Friday, October 30, 2009

nak semangat baru \ (",) /

assalamualaikum readers.

this will be a very short post. ~sebab saya x habis baca buku lg~

sy teringin nk kongsi bahan2 yang lebih berat dan yang lebih mengisi rohani, tapi bukan dalam masa terdekat ni.
sy sedang memecut!! cover semua benda y dah blajar tapi x paham pape pun sebelum ni~

saya amat memerlukan tenaga tambahan, kerana setiap kali jam 2-4 petang, saya dah x mampu nk 'digest' maklumat2 penting y doktor bg.
sori dr, muka saya selalu lesu..

mungkin tenaga tambahan tu dpt dicari di sepertiga malam mungkin..
(ayuh, kita qiamullail cari kekuatan sama2!!)


saya masih lagi dlm suasana kejutan budaya belajar di era clinical ni.
i keep telling myself clinical yr is different and the study skill will be different i guess.
tp entahlah, sampai sekarang saya masih merangkak mencari langkah.
kadang2 balik dri kelas kol 4 rasa otak macam dah tepu, nk revise apa yang belajar pn terasa lesu.

insyaAllah.mulai hari ini.
saya mahu mencari semula semangat saya!
saya x mau lg blur2 dlm kelas
kalau x tahu, sy akan cuba cari doktor untuk terangkan.


i just want to be myself
an enthusiast.
saya perlu mencari semula diri ini.

mari, mari, mari!!
tajdid niat dan go!! belajar bersungguh2 dengan penuh semangat!
sebab saya x mahu jadi orang Islam yang x cemerlang.

mari kawan2!


dah2..slamat study semua..

semoga Allah melihat usaha belajar kita ini sebagai ibadah kepadaNya...

Tuesday, October 27, 2009

reflection~

kian kali,
bertanya kembali merenung diri
apa mungkin saban hari
aku kian rasa manis dalam jalan ini

manis yang ada kala
mengulit lena dari aku berjaga
duhai diri,
selamatlah kau dari manis dunia ini
kerana aku gerun
andai kau terus menghirup manis ini..
kau lupa untuk memperhambakan diri

aku khuatir
andai tawamu memberi keriangan yang melalaikan
lantas kau lupa
dahimu tidak lagi khusyuk dengan sujud
langit bukan lagi kau renung mentarbiyah diri

Ya Allah,
ampuni aku
andai di jalan ini
adakala aku jatuh terbaring
adakala lelah aku panjangkan
ampunkan aku
andai saban hari
aku runguti ujianMu ini

Ya Allah,
ampuni aku..
andai dunia ini lebih aku hampiri..
lebih aku fikirkan
dari sebenar2 mengejar redha dan kasihMu Illahi..


Tuhanku,
pelihara diriku dari dunia yang leka ini
pilihlah aku untuk berjumpa denganMu
datangkan aku ujianMu di kala aku terleka
berikan aku harapan di kala aku lemah

Tuhanku,
ampuni aku..
andai adakala aku terlupa
adanya Kasih dan dekatnya pertolonganMu..
ampuni aku
andai adakala aku jauuh..dari mendekati diriMu


sesungguhNya tanpa kekuatan dan redhaMu,
aku bukanlah sesiapa..
aku hanya hambaMu yang lemah serba mengharap..
terima kasih Allah, Kau terus memberi aku
hari-hari untuk menghirup nafas baru..


teruskan mengetuk pinta hatiku Ya Allah,
lembutkan hatiku untuk terus mengingatiMu..
kuatkan aku Ya Allah,
agar aku bisa terus berada di jalan ini
walau jarum2 tajam kan terus menusuk diri
redhaMu yang aku pilih..
kuatkan aku ya Allah

Thursday, October 22, 2009

short note

bismillahirrahman arrahim..

alhamdulillah, hari ini masih mampu bernafas.
terdetik sesuatu.
penyesalan mungkin.
kita manusia, tika mana diuji di bumi ini.
selalu sahaja rungutan yang diberi.
mungkin sudah kurang aku merenung kalam Illahi
pudar mungkin rasa mahu mengadu pada Illahi
biar kalau hidup ini rasa susah dan pedih,
tapi aku rasa dekat dengan Rabbi
kerana aku takutkan tawa yang mematikan hati
moga keluh resah kupendam dan biarkan menyepi
moga doa dan zikrullah itu semakin lazim dengan mengalirnya usia aku di dunia
dan aku bukan menulis di sini sekadar sia-sia.
semoga,
kalaupun kalam ini monolog seorang hamba
ada hamba2 lain yang terdetik jua di hati mereka.

Tuesday, October 20, 2009

bukan orang biasa!

bismillahirrahman arrahim..

pernah x terfikir siapakah aku dalam usia 20-30 tahun lg?


tahun demi tahun, kita melangkah setapak ke dalam permulaan baru dalam hidup.adakala, umur yang baru adalah penolak untuk diri kita melakukan perubahan dalam hidup, namun adakala tidak seiring dengan peningkatan usia, kita lalui hidup seperti selalu..seperti 3 tahun yang lalu.

mungkin inilah manusia.

barangkali bukan sedikit yang memilih untuk menjadi manusia yang mengikut rutin...sampai ke mati.

maksudnya?

ada orang.
okla, mari kite bg contoh seorang medic student

apa dia buat sepanjang hidup dia?

pergi kuliah.balik mandi makan.studi.tido.exam.studi.exam.studi.exam.graduate.houseman.kawin.berkeluarga.mati.

mungkin adalah rutin seorang manusia.biasa.

ada manusia lain.
yang punyai matlamat dalam diri.
dia tidak mahu sekadar mati di dalam rutin harian.
dia memilih untuk menjadi manusia yang lebih dari itu.

2 minggu sepanjang saya masuk clinical yr yang mnjadi medan baru utk diri saya. banyak yang saya fikirkan.
kadang2 bila kita tengok doktor2 hebat yang mengajar kita, sedikit sebanyak saya mengkagumi mereka.dan mendapat inspirasi dari mereka.
terfikir, siapakah aku dalam 20-30 thun akan datang?
saya ingin menjadi seperti mereka. meletakkan impian yang tinggi..nak sambung belajar tinggi2 mcm diorg..jadi doktor yang baik dan cemerlang dalam bidang sendiri..dan di hormati masyarakat..kerana bagi saya, sebagai seorang muslim, seharusnya kita mempunyai cita-cita yang tinggi.

saya selalu berangan. dalam 200 orang yang belajar bersama2 dgn saya di fakulti perubatan alex ni, sekurang2nya ada yang akan jadi pakar dalam bidang2 tertentu, malah x mustahil ada yang bersaing dengan kaum2 lain untuk dapat noble prize dan sebagainya.

mungkin ada yang gelak bila dengar tentang angan2 ni.
tapi kalau anda hanya rasa nk gelak, dan x rasa nak sahut cabaran saya ini, saya fikir anda silap.

permulaan sesuatu adalah cita-cita yang tinggi.

seorang muslim tak seharusnya melihat kejayaan diri adalah aset yang paling berharga dalam hidup. kerana bagi saya, impian saya adalah untuk melihat ramai pakar2 doktor muslim bersaing dan menjadi contoh..yang orang cari2 kerana kepakarannya..yang orang kagumi kerana ketulusan dia berkerja.
bukankah kita umat islam, umat terbaik di dunia??

baru2 ni di malaysia saya ada baca buku tulisan Tun Dr Mahathir, sy x ingt tajuk buku tu tapi dlm buku tu dia mencabar warga malaysia untuk menjadi pemenang nobel prize pd tahun 2010 (kalau x silap la tarikh tu). soalnya, apakah kita sebagai orang islam rasa tercabar dan rasa berkobar2 nak sahut cabaran ni? atau kita.hanya seperti kebanyakan orang melayu..yang duduk ditepi, bagi peluang kat orang lain..disamping rasa rendah diri dan nak jadi yang mengikut dan memerhati sahaja?

mari, kita keluar dari rutin kita!
jadilah orang yang luar biasa!

kerana dunia memerlukan kita.memerlukan kepakaran kita.

jangan kita letak target yang kecil dalam hidup kita...
sebagai muslim, kita perlu ada misi yang besar dalam hidup.
islam menggalakkan kita menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang.

jadi mengapa bukan kita yang menemui penawar AIDS nti?
mengapa bukan kita yang jdi pakar jantung paling hebat nti?
apa beza kita dengan bukan muslim?


fuh..cakap berapi je yek.hehe..mungkin ada orang yang ckp kt saya mcm tu kot.
ok.ye, sy memang bersemangat.saya punya cita-cita yang tinggi. tapi kadang2 sebagai seorang perempuan saya juga berfikir, mungkin saya ada keterbatasan dalam beberapa aspek.sy tak nafikan, untuk seprang perempuan menjadi pakar bedah contohnya, sebenarnya banyak jg benda lain yang perlu difikir..lebih2 lagi bila sudah berkeluarga..kerana hakikatnya, antara kerjaya dan keluarga, istilah keluarga tu lebih serasi dengan seorang manusia bernama ibu..
adakala terfikir, dengan impian saya yang tinggi ini, ke mana saya akan pergi? apakah mampu untuk saya berjaya dalam kedua2 'dunia'?

tapi saya tahu diluar sana masih ada ramai manusia, lelaki2 terutamanya. mengapa tidak saya kongsikan semangat ini. saya menyeru kepada anda, jadilah anda orang2 yang umat sedang nantikan..
kita mampu menjadi yang terbaik. and everything start with a dream..and to follow the dream, we have to plan and strive to reach the highest top!

satu benda yang saya kongsi dengan anda semua.

sekarang saya di surgery department. saya jumpa ramai pakar bedah muslim yang baik2 dan hebat2 semua. alhamdulillah.setiap kali melihat mereka, saya brmimpi nak jadi sehebat mereka. kerana saya kagum dengan semangat mereka nak bantu umat islam, maka mereka merantau seluruh benua untuk dapatkan skil yang bagus dan mmpraktikkan pd masyarakat islam.
salah seorang doktor yang saya kenali adalah seorang lefthanded seperti saya. apa yang saya kagumi dengan dr ni, dia juga merupakan seorang lefthanded surgeon. sebelum ni, saya selalu dengar orang cakap susah la kalu org kidal nk jadi surgeon, sbb lain dari y lain..nti kena ubah susun atur dlm operation theatre dan sbgnya. tapi, Doktor ini dah membuktikan pada saya..there is nothing impossible in this world! dan despite dia seorang pakar bedah yang kidal, dia adalah antara salah seorang pakar bedah yang 'outstanding' di Alexandria ni. saya harap, walaupun kalau nti saya bukan seorang pakar bedah, tapi sekurang2nya semangat beliau itu dapat mengalir bersama dalam diri saya. terima kasih Allah, sebab temukan saya dengan insan2 hebat seperti mereka.

inilah antara inspirasi saya. dan anda di luar sana, saya tak tahu kalau cerita ini memberi apa2 erti pd anda, atau mungkin anda tak terkesan pn dengan cerita ni, xplah..
tapi, carilah inspirasi dalam hidup anda.
jadilah insan yang luar biasa!
sebab kita mampu..
dan adakala kita kena keluar dari kepompong kita.keluar dari tempurung.
dan menjadi insan yang baru.

dan apa yang membezakan kita dengan bukan islam, kita ada faith,yakni iman. iman kepada Allah.yakin kepada Allah. dan kalau sepenuh keyakinan kita kepada Allah, apakah mustahil untuk kita meyakinin setiap pertolongan dan sebaik2 pertolongan itu adalah dari Allah?

semoga Allah sentiasa bersama dengan kita semua.
buat bakal2 doktor di luar sana.
semoga semangat anda terus membakar.
buatlah sesuatu kerana Allah..
kerana Islam..
kerana disebalik setiap usaha keras yang berniat lillahi taala, pasti menggunung tinggi ganjarannya.


sekian,
thanks for reading.

Sunday, October 18, 2009

new moon?

salam wbt,

i miss this page so much! lame menyepi..and now my clinical year was just began. hari-hari berlari ke sana sini untuk menadah ilmu melekat di cerebral cortex saya..kepenatan.itu yang pasti.

clinical year.

kenapa harus bermula dengan teruk sebegini?

i blame the admin. sorry to say, but frankly kalaulah saya berpeluang duduk 'berbincang' dengan mereka, seriously,
saya nak tanya mereka kenapa bangunan tak siap yang xd kelengkapan tu yang diberi pada kami?

saya nak tanya kenapa kami dibiar terkapai2 tanpa brief introduction kepada kami?

adeh..ini x sepatutnya jadi tempat lepaskan perasaan,
apa nak buat.badan pun penat.otak pun penat.masalah pulak macam2..

new moon?

entahlah.
setiap orang mesti tanam azam setiap kali bermula tahun baru.dengan kata lain, setiap orang mengharapkan sinar2 baru setiap kali melangkah ke medan baru.
so do i.

dan saya harapkan mentari, bukan bulan yang menggelapkan hari.
things going upside down right now.
dan sesuatu sedang mengganggu minda saya. Dan saya tak mahupun memikirkannya walaupun ia asyik mengekori hari2 saya walaupun bertahun2 cuba diketepikan.

adakala, kita perlu kembali pada fitrah. mencari Dia~

semoga Allah berikan kekuatan. dan harapan. dan semangat.

di sebalik setiap kegagalan itu,
akan ada hari-hari kemenangan,
dan begitulah sebaliknya.


every people has their one story. and most of them is untold.


p/s: disebalik cerita2 x best tentang kuliah, saya sebenarnya sedikit lega dengan 'permata-permata' yang saya jumpa sepanjang clinical round saya. and by the term pertama i refer it to my respective surgeons! thank you doctor for making my life better! mereka sangat2 membakar semangat, very inspiring.. and now i dream to become one of them! (ada x surgeon perempuan??) my compliment to prof dr Ayman Sameh for all his advises and thoughts.ada cerita menarik untuk dikongsi dengan anda semua tapi may be later on..x larat nk tulis panjang2..



L.E.S.U

banyakkan zikir...kekuatan itu dari Allah