
Alhamdulillah, alhamdulillah..alhamdulillah..
Terima kasih Allah kerana memilihku untuk menjadi tetamuMu tahun ini.

"Tidak ditekankan untuk berpergian kecuali pada tiga masjid yaitu: Masjidl Haram, Masjidku in (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsha (di Palestina)." (HR. Bukhari dan Muslim)
Inilah hadiah hari lahir paling istimewa pernah saya dapat, dan bertambah indah apabila ianya special dari Allah untuk saya. Terima kasih ya Allah, akhirnya impian saya menjejakkan kaki ke tanah Haram bukan lagi sebuah impian..
Tahun ini, alhamdulillah termakbul doa untuk ke mekah buat umrah. Sebenarnya bukan plan asal untuk ke sana..tapi, cemburu tengok kawan-kawan berebut-rebut peluang menjadi tetamu Allah. Terus, minta kebenaran ibu tak pulang ke Malaysia tahun ni, nak buat umrah. Kalau masih menunggu peluang, entah bila peluang akan datang..dah jadi doktor banyak duit, entah ada masa ke sana..entah masih ada umur sebelum ajal mendatang.
Sebenarnya, bukanlah mudah untuk menjadi tetamu Allah. Pengalaman kami yang diuji berhari-hari sebelum dimakbulkan doa untuk ke sana, benar-benar membuka hati saya. Pesan ustaz, bukan senang nak jadi tetamu Allah..bukan dengan ada duit dan ada masa, kita akan terpilih..kalau bukan dengan izin Allah, kalau Allah tak pilih kita, mungkin tak akan dapat kita jejak baitullah..
12hb ogos 2010, kami dijadualkan bertolak..sudah berkemas ke Borg El Arab, hampir enam jam kami menunggu, akhirnya tak dilepaskan untuk terbang..Sugul hati kami pulang ke rumah masing-masing, namun masih ada harapan dan doa pada Allah. Esoknya, masih menanti mesej ustaz..hingga ke petang..hingga ke waktu berbuka..belum lagi..tak mengapa, kami terus menanti dan berdoa di sepanjang terawih. Esoknya, masih menaruh harapan, masih berdoa..banyak kali kami diingatkan agar perbaharui niat, banyakkan solat taubat dan doa, barangkali masih ada urusan dengan Allah yang masih belum selesai, yang masih belum diredhai untuk melepaskan kami ke tanah haramnya..dan masuk hari keempat, kami terus menanti..sehingga ke petang. Beg-beg langsung tak diusik. Akhirnya dapat mesej dari ustaz, malam ni ustaz bagi kata putus dapat pergi atau tak..kami diminta terima berita dengan redha. Azan berkumandang, waktu berbuka kami menadah tangan doa semahu-mahunya pada Allah, minta halalkan segala benda..waktu tu hanya doa pada Allah berikan kami keputusan yang terbaik, walaupun hati dah bersedia untuk redha kalau ustaz cakap kami x dapat pergi. Lepas berbuka, dengan penuh tekad buka ym tunggu mesej ustaz..sekali ustaz kejutkan kami dengan suruh kami bersiap mandi sunat ihram, kita akan ke Mekah malam itu juga! ya Allah, syukur padaMu! mengalir air mata kami! termakbul juga doa kami!
Itulah rintangan dan ujian kami sebelum bergelar tetamuNya.Benar, bukan mudah. Mungkin ada orang diuji dengan benda lain..ada orang dimudahkan urusan perjalanan, tapi di Mekah berbondong-bondong masalah yang datang. Dan bagi kami, ujian ini membuatkan kami lebih menghargai dan merasai betapa istimewanya pemusafiran ini. Tidak seperti kalau mahu ke Eropah, atau ke Syria,Jordan, jalan-jalan ke sana sini, tidak. Sebab itu Rasulullah hanya galakkan ke mekah,madinah,dan masjid al-Aqsa, berbeza perasaannya daripada ziarah ke tempat lain.
Mungkin dengan ujian itu, kami hadir ke sana dengan hati yang lebih suci, ikhlas untukNya..
Sampai sahaja ke Tanah Haram,masing-masing sudah tidak sabar melihat kaabah. LIVE depan mata. semua tak sabar nak mngerjakan umrah pertama. Usai mengemas barang dan bersiap, kami dibawa memasuki MasjidilHaram. Pertama kali melihat kaabah, tak berkedip.takjub. inilah kiblah yang selama ini aku solat menghadapnya, kali ini benar-benar didepan mata. lain benar perasaannya. Pertama kali buat umrah, terkebil-kebil juga, tapi bila sudah tawaf mengelilingi kaabah, anda hanya ingat Dia yang Satu, dah tak ingat benda lain dah..waktu tu hanya rasa diri seorang, berzikir pada Allah..doa pada Allah, kenang kekerdilan diri di hadapan Allah. MasyaAllah, kami rindu sangat perasaan itu ya Allah! walaupun penuh diasak pak arab, makcik arab, kuatlah anda seorang, sabar dan bersemangat.hanya untuk Allah, Dia sahaja..

laluan saie...
gambar amek dari tenet je..xsempat nak capture sendiri time kat sana
umrah pertama kami laksanakan petang, dekat nak berbuka dah. first time bersaie, merasai perjalanan 1800m, pertama kali buat memang bersemangat habis! hilang rasa letih. berhenti sebentar untuk berbuka, teguk air zam-zam 2-3 cawan, kurma beberapa biji, kami sambung bersaie. Berhenti lagi untuk solat, kemudian sambung lagi.hehe..seronoknya, pengalaman2. Di Mekah, berbuka dengan kurma dan air zam-zam sahaja sudah kenyang.Teringat kalau di Malaysia mahu murtabak, air soya, ayam bakar,kuih la ape la..sampai kembung perut. Di Haramain, makan sedikit sudah kenyang untuk beribadah pada Allah..dan kalau buat umrah, saat paling melegakan adalah selepas bertahallul. Sebab mulai saat tu dah terlepas dari semua larangan dalam ihram, umrah pun dah habis buat.satu kelegaan. hanya doa diringkan agar ibadah umrah itu diterima Allah.
Sebut tentang larangan ihram, teringat pasal dam..sebelum pergi, asyik tanya kawan2 yang pernah pergi umrah..risau je pasal dam. Sebenarnya, bila sampai di sana baru faham hikmah sebenar disebalik larangan dan dam ni, dan hakikatnya ia sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. Kalau nak diikutkan, larangan-larangan dalam ihram semuanya yang berkaitan dengan melawan nafsu kita; xboleh potong@gugurkan rambut, xboleh berwangi-wangi, tak boleh berburu,tak boleh kahwin etc...kalau orang muda tak kahwin lagi, selalu bayar dam sebab gugur rambut@ bulu dan berwangi-wangi. Sebenarnya, ini cara Allah nak train kita untuk mentaati tegahanNya pada benda-benda yang dilarangNya..bagaimana kita nak jaga diri kita betul-betul dalam ihram tu supaya jauhi larangan Allah,kalau tak terus kena denda. Kalau dalam hari biasa, ada juga larangan Allah tu, cuma bila kita langgar, denda kita tak datang secara zahir..hanya dibayar cash as dosa. Jadi, bila berihram, banyak2 muhasabah balik diri..train diri untuk aware dengan larangan Allah..sebab, bila buat umrah dan kena bayar dam, lain perasaannya..walaupun mampu je nak bayar dam tu, dan umrah tu sah hukumnya, tapi tetap rasa xbest. Sebab dah melanggar larangan Allah..walaupun mungkin benda tu kecil, tapi kemanisan umrah tu takkan sama..Samalah kalau di dalam hari-hari biasa kita, cuma kita x praktiskan, sebab tak rasa terbeban bila melanggar larangan Allah..hebatkan, begini cara Allah train dan nak ingatkan kita untuk taat padaNya!
cerita tentang pengalaman di bumi Allah memang panjang dan manis! belum lagi sebut tentang mendaki jabal nur menjejaki pengalaman Rasulullah mendapat wahyu pertama..mengintai kaabah disebalik celahan2 batu di gua hira', tempat Rasulullah duduk mengenang nasib kaumnya yang hidup dalam jahiliyah..perasaan yang sungguh berbeza! terkesan dihati mengingatkan pengorbanan Rasulullah untuk umatnya..kecintaan Rasulullah pada umatnya.. dan waktu itu adalah saat paling seronok memekarkan perasaan rindu dan cinta kepada Rasulullah..baru terasa begitu agung mencintai Allah dan rasulNya...
banyaknya pengalaman yang ingin dikongsi, harapnya dengan tulisan ini menambahkan lagi rasa rindu sahabat-sahabat untuk menjadi tetamu Allah.doa.banyakkan berdoa, semoga saya juga diizinkanNya untuk kembali ke sana..
penat dah menulis..sambung lagi lain kali. bila ada waktu terluang lagi!
salam soifi buat semua! manfaatkan ramadhan yang masih berbaki...
tingkatkan nilai taraf amal dan iman,
semoga keluarnya diri kita dari madrasah ramadan ini menjadi insan yang lebih baik..
berbeza..berbeza.
mencabar diri menjadi dewasa yang matang imannya.
ayuh!
selamat buat semua~
encik thaaqib komen anda tidak difahami la~
ReplyDeletejelaskan skit
alhamdulillah nadiah...seronok bc post nih! tq cos kongsikan cter..nnti cter lagi tau~ mmg bukan senang kita nak jadi tetamu Allah kan..harap umi pon dpt jejak kaki ke sana 1 hari nanti..=)
ReplyDeletetq umi...insyaAllah kite doakn umi dpt g sane jg.nti bile2 sambung part 2 plk :P
ReplyDeleteselamat mengharungi fasa kedua ramadhan umi ;)
sebenarnya, cerita ttg perjalanan ke sana hanyalah suatu perkongsian dgn kawan2, barangkali lps ni ramai yang simpan duit nk g umrah,doa byk2. amal ibadat kita di dunia tiada siapa tahu statusnya, sama ada Allah terima atau tidak,itu semua urusan Allah,kita hanya mampu ikhlaskan niat dan jalankan ibadah mengikut syarie..
ReplyDeletemari sama-sama hangatkan Ramadan..
sudah di fasa kedua kita sekarang