Saturday, December 11, 2010

bercampur baur.ini tiupan semangat!

adakala melihat insan lain yang jauh lebih ke hadapan,
jauh lebih hebat, lebih berilmu, lebih beramal.
adakala jiwa rasa kecil.
apa mampu aku menggagahkan langkah sehebat mereka?

tika aku terkedu mentafsir kalam yang tidakku ketahui
adakala sesalan membalut jiwaku
kalau dahulu aku lebih memaksa diri mengejar semampu mungkin
kini ada waktu,
sendat tak termampu untuk kupungut hingga dapat seguni bekalan

hebat ya!
umat menanti insan-insan hebat
aku gementar.
kerdil kecut seperti semut yang menyorok
dikala gergasi datang menjenguk

hari yang berbaki
usah patas semangat...walau tidak pantas,walau perlahan
pesan akht; la tai'asu!!
sungguh, umat tak perlukan kamu yang gugur berputus asa!
jadilah hamba yang sentiasa bertandang ke hulu muara dan hilir paya
menghirup di sungai ilmu..walau seteguk sehari
usah patah semangat melihat manusia sudah jauh menjejak mutiara di hadapan
kita juga permata
gilaplah!
suatu hari..Tuhan akan mengangkat dirimu..kerana amal yang mustaqim di jalan ini

*******************

malam sudah larut
sepi setelah digertak lontaran guruh dan ribut
tangis sang bumi melihat tubuh khalifahnya yang kaku
sudah kotor lagi bernanah kerana maksiat dan kefasadan
masih kamu duduk bertelengku
mari, aku ajak kamu bingkas membela nasib sang bumi!
sebelum datangnya angin membawa amarah Illahi
sekali meniup..padang jarak padang terkukur..
berakhir seperti yang terdahulu..
sudah peringatan itu kau dengari dari kitabullah, wahai penghuni bumi
bangkit sebelum terlambat
muda kamu pasti akan bertemu ajal



AYUH, BERAMAL!

2 comments:

  1. salam ,
    nadia akak suka rangkap "poem" awak yg pertama dan kedua..
    it's like you read my mind~
    - kak shue~

    ReplyDelete
  2. :)
    hehe..same la mind kita yek.
    walaupun suntuk, selagi masih ada waktu,
    teruskan melonjak diri ke carta yang lebih baik!

    ReplyDelete