Wednesday, August 26, 2009

puasa...doa..

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



kenape la kat malaysia x boleh pasang bace quran banyak2 pose ni??

jiwa yang merindui game' ibrahim..

assalamualaikum wbt..

dah dkt tiga minggu saya tinggalkan blog ni. dh hampir tiga minggu jg berada di malaysia. dan, dah hari kelima ramdhan datang menjengah dalam hidup saya untuk kali ke 21.

apa yang dapat saya katakan.

.....................


baiklah, biar saya berterus terang

kalau boleh saya nak menangis sekarang. sebab saya rasa hati dan jiwa saya sedang menangis mengerang kesakitan.
sakit kerana malaysia yang terlalu 'membahagiakan'.
mungkin boleh saya katakan, sedari hari ketiga saya di sini..sudah timbul rasa sedikit terkilan dalam hati.
apatah lagi apabila ramadhan hadir...

ya Allah.
hanya tuhan sahaja yang tahu betapa saya rindukan suasana ramadhan di bumi anbiya sana..

(apalah manusia..dulu nk sgt balik msia..dh balik menyesal pulak..inilah manusia, suka berkeluh kesah~)

ya, saya akui. hakikatnya memang betul semua tu.tp, kalaulah saya mampu berkongsi bagaimana hati saya rasa sangat sayu pd hari saya meninggalkan airport nuzhah pd 12 ogos yang lalu..seminggu lg nk blik, sy asyik ckp kt akhwat, x caya dh nk balik..tibe2 rasa sayu sgt nk tinggalkn mesir.


hari ni masuk hari kelima ramadhan.
saya rindukan suasana ramadhan di mesir
saya rindu suasana ramadhan di mesir
saya rindu suasana ramadhan di mesir

tadi pergi beli baju raya,
aduh..baru hari kelima pose dah pasang lagu raye!!!

hilang feeling nk hayati ramadhan cmni~

wahai orang2 yang pulang ke malaysia...
apa kabar agaknya anda semua..adakah anda juga merasai apa yang saya rasa??



hujan emas di negara org,hujan batu di negara sendiri
tapi jiwa saya sedang tersiksa.
saya rindukan tarbiyah di sana
Allah jua lebih mengetahui segalanya


semoga saya terus diberi kekuatan
ya, itu yang amat saya perlukan

kawan2, doakan saya di sini.
yang berkesempatan menghayati ramadhan di mesir, manfaatkanlah peluang tu sebaik mungkin
kerana di sini amat berbeza.
jiwa2 anda pasti sedih melihat jiwa2 anak2 muda malaysia yang terlena dibuai dunia..walaupun ramadhan datang menjengah..


ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAMADHAN
YA RABB..

Monday, August 10, 2009

kuwait; 12 ogos!!

lusa dah nak terbang pulang.
bagaimana wajah malaysia sekarang
perasaan bercampur baur..
syukur, Allah masih bagi peluang utk menjejakkn kaki pulang ke tanah air



dalam entri ni, saya nk ucapkn sejuta ucapan terima kasih buat sahabat2 akhawat yang sudi buat majlis pre-raya last night!
hehe..trima kasih sebab beli kek untuk kami yang akan menyambut birthday di malaysia
saya mesti sunyi sambut sorg2 nti~~

thanks.
saya pasti rindu nk bersama sahabat2 akhwati semua!
kalau boleh spend seminggu lg..boleh main basket selalu..buat jamuan makan same2
time summer la waktu kita merapatkn ukhwah..
yang x kenal sangat dlu, time summer bila tidur serumah, makan satu dulang..terus jadi rapat!
hehe..i m gonna miss all this memories!

apapun, kita mmg perlu berkorban dlm hidup ni
tahun ini, saya korbankn summer saya untuk bersama keluarga tersayang di malaysia
korbankan kenikmatan ramadhan terindah di mesir.. untuk saya ajak org2 malaysia menghayati ramadahn di malaysia nanti.

cabaran. malaysia bukan seperti mesir.


semoga Allah mudahkn urusanku~

malaysia, im coming home!!!


p/s: dh lame x tgk menara KL live..
rindu plk kt jalan raya besar y menghijau brsama pokok2 besar

dan

saya pasti rindu pada ramadhan di mesir
PASTI!
rindu suasana tu.........................

Sunday, August 9, 2009

letheidgresyl

i was very shocked when i received ur message...

get well soon dear.



H1N1


syafakillah wa afaaki.
akk doakan awk selalu..

really want to see u right now~
xpe..Allah ada untuk teman awk selalu























Thursday, August 6, 2009

hidup bersama KapaL UsAnG




hidup.
dulu, saya suka berfalsafah tentang hidup
kerana tafsiran kita tentang hidup
membuka cerita yang berbeza
ada manusia yang membuka cerita bahagia dalam hidup mereka
walhal disamping mereka ada insan yang tersenyum mengertikan keperitan hidup.
hidup ini,
ada naik turun pedih manis.



****************

tapi
dalam seribu pengertian sebuah kehidupan
saya memilih jalan yang dilalui hari ini..
perjalanan yang mengemudi sebuah kapal
usang dia berlayar
walau yang lain sedang gembira bermandi manda di muara
melambai2 aku pulang ke muara
menangguhkan pelayaran...
terkadang aku melihat dari jauh
riang dihati mereka
sedang berpesta di muara
aku berhempas pulas mengemudi kapal ini...
adakala kapal usang ini seakan terumbang ambing seakan karam
menguji apakah aku akan terus tegar berlayar,
atau terjun ke lautan
kecut akan mati bersama kapal usang yang karam..

++++++++++++++++

tidak.
aku harap selamanya aku berdiri seperti hari ini
walau aku tahu
hari esok yang melambai-lambai
menantikan aku yang kecil
untuk dihidangkan derita dunia
perlayaran ini pasti akan dipukul ombak hitam sedasyatnya..
awan-awan gelap pasti menyinsing bersama..
namun,
hanya satu cahaya yang akan terbit menerangi.

****************

biar perjalanan kami berliku
tidak setenang dan seriang mereka yang di muara
kerana untuk aku lari jauh dari cahaya iman,
tidak aku sanggup.
tanpa cahaya.aku mati dalam bernyawa.
walau aku tahu selesa perlu aku lepaskan
adakala tewas mahu mencari dunia yang memuaskan.
adakala terasa sungguh hebat mereka yang bersama Rasulullah
apakah Allah memilih aku untuk terus bersama dalam perlayaran ini,
Tuhan, Kau peganglah hati ini
biar gerhana menyelubungi perlayaran,
biar taufan memukul kapal usangku,
jangan biarkan aku terjun dari medan ini...
jadikan aku insan2 yang menguatkan saf ini...


dalam hidup ini.
kunci mengenal Ilahi adalah mengenali diri.
perhatikan, Dia sebenarnya telah lama memberi ruang untuk kita kembali merenung diri.
mencari sinar dalam hidup
mulakanlah langkah..

dengan tarbiyah dariNya,
hidup lebih bermakna.
walau adakala ujian lebih kerap menimpa diri..
makin dekatiNya makin diuji
tidakkah itu tanda kasih dariNya untuk kita?


kapal usang ini terus berlayar
mencari tenaga2 ikhlas yang mencintai Illahi.
kerana teguhnya perlayaran di medan ini adalah demi menujuNya..


thabit qulubana ya Allah.

Tuesday, August 4, 2009

CiNta yang SebeNaR2 CinTa



takut untuk bercakap tentang ini, berkali2 nak tulis tentang ini..tapi selalu give up.

tapi hari ni bulat hati nak berkongsi.
kerana sekarang adalah cuti musim panas.
tahun lepas, pada cuti musm panas juga,
saya menyedari kehadiran Dia..
hari ini,
im playing my last summer memories....


sebut tentang cinta, tanyalah pada diri. berapa ramai yang pertama sekali dia teringatkan Allah?
kali ini saya bercakap dari hati. kerana saya berharap, apa yang saya rasai ini dapat dikongsi bersama sahabat2 lain..benar, saya mau anda juga merasainya~

kita manusia. jarang benar kita ceritakan tentang cinta kepada Allah, dan lazimnya kita seronok mengejar cinta manusia. baik anda jiwang, rock, control macho dan sebagainya..bila terkena penyakit cinta akan manusia anda menjadi insan yang berbeza. mula mengarang puisi, mula pandai bergaya..bermacam2 ragam manusia.

sedang hakikatnya. kita LUPA.
cinta Allah, sehebat2 cinta. cinta teragung.kalaupun saya bercerita di sini, ia tak sama dengan apa yang sebenarnya dirasai.
manusia lupa sehebat2 cinta adalah Allah.
bagi sesetengah orang, anda pasti tak nampak realistik kata-kata ini. anda fikir ini hanyalah monolog orang 'baik2@ alim'...dan anda bukan orang yang mengaji aga
ma dalam2...setakat tahu halal haram sahaja.

ambillah masa, fikirkan sedalam2nya...




fikirkan tentang diri anda.
tentang kwujudan anda.
tentang suatu kuasa yang telah mencipta anda.
DIA.
yang tak pernah tinggalkan anda kala susah dan senang
DIA
yang berikan anda senang bahagia di dunia
cubalah..
carilah suatu alasan untuk menafikan betapa pentingnya DIA dalam diri anda!







bukan kali ini saya mahu mengajak anda menjadi baik..
baiklah..
cubalah anda fikir,
walau siapa pun anda,
anda jahat, anda nakal, anda rebellious, anda bukan budak baik.
tanyalah pada sudut hati anda.
DIMANA ANDA LETAKKAN ALLAH DALAM DIRI?



jikalau anda sedar betapa banyak pemberian
nya..
betapa besarnya kasih sayangnya pada kita.
tak termampu untuk anda lari lagi.
kalau anda sedar bahawa DIA yang sebenarnya seharusnya di kejar2 dalam hidup ini...



saya ada seorang sahabat,
ditakdirkan, hatinya terbuka untuk melihat kasih sayang Allah dalam hidupnya.
sehari-hari menangis.
menangis kerana dulu terlalu banyak melakukan maksiat
sedang DIA tidak pernah berhenti memberi nikmat..
dikala susah, DIA tetap datang membantu..
dikala diri tak mampu mengadu pada sesiapa lagi,
DIA hadir menenangkan diri...
dan sahabat ini tidak henti-henti mengungkapkan penyesa
lannya kepada saya..
katanya, sungguh besar rahmat Allah..
aku tak sebaik orang lain..
aku anak derhaka, aku lawan cakap mak ayah,
aku dulu x kisah campur prgi keluar lelaki perempuan.
tapi DIA masih bukakan hati aku,
masih terima diri aku,
masih bagi peluang pada aku.
pada siapa lagi dapat aku sujud syukur???
kau rasa kalau aku lukakan hati orang lain macam ni..
aku buat apa dia x suka sampai beratus kali...
ada dia nak maafkan aku?
tapi ALLAH.....
aku bersyukur...aku masih sedar tentang kewujudan DIA.
sekurang2nya aku x pernah hilang DIA dari dalam hidup aku...





bercerita tentang cuti musim panas..
berratus-ratus pelajar memilih untuk pulang ke Malaysia dan brsama keluarga.
tetapi saya mnyeru kepada anda,
kalau berpeluang, ambillah waktu ini untuk berkelana mencari cintaNya.
kalau seharian dahulu kita sibuk dengan plajaran,
ambillah masa ini untuk kembali merenung tujuan hidup...
ambillah peluang untuk kenali diri..
kerana di pengakhiran pencarian, anda akan menemui DIA.
anda akan mrasai betap hebatnya perasaan dan ketenangan dalam mencintai Allah.
dalam orang lain sedang leka dengan cinta dunia,
anda mngikat hati anda denganNya.
percayalah,
pasti air mata mengalirr setiap kali mengingatiNya
DIA terasa dekat..

dan hidup terasa lebih berharga
seakan menemui mutiara dalam hidup.
dan inilah tapak pertama untuk anda mengubah diri.
kerana cinta Allah terlahir dari rohani ke jasmani..

sahabat,
ketuklah pintu hati anda..
kejutkan imanmu,
tunjukkan ia dengan nur cahaya Allah
DIA sentiasa menunggu hamba2nya..
tidak pernah brhenti mengharapkan rintihan hambaNya..
hanya kita yang masih butakan mata dari realiti hidup..
lebih enak memilih dunia yang melekakan,
dari menggapai cinta Allah.
percayalah,
tiada sesalan dalam menghampiriNya..
pada Allah, anda akan temui ketenangan,
padaNya anda temui kekuatan..


semoga Allah masih bukakan peluang untuk kita terus menghampiriNya...
jangan esok lusa DIA menjemput kita sebelum roh kita bersedia untuk soalan mungkar nakir
jangan esok lusa DIA palingkan hati2 kita..
jangan esok lusa DIA tarik kembali rasa cinta ini...

dunia ini memang indah.
namun, tidakkah kita terfikir pengakhiran bagaimanakah yang mahu dipilih?
di sini. kita hanya sebentar.
Allah itu kekal abadi..
carilah DIA dalam hidup anda....
jangan terus terleka..
kasihNya tak bertepi, tak bermusim...


*******************************

“Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Fathir : 2)

**************************************************

~"jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tiada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yunus : 107)

*******************************************


"Jika Allah menolong kalian, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kalian. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."

(Ali Imran : 160)

******************************

"Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu, adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)?"
(Fathir : 3)


ukhwah terlanjur?? apakah..




sudah lama saya teringin nak berkongsi tentang isu ini..semoga menjadi renungan buat semua.

manusia, kita sememangnya dijadikan dengan fitrah unuk berkasih sayang. kalau ikut dlm psychology, this is what we call innate motive..setiap dri kita lahir dengan perasaan itu. dan atas dasar fitrah ini, kita semua menjalin ikatan persahabatan..ukhwah..berkasih sayang sesama
manusia.

dan norma dalam berukhuwah, we shall give and take. teman adalah insan yang kita perlukan sebagai pendokong diri, peneman di kala sunyi,yang menghulurkan tangan dikala perit jerih.. walaupun hakikatnya Allah itu sebaik2 teman, tetapi sebagai insan normal, kita x mampu nak hidup bersendirian.


namun, dalam kita selesa mengucapkan lafaz ukhwah fillah, ada di kalangan kita yang sebenarnya terkandas dari jalan yang sebenar. walaupun kita mengakui bersahabat kerana Allah tetapi sebenarnya, kita telah memilih nafsu diri sebagai panduan dalam berukwah.

apa yang saya maksudkan?

pernah anda dengar tentang ukhwah terlanjur?

ok, tak ada maksud2 kotor di sini..
apa yang cuba saya sampaikan adalah berlebih2 an dalam berukhwah.

macam2 perkataan orang guna.. obses? atifi?

ya, ukhwah yang terlanjur kerana rasa saaaaaayang sangat pada seseorang. sebetulnya, ukhwah yang saya maksudkan ni adalah ukhwahh sesama jantina, tapi x lah sampai tahap lesbian ke gay ke, itu dah jadi lain dah.

tapi dalam kes ni, bila seseorang tu dia rasa sangat attach pada seseorang..sayang sangat.kalau boleh nak ke mana2 saje dengan sahabat tu. malah, dah tak boleh nak tengok orang lain rapat dengan si dia, nanti timbul perasaan tersisih la, dilupakan la, terbuang la.

apakah ini yang kita sebut sebagai ukhwah kerana Allah?

hakikatnya, masalah ini boleh berlaku pada sesiapa jua. mungkin saya, mungkin pada anda..mungkin juga pada sahabat anda.

kadang2, dalam berukhwah dan bila kita sayang pada seseorang, kita akan rasa seronok sgt nak bagi hadiah..nak selalu bantu dia, nak selalu rasa ada orang tanya khabar dan sbgnya.
semua ni tak salah..
malah dalam islam, ithar (melebihkan orang lain) sendiri adalah tahap ukhwah yang tertinggi.. dan berlapang dada adalah tahap ukhwah paling rendah.

tapi dalam apa jua keadaan sekalipun, kita seharusnya sedar. Islam mengajar kita tentang basitah (kesederhanaan). bila dah sayang terlebih, segala benda jadi lain. konon kita mengaku berukhwah kerana Allah, tetapi kenapa rasa cemburu boleh menjadi api yang menyala-nyala dalam sesebuah ukhwah? sehingga melarat2..timbul pula rasa bersalah dalam diri sahabat lain..sahabat2 lain rasa takut2 nak berkawan rapat la..sehingga jadi perselisihan faham dan sebaginya.
apakah ini yang dituntut dalam islam?

dan jangan pula kerana sayang anda pada dia lebih dari orang lain,
hanya dengan dia seorang anda nak tidur bersama, masakkan untuk dia..tapi kalau orang lain(sahabat lain) x pernah terlintas untuk anda bagi layanan istimewa sebegitu. kalau anda ditempat mereka, apa anda rasa? apakah agama kita mengajar untuk memberi layanan yang berlainan darjat? apatah lagi pada saudara sendiri...

mungkin saya nak mengajak sahabat2 renungkan kembali kisah persahabatan rasulullah dan sahabat karibnya, abu bakr. apakah pernah uthman, umar mahupun Ali berasa cemburu dan bergaduh2 kerana rasulullah lebih2kan abu bakr?
tidak.
kerana walaupun rasulullah mengakui abu bakr adalah teman baiknya, tetapi baginda tetap memberi layanan istimewa kepada sahabat2 lain. setiap sahabat merasakan diri mereka istimewa di sisi rasulullah..inilah ukhwah fillah yang sebenar. apabila kita mengaku bersatu hati kerana aqidah yang sama, terikat hati keranaNya..sebetulnya ukhwah ini menjadi penenang jiwa..bukan api cemburu yang menyala2..




buat akhawat semua,
tulisan saya ini sekadar peringatan dan renungan buat kita semua.
tak mustahil satu hari nanti saya jugga teruji dgn kalam sendiri.
sungguh, hati2 kita hanya Allah yang pegang.
cuma pesanan saya, sebetulya kita tajdidkan semula niat kita dalam berukhwah..
jangan rasakan dalam hidup anda hanya perlu ada seorang sahaja, dan anda tutup mata anda dari melihat kebaikan orang lain. boleh jadi esok lusa anda memerlukan juga insan2 lain.
sebab itu Allah berfirman;


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }الحجرات10

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)


kita saling memerlukan antara satu sama lain.
belajarlah untuk menghargai setiap sahabat yang berada disekeliling anda. jadilah seperti rasulullah yang melayan setiap sahabatnya sebagai insan yang istimewa.


semoga kita tidak terus tertipu dengan mainan perasaan sendiri. kita tidak memiliki sesiapa pun, malah sebenarnya milik Allah jualah setiap dari kita, hatta sahabat karib anda.. jadi istilah 'dia milik saya' tak sepatutnya timbul..apatah lagi jikalau anda faham erti ukhwah fillah itu sendiri.

mari kita sama2 tajdidkan niat kita..banyakkan muhasabah..barangkali selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah..tapi mungkin atas dasar lain..
peribadi ke..
minat yang sama ke..
perasaan nak memiliki ke..

mari, kita koreksi diri!


akhir kalam..salam ukhwah buat semua. jangan jadikan ukhwah kita penghalang untuk bergerak. kerana kita umat islam adalah satu jasad yang sama..musuh sedang menyerang kita, apakah kita sendiri masih mahu bersengeketa dan tak bersatu hati??



Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba
Allah yang bersaudara.

Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzhaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini, beliau menunjuk dadanya tiga kali.

Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya".

(HR. Muslim dan Ibnu Majah)



Saturday, August 1, 2009

Kuat-kUat-KekUatAn-keKuaT

orang cakap, puisi saya semua melankolik.
terima kasih
saya berkarya bila saya mahu
mungkin selalunya idea keluar bila saat diri nak mengekspresi kata minda.
tanpa mahu orang lain mengerti tersiratnya isi.
tapi,
puisi itu buah minda.
kadang kala hanya firasat akal, bukan luahan kotak hati.
tafsiran anda mungkin bukan realiti yang berlaku dalam dunia saya.

**************************************************************

kekuatan.
definasikan perkataan ini.
apa erti kekuatan pada diri saya.
orang melihat si kecil dan menolak2 ke tepi.
naik tram dihimpit2.
bagaimana mahu mengaku kuat?

kuat.
jiwa yang kuat.
yang mengharungi lautan sisa2 hidup.
kuatkah jiwa bila makan x sedap pun kau mahu memilih.
lemahkah aku.
belajar erti susah dengan air mata
kerana kau tak tahu aku tak pernah berputus asa
jangan mendesak aku


Tuhan. Dia pemilik kekuatan yang dicari-cari
yang dicanang-canang.
dunia ini penuh dengan sembunyi yang tak nampak.
tubuh kecil yang memikul sejuta beban
Allah itu Maha Kuasa

aku tak pernah berputus asa
dalam memberi tak pernah kenal erti senang bahagia
mungkin esok aku harus tersenyum dalam pedih
kerana dunia lebih sukakan begitu.
dan Allah lebih tahu dari insan2 yang pura-pura mahu ambil tahu.


hari esok, kerja masih bertimbun menanti.
kekuatan,
kalau hari ini aku boleh beli kamu.
berkerjalah kau bersama iman.
ingatkan aku selalu Allah itu sebaik peneman.
kerana aku
sedang berjual beli denganNya.
ingatkan aku
untuk kuatkan diri.sebentar saja.
esok lusa walau masih jauh waktunya
itu yang kau impikan
hari indah disisi Rabbi.

::note::



" He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right


So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie "


**************

purified soul!~
here i come..
strength, live me up towards the end of destiny
we learn from what we had
mankind are self-centered most of the time.
that is mastery motive inside all of us.
it's ok for me.
i have Allah with me.
always~