Friday, June 5, 2009

laskar pelangi...






anda pernah dengar tajuk ini?bagi anda yang tak pernah menonton cerita ini,
atau sekadar mendengar soundtrack yang tengah hot meletup,..
kali ini,
saya nak berkongsi sebuah kisah yang
 sarat dengan pengajaran dan motivasi.
cerita tentang 10 orang kanak2 ..
~ laskar pelangi~


filem ini bukan sebarang cerita.
jauh lagi kalau nak dikatakan cerita picisan. tak macam filem2 cinta melayu..ataupun gossip girl yang digila2kan orang sekarang.
tapi cerita ini adalah untuk orang2 yang mahu membuka mata.
yang mahu belajar erti syukur dalam hidup mereka.




laskar pelangi~
kisahnya bermula dengan 10 orang kanak2 miskin..
yang salah seorangnya terpaksa menjadi buruh sbg part time,
yang salah seorangnya terpaksa menyeberang jalan yang dihuni seekor buaya untuk ke sekolah.
cerita ini tentang orang2 miskin.
yang tak punya duit dan harta.
tapi kanak2 ini..mereka sedari ilmu adalah segalanya.
hanya sebuah pondok kecil tempat mereka menadah ilmu.
setiap hari mengayuh basikal berbatu2 jauh..demi mencari ilmu.
dipandang hina oleh orang lain..seakan2 mereka tak layak langsung untuk bersekolah.
sekolah yang kecil..tak ada siapa pun nak tolong support dgn duit..mahupun tenaga mengajar.
kerana mereka miskin
hanya hina untuk bekerja sebagai buruh di mata masyarakat.

cerita ni sangat banyak nilai2 yang ditunjukkan.
selepas menonton cerita ni, saya rasa betapa bersyukur sangat dgn apa yang saya dapat sekarang.
ada orang sangat bijak, tapi x berpeluang nak belajar.
kita disini,
sudahlah dapat biasiswa dari kerajaan,
sayang sekali semakin hari semakin ramai yang x menghargai peluang yang diberi.
kalau anda tak mahu ke kuliah, fikir2kanlah nasib beribu2 kawan kita kat malaysia yang x bernasib baik macam kita.
mereka susah2 nak cari ilmu
kita yang dah mendapat peluang x pernah nak bersyukur
pergi kuliah x sesusah anak2 10 orang ni yang terpaksa kayuh basikal menyeberangi jalan berbatu2..siap ada buaya besar lagi! (tiap2 hari bertarung nyawa..hanya kerana ilmu).

jadi,
cerita ni memang saya sarankan untuk semua pelajar alex. tengoklah. ambillah pengajaran sebagai  motivasi. kita yang senang ni selalu sangat rasa malas..x bersyukur..kuliah yang sekangkang kera, & paling jauh pon boleh naik tramco 1.25l.e, kenapa kita x bersyukur?
renung2kanlah.
jangan kita jadi orang2 yang kufur nikmat.
kalau boleh,
saya mahu semangat adik2 laskar pelangi ni diserap ke semua pelajar2 alex.
biar kita sedar,
walau apapun rintangan yang kita hadapi,
biarlah hidup n study semakin hari semakin  stress,
tapi jangan mudah hilang semangat.

mari kawan2, kita ambil semangat2 adik2 10 orang ni.
tontonlah.
biar naik semangat untuk menghabiskan lecture dan practical exam yang hanya tinggal beberapa hari lagi.

mungkin semakin hari,
kita makin lupa,
orang dulu2..ibu ayah kita susah payah nak pergi cari ilmu.
sampai berjaya besarkan kita..
tapi bila sampai masa kita,
kita dah dihidangkan dengan terlalu banyak nikmat,
duit mara pun dah berlambak2
kadang2 kita terlupa tujuan utama kita dihantar belajar jauh2.
kita lupa harapan ibu ayah, harapan masyarakat malaysia yang mengharapkan kita semua jadi doktor2 yang berguna kelak.

kalau dulu anda lebih suka tidur di rumah daripada ke kuliah,
kalau dulu anda rasa lagi syok pg cinema kt green plaza drpd pergi ke kuliah,
kalau dulu anda rasa lagi best hang out kt st stefano drpd dengar kuliah.
marilah berubah.tunjukkan tanda anda bersyukur dengan peluang yang dah diberi.
jangan marah kt mara kalau diorg sound kita..
marilah sedar yang sesunguhnya duit poket kita tu datangnya  dari mara

terima kasih laskar pelangi kerana bagi saya semangat baru!











5 comments:

  1. pegi cinema green plaza? er...cerita2 arab best ke? macam..er

    ReplyDelete
  2. salam nadiah.haha.rajen awak tules entry lately.teruskan menulis.laskar pelangi mmg best pon. kita makin selesa makin lupa.makin lama semangat makin luntur.kena pegi pit stop recharge balik energy.huhu.kena bc buku nih :p bye2

    ReplyDelete
  3. it's not me.
    frankly, i point to certain persons who lie happily in Alex.

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaaaaa...
    so impressive la akk..
    thanxx 4 that reminder..
    i'm proud of u..
    i'm grateful bcoz u r my friend..=)

    ReplyDelete
  5. slm..dah tgk cerita ni..

    sgt bermakna..
    study2..

    all the best untuk exam semua!!

    ReplyDelete