Saturday, July 2, 2011

Rezeki dan Usaha

bismillah..

hari ini tadabbur ayat dari surah AnNur;

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak
terhitung.
(anNur:37-38)



istifadah@pengajaran dari ayat:

MasyaAllah, cukup cantik sekali bagaimana Allah menyampaikan pesanan supaya hambaNya tidak terleka dengan urusan dunia. Telah diingatkan kepada kita agar jangan sesekali urusan dunia@kerja-kerja yang kita lakukan sampai melalaikan kita daripada mengingati Allah, mendirikan solat, serta rukun2 Islam lain termasuklah melaksanakan zakat..

Interpretasinya, cuba kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Kalau di waqi' budak alex sekarang tengah sibuk nak exam..masing-masing dah start menghadap buku. Memang sudah menjadi tanggungjawab kita sbg seorang pelajar..tapi haruslah kita selalu ingat, jangan sampai kerana study, amal ibadah berkurang..baca alquran kurang..solat pun lambat2, semua benda bg reason sebab nak habiskan baca buku dahulu. Sungguh, hamba-hambaNya yang tidak dilekakan dengan urusan dunia daripada mengingati Allah, mereka mengharapkan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan..Sama-sama kita ingatkan diri, usah kita berikan alasan sibuk dengan perkara dunia sehingga mengurangkan zikrullah kita. kalau nak all out untuk sesuatu kerja pun, apa sekali pun berbalik pada niat..dengan izin Allah, sekiranya kita laksanakan ikhlas untuk Allah, maka apa yang kita harapkan adalah ganjaran yang bukan sekadar setimpal dgn usaha kita, malah lebih baik...itulah janji Allah, dan tiada yang lebih menepati janji melainkan Allah.


ingat! study, study juga...kerja, kerja juga..
amal, jangan lupa!
dan selalu ingatkan diri bahawa Allah berikan rezeki kepada sesiapa yang Dia ingin beri...usaha kita bukanlah janji @ satu2nya kayu ukur untuk rezeki kejayaan dan kekayaan.. Allah jualah penentu segalanya..


semoga mendapat manfaat dari perkongsian xseberapa ni.
tajdidkan niat selalu..semoga redha Allah mengiringi amal2 dunia kita

2 comments:

  1. lain bila masuk terowong
    laju di luar tegap berani
    cuba memperosok ke dalam
    sesaat terasa sejam
    berpeluh sejuk kering seram
    telinga bingung
    sikit lagi nampak cahaya keluar
    ke luar terowong
    akhirnya tegap berani kembali

    habis, apa cerita dalam terowong?

    ReplyDelete
  2. bila seseorang menulis puisi, sama ada ia adalah luahan dari benak hati, atau ia adalah kata-kata yang ditulis untuk manulis menilai dan mentafsir.
    yang ini..bagaimana?

    habis, apa cerita dalam terowong?
    penat? rasa nak berhenti rehat sekejap?
    hm..
    kalau mungkin di dalam terowong terasa kelam tanpa lampu
    teringat kisah nabi yunus bergelapan di dalam perut ikan nun..

    "Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."al-Anbiya:87


    Sabda Rasulullah SAW:

    “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

    Sabda Rasulullah SAW:

    “Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

    pesanan untuk kita semua, khususnya diri saya sendiri.

    ReplyDelete