Monday, January 25, 2010

((dua))

hari ini aku kau lihat berdiri tegar
malah berlari ke hulu ke hilir
memikul bersama jiwa yang besar..
nyala api ibarat tidak pernah padam
senyumku tiada tersedar,
menyimpan seribu onar yang merimbuni hati
biarlah
bukan itu yang mahu kau lihat dari diri
mari,
peganglah genggamanku ini,
semoga jiwa yang satu memberi penuh inspirasi padamu..
aku..
benar aku nan lemah kerana bukanlah aku batu yang keras membatu
namun mungkin senyuman ini lebih besar ertinya pada seisi dunia
pohonlah untukku,
jangan aku rebah dalam langkah yang masih jauh ke destinasi.


kau,
sapukan linangan air mata ini.
maaf andai diri seakan terasa langkah terhenti seketika
berikan aku ruang.
ruang kelemahan seorang HAMBA
jangan,
aku bukan hebat untuk tiada rasa lemah dan kepenatan..
penat ini bukan ertinya aku berterus-terusan berhenti melihat
ke hadapan.
kita hanyalah seiring sejalan.
suatu hari bukan aku yang selalu terbang tinggi di angkasa..
sambutlah aku di kala itu,
walaupun mungkin kau dari bawah.


hari ini.
kumahu terus berdiri.
mari,
lihatlah jemariku hangat menghulur semangat membara
walau biar hati kita sama-sama bagaikan kaca
kuharap kan terus tersenyum
mungkin suatu hari perlu aku memahutmu,
bersama, kita kan terus jalan seiring.


manusia.kau jangan pelik.
aku jua manusia.
aku bukan ahli magik.
aku bukan malaikat yang selalu dihiasi kebaikan.
aku hanya aku.
baik burukku
aku hanyalah aku.

No comments:

Post a Comment