cuba meluah,pelbagai kata yang singgah

    ‘usah emosi,usah main perasaan,usah manja’

    hatiku memberontak,

    bila aku cuba sembunyi,kenapa ramai yang tertanya2,kenapa ramai yang menujuk simpati

    seolah kamu ambil peduli?

    ya aku tahu kamu semua melunaskan hakmu utk mengamlbil berat

    tetapi bila aku bersuara,kenapa kata2 itu yang dilontarkan?

    kenapa?

    ya aku tahu ada benarnya utk tidak BERLEBIHAN dalm emosi,tetapi bukan utk lansung menolaknya dari hidup

    jgn dilupa,emosi juga jadianNya,yang diberi pada manusia atas sebab dan hikmahnya


    -petikan di atas,di ambil dari satu sumber-

    nadieya, kehendak kita serupa--meminta kefahaman dan sokongan,tp kadang2 sya juga terlupa, adakah dalam cubaan memahami seseorang membuatkan dirinya terasa spt direndah atau diperlekehkan.
    maafkan andai komen ini membawa gelombang negatif.
    apa yg sya cuba nyatakan,bila sy cb meminta utk difahami,sy faham apa yang sy minta. dan sy cb utk memberi reaksi yg sama bila diminta.

    ReplyDelete