Friday, November 14, 2008

kita ibarat batu bata yang saling memerlukan..


alhamdulillah, hari ni selesai sudah pilihan raya bagi ajkt perubatan Iskandariah. segala teka teki terjawab..kebarangkalian 8/15 telah terungkai...dan saya sendiri menarik nafas lega.Di sini, saya tak mahu bercerita panjang tentang diri sendiri, cuma sedikit perkongsian mengenai hidup seorang pemimpin dan yang dipimpin.


Apakah agaknya perasaan anda bila terpilih untuk menjadi calon seorang pemimpin? mungkin ada yang rasa terkejut, gembira di atas kepercayaan yang diberi. ada yang rasa berbesar hati, tidak sabar nak berkhidmat untuk kawan2, nak berkongsi sifat kepimpinan yang ada untuk membantu kawan2. ada juga yang mungkin menerimanya dengan hati yang gelisah, kusut memikirkan tentang amanah yang akan digalas,terasa lemah dan 'tak layak',dan mungkin ada yang hanya mampu berdoa kepada Allah, agar mendapat keputusan yang terbaik untuknya....


saya terfikir seketika,
menjadi seorang pemimpin itu memang enak bunyinya..
pangkat yang hebat...
menjadi kepercayaan ramai,
popular dan dikenali.
tetapi, benarlah seperti kata kak nawar,
terpilihnya seorang pemimpin itu berserta seribu amanah dan tanggungjawab yang akan digalas,
bak kata ex-pengarah UPI,
terpilihnya seorang pemimpin itu ibarat meletakkan sebelah kakinya ke dalam neraka.
jadi, siapakah yang mampu bergembira bila dilantik menjadi seorang pemimpin???








terlalu berat...
itulah perasaan saya bila memikirkan tentang tanggungjawab yang menanti.
dan tatkala saya menarik nafas lega dan bersujud syukur tidak dipanggil oleh JPP,
hati saya turut 'menangis' melihat rakan2 seperjuangan yang terpilih selaku AJKT.
tergambar diriak muka mereka keresahan dengan bebanan taklifan yang menanti,
dalam 'rela' dan keterpaksaan, mereka terpaksa akur dengan kepercayaan yang telah diberi oleh sahabat2 lain..



seorang pemimpin,
bukan senang untuk dirinya membersihkan hati dari niat yang batil..
dalam kesibukan berkerja, kadang kala mungkin timbul perasaan riak dan takabbur,
berbangga dengan pujian yang diberi pada hasil kerja yang 'excellent',
dalam kesibukan berkerja juga, kadang kala timbul rasa penat dan futur..
dan akhirnya taklifan dilaksanakan dalam keterpaksaan, dgn hati yang yang tidak rela..
bukan mudah untuk dia sentiasa menjaga niat berkerja kerana ALLAH
namun bagi orang2 yang sentiasa mendekatkn diri dengan Allah,
bila terasa lemah, taqarrubnya dengan Allah bertambah,
kerana dia tahu walaupun bergelar seorang pemimpin,
dia tidak punyai satu pun keistimewaan dan kekuatan selain datangnya dari Allah Yang Satu..


jadi buat pemimpin,
tugas anda bukan mudah,
namun, andalah yang menjadi pilihan Allah,
dan sesungguhnya pilihan itu adalah kerana Dia lebih mengetahui,
segala yang terbaik buat diri anda.
ambillah peluang yang diberi untuk belajar menjadi hambaNya yang lebih baik,
jadikanlah taklifan ini sebagai tali pengukuh antara dirimu dan Allah,
biar pun kami yang dipimpin mungkin tidak dapat memahami susah senang anda berkerja untuk kami,
Dia tetap sentiasa bersama dengan anda...Dialah sumber kekuatan..Dialah tempat mengadu dan berserah..
Dan janganlah kerana pangkat anda semakin terleka,
terasa istimewa dan hebatnya bergelar seorang leader,
tetapi sedarilah bahawa segala2nya datang dari Allah,
dan kita hanyalah pekerja2 yang daif di muka bumi ini..



dan kami yang dipimpin,
memang senang menjadi orang yang dipimpin,
tidak perlu berkerja, tetapi mulut rajin mengeluh..
mengomen,merungut, memboikot, tak nak amik tau..
memang syndrom biasa orang yang dipimpin.
kadangkala saya terfikir,
betapa zalimnya orang2 yang dipimpin sebegini,
sudahlah megharapkan orang lain berkerja untuk kebajikan diri,
banyak mengeluh dan tak nak participate pula..
kita yang dipimpin punyai pilihan...
jadilah pemimpin diri sendiri yang akan memudahkan pemimpin kita berkerja untuk kita.
jadilah pendorong mereka, pembantu mereka,
jadilah pengikut yang turut berkerja dengan tangan dan kaki,
bukan sekadar dengan mulut yang manis berkata2.
kadang kala kita tidak pernah terfikir seandainya kita berada di tempat mereka; pemimpin2 kita,
lantas kita lupa untuk mempamerkan ucapan terima kasih kita pada mereka,
dengan sokongan,bantuan serta mengambil berat tentang mereka.
sesungguhnya, kita semua ibarat batu dan bata yang saling memerlukan..
tanpa batu di atas yang berkualiti, bangunan tidak akan berdiri tinggi, dan teguh,
tanpa batu di bawah yang bermutu, batu2 di atas tidak akan mampu bertahan pun,
dan mudahlah bangunan itu roboh ditiup taufan..

selamat bertugas buat ajkt2 perubatan yang baru..
dan buat ahli2 perubatan yang lain,
ingatlah teladan dri kisah pejuang2 islam dlm perang mu'tah
walau tanpa nabi Muhammad sebagai pemimpin mereka di dalam peperangan itu,
tetapi mereka mampu bergerak, medokong risalah Allah...
janganlah kita sekadar mengharapkan golongan2 hebat yang membuat kerja,
tanpa kita sendiri mempersiapkn diri..
kerana suatu hari nanti, tanpa orang2 yag hebat ini,
mungkin kita juga akan menjadi pengganti mereka..meneruskan tugas2 mereka..





"sesungguh setiap manusia itu adalah pemimpin kepada diri sendiri"

1 comment:

  1. ada org kata pemimpin adalah pengarah
    dan dipimpin adalah diarah

    erm..manusia! mana ada yang suka diarah-arah~

    saya suka membaca "leadership" sebagai "a value of PEMANDU ARAH dalam sebuah KAPAL"
    ~

    ReplyDelete