Sunday, November 15, 2009

momento momentum







assalamualaikum wbt.

saya kagum dengan ramai pelajar medic yang bergelar penulis blog tegar di luar sane. sebab saya rasa saya bukan seperti mereka. masa yang terhad, selalunya membantutkan segala idea yang mahu diilhamkan. seharusnya, disini menjadi coretan yang mengisi jiwa, suatu perkongsian yang membimbing atau yang membuka minda. tetapi sementelah hari-hari ini, saya hanya menghitung hari bila mampu saya melakukan semua tu..

study time table is very pack right now. im quite upset when juniors saying that akak2 kesayangan tgh busy sekarang. well, as they refer us the 4th yr as akak2 kesayangan tu, just upset sebab skrg dh jarang berpeluang adik2..minta maaf atas hak yang tak tertunai adik2..kalau jumpa sekadar bertegur sapa 2-3 min, kalaupun terserempak di library, masing2 mengejar masa utk di isi dengan membelek buku.

really...i miss those 2 yrs before.
minta maaf adik2..i cant fit my time with u guys yet.
merindui adik2 yang dulu asal sc je macam buat jamuan makan malam. ^ ^


well, inilah hidup. semakin lama meniti hari, semakin banyak onar yang mematangkan diri. usah impikan hari2 mendatang yang jauh lebih memudahkan, kalaupun anda dengar orang lain kata tahun 4 tahun honeymoon dan sebagainya.
adakala, semangat mudah sangat luntur. dalam masa mahu mengutuhkan pembelajaran, bukan satu dua dugaan lain yang datang menjengah dalam hidup. bukanlah saya merujuk kepada saya sendiri, saya fikir bukan sedikit sahabat2 yang melalui perkara ini.
semoga Allah menguatkan hati-hati kita untuk menempuhi segalanya dengan bekalan sabar dan iman.










fatrah ini mungkin fatrah yang banyak naik dan turunnya. kadangkala datang ke kuliah dengan senyuman selebar ke anterior border of sternomastoid, adakala mata suram ibarat puffiness of eye. mari sahabat2, banyakkan taujihat..banyakkan taqarrub dengan Allah.

ya Allah, ya Allah, kami harap bukan maksiat yang terus melalaikan kami...
ampuni kami...di kala kami bertindak di luar kewarasan akal dan perasaan.

hari ini, pertama kali saya benar2 hadirkan hati ke kelas alquran bersama ustazah Arab..
saya tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya saat ini. sungguh, dengan kalam2 Allah inilah hati- hati menjadi tenang.. tiada lagi hiruk pikuk keserabutan hal duniawi yang menjalar di ruang2 cortex saat menuturkan kalam Allah..

ya Allah, hadirkan zuq imaniah ke dalam hati-hati kami...


buat sahabat2 semua,
semoga semangat anda sentiasa membara. jangan luntur, jangan naik turun seperti saya. hari ini hari untuk saya bangkit dengan semangat baru.kalaupun setiap hari perlu perbaharui semangat, marilah lakukan. dan jangan lupa, mari perbaharui jua niat kita.. seringkali saya terfikir, begitu penat, begitu lesu saya sehari-hari, barangkali terlupa mahu mulakan hari dengan niat lillah, barangkali rohani telah penat dengan maksiat, astaghfirullah...ampuni kami ya Allah..
saya yakin, kekentalan jiwa y sebenar, kekuatan sebenar seseorang yang membuatkn dia begitu cergas sepanjang harinya amat dipengaruhi oleh kesihatan hatinya..
semoga hati terus bercahaya, sihat dengan iman yang terpancar, segar dengan ibadah yang khusyuk.
ya Allah, sampaikan aku kepada kata-kataku ini..jangan jadikan aku golongan yang dicela kerana kalamku bukan seperti amalanku..

semoga terus berkerja wahai hamba..
dalam susah mahupun senang perjalanan ini, jangan lupa asal tujuan kita.
jua buat adik2ku,
lame x berkumpul sama dan sama2 mengingati..semoga hati2 kita semua masih mudah untuk disentuh dan diajak kembali memuhasabah diri..


selamat berkelana,
teruslah berjalan..bawalah bekalan ke penghujung perjalanan.

3 comments:

  1. Semangat Yang Hilang

    Tidak engkau seorang
    Juang hingga titisan
    Rempuh tak berharapan

    Nanti aku di sana
    Di ufuk pemikiran
    Lalu menghayatinya

    Kita laksanakan
    Mata hati yang damai
    Di sana kejujuran

    Semarak impian segunung harap dipulang
    Usahlah diragukan keupayaan sendiri
    Hati yang membara mengikutkan kata-kata
    Jawapannya di sini
    Semangat kita yang hilang
    Oh kita cari pulang

    Malu bertanya kawan
    Sesat cari jalan pulang
    Biar ia berkesan
    Di lubuk hati terbenam

    Semangat Yang Hilang - XPDC

    Semangat2!

    ReplyDelete
  2. thank u for ur comment.
    semoga semangat anda juga membara~

    ReplyDelete
  3. caiyok2 k.nadia!...
    rabbuna yusahhil..
    lotsa l0ve..(,")

    ReplyDelete