Wednesday, February 4, 2009

sejuk perut isterinya yang mengadung (^ ^)

ops! im cheating...sy copy post ni dri blog shbt sy..y juge dicopy dri blog some1,
apepun, isinya yang penting.
menarik utk dikongsi bersama..moga mendapat sesuatu dri post ini~

Assalamualaikum,
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri
ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia”mengandung kot?”
Dia kata
tak ada
Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan
ternyata…
isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya.
Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.
Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh,
minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu! , sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang
mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid.
Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau
isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu
dua pertiga malam, kerana fikiran
bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah
paling optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind (minda
sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke
langit-langit dan kemudian sentuhlah
dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun
orang yang ingin anda
nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun
selawatlah ke atas
junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian
terus dengan
berzikir didalam hati dan jangan putuska! n zikir anda.
4.
Angkat ibu
jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan
bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya.
Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan
menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak
bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda
inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir
itu masuk bersama dengan
nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi
yang dia sedang menerima
pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri
saya dan anda berjaya dengan
kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah
(Hanafi An Nu’man),
seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.
“Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu
Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Kalau
didengar pernyataan i! ni tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik.
Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kndungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin
menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya.
Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah.
Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya mnasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran,
apa pula kata mereka nanti.Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi.

Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam,
satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya
bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.Bermula dari saya
akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati,
Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah’mama’ nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudahbenar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.
Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan
ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, ksetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul
‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya


~point ttg ayah abu hanifah tu yang paling menarik utk saya.this is not the first time i read about it, n setelah dua kali membaca memang sy sendiri terkesan..see how ur behaviour now reflect ur future...to have a good child,anak soleh, lets check ourself at first...i wonder bagi couple2 diluar sana, pernahkah anda terfikir ur actions today will affect ur future? kalau sekarang pn dh bermaksiat, dating..bagaimana keluarga yang mithali itu dapat dijadikan satu jaminan? dan utk diri sendiri, kadang2 sendiri terkena.kalau diri sekarang tak cuba untuk menjadi lebih baik, tinggalkan jahiliyah diri..macam mana dgn masa akan datang? dont just think youth life is for fun..marilah sama2 jadi pemuda yang berguna =)

sekadar muhasabah untuk diri, dan semua..

No comments:

Post a Comment