Saturday, November 28, 2009

dulu punya cerita.




ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
ada kalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan

bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan


tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan, tika aku
diuji dengan dugaan?
saat ku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saat ku meragukan keampunan tuhan
kau katakan rahmat-nya mengatasi segala

menitis airmataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasih-mu, oh tuhan


titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati
yang dulu resah keliru
cintaku takkan pudar diuji dugaan
mengharum dalam harapan
moga kan kesampaian kepada tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina



syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekati-nya
tika diri dalam kebuntuan

betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajarku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi

tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasih-mu tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama teman


@ -----------------------------------@

istimewa buat sahabat teristimewa di malaysia..
uhibuki fillah.
thanks for the ukhwah
terima kasih sebab kenalkan saya pada erti sebuah ukhwah sejati.
kat mana2 pun,
bila2 pun,
saya selalu ingat persahabatan ini.
u are my best partner ever.
terima kasih..aLLAH PILIH SAYA UNTUK MENJADI SAHABAT AWK.
semoga hati kita terus bersama di dalam jalan Illahi...


Dulu punya cerita?

tak.

hari ini pun tetap sama

walaupun kita dah jauh,

kan???

AQILAH~


Thursday, November 26, 2009

pesanan terakhir sebelum eid..

salam wbt buat semua

eid mubarak, kullu sannah wa enti tayyibah..


saya tercari2 intipati apakah yang saya rasa cambest nk share dgn antum semua..

and this one, i thing one of the best reminder..

bersempena aidiladha yang jatuh pada 10 zulhijjah..

saya nak bawa sahabat2 semua renung2kan,

kalam2 Rasulullah dalam khutbahnya yang terakhir.

peringatan yang penuh terisi...

*****************


~9 zulhijjah, tahun ke 10 hijrah.dilembah uranah, gunung ARAFAH....~

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


i guess, all these last words from our beloved prophet is the best reminder for an eid adha..

may all of us take these words into actions..

selawat dan salam ke atas nabi Muhammad sallalah alaih wasalam..

mari sama2 renungkan diri..hari raya adalah hari kebesaran.

moga menjadi permulaan baru untuk lebih banyak babak2 pengorbanan dalam hari-hari seterusnya...


dan sesungguhnya pengorbanan itu adalah refleksi ketaatan dan kerinduan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah.

kerana seorang hamba, berkorban apa sahaja. tidak lain hanyalah semata2 lillah taala..

demi Rabbnya..


Maksudnya :

“……… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan ( pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” surah alBaqarah;272..

Sunday, November 15, 2009

momento momentum







assalamualaikum wbt.

saya kagum dengan ramai pelajar medic yang bergelar penulis blog tegar di luar sane. sebab saya rasa saya bukan seperti mereka. masa yang terhad, selalunya membantutkan segala idea yang mahu diilhamkan. seharusnya, disini menjadi coretan yang mengisi jiwa, suatu perkongsian yang membimbing atau yang membuka minda. tetapi sementelah hari-hari ini, saya hanya menghitung hari bila mampu saya melakukan semua tu..

study time table is very pack right now. im quite upset when juniors saying that akak2 kesayangan tgh busy sekarang. well, as they refer us the 4th yr as akak2 kesayangan tu, just upset sebab skrg dh jarang berpeluang adik2..minta maaf atas hak yang tak tertunai adik2..kalau jumpa sekadar bertegur sapa 2-3 min, kalaupun terserempak di library, masing2 mengejar masa utk di isi dengan membelek buku.

really...i miss those 2 yrs before.
minta maaf adik2..i cant fit my time with u guys yet.
merindui adik2 yang dulu asal sc je macam buat jamuan makan malam. ^ ^


well, inilah hidup. semakin lama meniti hari, semakin banyak onar yang mematangkan diri. usah impikan hari2 mendatang yang jauh lebih memudahkan, kalaupun anda dengar orang lain kata tahun 4 tahun honeymoon dan sebagainya.
adakala, semangat mudah sangat luntur. dalam masa mahu mengutuhkan pembelajaran, bukan satu dua dugaan lain yang datang menjengah dalam hidup. bukanlah saya merujuk kepada saya sendiri, saya fikir bukan sedikit sahabat2 yang melalui perkara ini.
semoga Allah menguatkan hati-hati kita untuk menempuhi segalanya dengan bekalan sabar dan iman.










fatrah ini mungkin fatrah yang banyak naik dan turunnya. kadangkala datang ke kuliah dengan senyuman selebar ke anterior border of sternomastoid, adakala mata suram ibarat puffiness of eye. mari sahabat2, banyakkan taujihat..banyakkan taqarrub dengan Allah.

ya Allah, ya Allah, kami harap bukan maksiat yang terus melalaikan kami...
ampuni kami...di kala kami bertindak di luar kewarasan akal dan perasaan.

hari ini, pertama kali saya benar2 hadirkan hati ke kelas alquran bersama ustazah Arab..
saya tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya saat ini. sungguh, dengan kalam2 Allah inilah hati- hati menjadi tenang.. tiada lagi hiruk pikuk keserabutan hal duniawi yang menjalar di ruang2 cortex saat menuturkan kalam Allah..

ya Allah, hadirkan zuq imaniah ke dalam hati-hati kami...


buat sahabat2 semua,
semoga semangat anda sentiasa membara. jangan luntur, jangan naik turun seperti saya. hari ini hari untuk saya bangkit dengan semangat baru.kalaupun setiap hari perlu perbaharui semangat, marilah lakukan. dan jangan lupa, mari perbaharui jua niat kita.. seringkali saya terfikir, begitu penat, begitu lesu saya sehari-hari, barangkali terlupa mahu mulakan hari dengan niat lillah, barangkali rohani telah penat dengan maksiat, astaghfirullah...ampuni kami ya Allah..
saya yakin, kekentalan jiwa y sebenar, kekuatan sebenar seseorang yang membuatkn dia begitu cergas sepanjang harinya amat dipengaruhi oleh kesihatan hatinya..
semoga hati terus bercahaya, sihat dengan iman yang terpancar, segar dengan ibadah yang khusyuk.
ya Allah, sampaikan aku kepada kata-kataku ini..jangan jadikan aku golongan yang dicela kerana kalamku bukan seperti amalanku..

semoga terus berkerja wahai hamba..
dalam susah mahupun senang perjalanan ini, jangan lupa asal tujuan kita.
jua buat adik2ku,
lame x berkumpul sama dan sama2 mengingati..semoga hati2 kita semua masih mudah untuk disentuh dan diajak kembali memuhasabah diri..


selamat berkelana,
teruslah berjalan..bawalah bekalan ke penghujung perjalanan.

Saturday, November 14, 2009

empty-handed




"sesungguhnya orang-orang yang berkata; Tuhan kami adalah Allah" dan kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata) "janganlah kamu berasa takut dan jangan kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu"

(ayat 30:surah fussilat)








Friday, November 13, 2009

insya Allah

Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around

You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way



insya Allah.....

owh..this song really reflect my feeling right now. in some circumstances, when u can't stand alone,but it seems difficult to make others understand.. Allah is the only Hope, alas, He is the only one who make all hearts fall in peace.

praying is a hope. and if i shud really reach high up to the sky to find the answer of my hard time, dear Allah, please dont let me go astray..keep me in my faith,keep me strong..along my long journey..

If Allah choose us to be tested, there must be thousand golden reasons beyond all the sorrows. Hard time keep u on track,never forget Him. well, of course u have to zikrullah in all the time, in bright day and in dark night.


dear Allah, you are nearer than my own great internal jugular vein.. fill my day with serenity.i noe, U are always here for me.


go go nadiah go!