inilah realiti dunia.
paper online, bagus untuk pengetahuan semasa.
lebih bagus lagi untuk membuka minda dan mengintai jendela dunia yang sebenar.
terfikir. inilah realiti hari ini.
akhir zaman..sudah tidak terkira lagi tanda2 qiamat..
petika dari hadis kedua dalam matan arbain;
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim)
Firman Allah:
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."
(Surah As-Syura: ayat 30)
teringat petikan dari buku Amr Khalid, dia ada sebut jangan kerana dosa yang kita lakukan sehari-hari menjadi penyebab turunnya bala yang tidak berkesudahan kepada umat sendiri.. Saudara2 di Palestin terlalu lama menderita dizalimi, sudahlah kita hanya punya rasa simpati tanpa tangan mahu menghulur, jangan kita tambah lagi dosa-dosa yang mengundang bala dan azab Allah kepada umat Islam seluruhnya..
akhir zaman ini.
Di hiati rakyat meratapi kehilangan nyawa dan harta benda.
Di Malaysia tengah syok nak dekat AIM dah rupanya.
Mungkin kita manusia di zaman ini..selalu saja terlupa walau berkali-kali peringatan Allah datang menghempas bumi!!
Kita ini manusia akhir zaman
Zaman ini zaman manusia kebanyakannya dalam kejahilan,
Lihatlah realiti dunia;
Mahu terus bergelapkah hati dan minda??
Semoga Allah selamatkan hambaNya yang masih punyai iman untuk kembali padaNya...
No comments:
Post a Comment