Monday, November 1, 2010

3/4 perjalanan sudah..

sekadar post ringkas..hanyalah sebuah monolog tentang kehidupan~

lagi setahun setengah, saya bakal pulang ke Malaysia bersama segenggam ijazah bidang kedoktoran. Ada orang pandang gah pada ijazah itu. Namun saya, sebelum menerimanya saya terlebih dahulu kecut perut. Tidak!! saya tak mahu mengalah! Khuatir, itu yang timbul dalam diri. Berdepan dengan kehidupan sebagai seorang doktor freshie, saya mengharapkan kekuatan jiwa dan jasadi dari Allah.. Mungkin, hanya doktor-doktor dari kaum Hawa yang memahami perasaan saya sekarang. Demi ummah, ijazah ini akan membawa risalah yang menyembuh jiwa-jiwa ummah yang merana diwaktu kini.. Saya impikan suatu hari kelak saya mampu mengisi kekosongan pakar2 perubatan dari kalangan Muslim..dan hari demi hari, saya semakin pasti bahawa merealisasikan impian saya itu menjanjikan kepayahan.adakala, saya sendiri tidak pasti apakah kudrat diri mampu menolakku jauh ke puncak harapan.

di masa bergelar pelajar tahun klinikal, semakin hari aku melihat diriku yang bakal menjadi pengamal perubatan. Dan, seperti latihan buatku, dari posting surgery hinggalah ke pediatric, dan sekarang elective course pulmonary. Menjadi seorang doktor, aku perlu berani tampil ke hadapan, represent my opinion..berulangkali, kena marah depan crowd . lama-lama aku rasakan semua tu sebagai adat dalam belajar. Dr Ayman penah ketuk kepala, Dr pediatric ketuk tangan, Dr pulmonary cekik pulak? haha...biar sakit, asalkan ingat sampai bila2.mungkin time HO, lagi banyak sesi tengking menengking, malah lagi dasyat depan patient sendiri, lagi byk kena berfikir dan bertindak spontan dengan penuh keyakinan pada diri.kelak, kalau salah diagnose bukan setakat kena marah..nyawa patient mungkin melayang.kerana kekurangan dan kesilapanku.

waktu bergelar pelajar, berkali-kali buat salah.diagnose salah,jawab salah,kena marah pun tak apalah..dan untuk berani buat salah dan dimarahi didepan orang ramai, haha..semoga saya semakin berani!! duhai diri, buang rasa malu, biar salah sekarang, nanti in future u will be a good one, insyaAllah..

sudah berada di 3/4 perjalanan..semakin hari semakin takut berdepan dengan realiti.
mungkin aku perlu lebih yakin pada diri. jangan berjiwa kecil, jiwa perlu besar! kerana di masa hadapan, tanggungjawab yang dipikul jua besar.
kepada doktor2 muslimah diluar sana, selagi mana anda practice as a physician, saya mengkagumi anda! kerana saya tahu erti dan harga pengorbanan anda :)

3 comments:

  1. adik pulmo!
    hehe,bila menyebut tentang baki masa yg ada di bumi anbia ini,sayu sekali.selain dari kelengkapan diri dgn ilmu tarbawi dan medik yg kurang ini,
    sayu itu utk kenangan bersama ukhti2 di sini.

    ayuh maju utk mncapai redhaNya.

    rabbana yusturna insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. welcome back
    -penguin-

    ReplyDelete