Saturday, May 2, 2009

sekadar puisi..::t.A.k.u.t::

adakala mendung sengaja dicerahkan
biarlah, biar tinggal hanya kenangan
duhai
kalaulah boleh aku tinggalkan
sampai bilakah mahu berhenti dan toleh ke belakang?

Tuhan, kuatkan aku
takut itu lama sudah menemani aku
ujian ini
adakala terasa tiada siapa yang fahami
hanya Engkau penguat diri

benar,
adakalanya jiwa kita tiada siapa yang tahu
takut
aku takut
mengapa dunia sangat menghairankan?

duhai,
kenapa perlu dirimu seperti itu
ya Allah, berikan aku cahayamu..
aku.
takut.


bukan
disini bukan mencari redup mata peneman
sekadar puisi.
sekadar puisi.

2 comments:

  1. ini bukan sekadar puisi
    tetapi luahan isi hati

    bak kata si dia;
    teruskan langkah megah,
    jangan gentar halilintar!

    dunia ini memang begini
    mengelirukan, seperti fatamorgana
    nampak di mata tapi tiada apa

    oh, pandainya aku berkata! tapi akulah yang paling penat dengan dunia...

    semoga terus qawiy, sis!
    mataku memandang dan meresapkan semangatmu ke dalam dada. teruskan...

    ReplyDelete
  2. mungkin saya perlu setabah nabi ibrahim.
    juga nabi nuh.
    moga saya tidak berputus asa.
    sungguh, ujian itu juga adalah nikmat.
    bukan semua orang merasainya.
    walaupun perit,
    walaupun runsing.
    moga Allah sentiasa kuatkan hati

    ReplyDelete