Tuesday, March 1, 2011

Atas jalan dakwah..

3hari selepas bertandang ke walimatul urus ukhti fillah saya, Noor Afifah Said dengan Fakhruddin. Barakallahulakuma...semoga rumah tangga yang dibina menjadi medan mentarbiyah diri..saling melengkapi,saling menguatkan, dan saling mengingatkan diri kepada Allah Subhanahu wa taala.

Melihat seorang sahabat baik saya sudah melangkah ke aras seterusnya, nyata dalam diri saya kagum melihat keberanian mereka, kesediaan mereka. Allah tetapkan segalanya tepat pada orangnya, tepat pada masanya. Berbicara tentang perkahwinan, datangnya dengan bebanan tanggungjawab..semua orang maklum... namun bagi saya, bait muslim teguh apabila dua fard yang mantap muwasafatnya bersatu untuk membina generasi baru. Pernah saya bersua dengan beberapa sahabat fillah yang sudah berumah tangga, masya Allah..mereka sememangnya akhawat contoh! peribadi contoh! Melihat mereka, rasa macam jauh je dari diri..hehe

Suatu hari nanti, kita akan menjadi bakal 'parent' yang mencorakkan anak-anak kita. Duduk sebentar berfikir, apa bekalan yang kita pupuk dalam diri, untuk diwariskan pada anak-anak di hari nanti. Baik ibu bapanya, baik jualah tarbiyatul awlad (bi iznillah) maka baik jualah anak-anak yang membesar...insyaAllah, bakal menjadi syabab-syabab harapan bangsa.

Duduk sejenak melewati rona kehidupan di ibu kota, KL...saya sendiri runsing. Zaman adik-adik sekolah sekarang sudah jauh lebih dasyat dari dunia zaman kita dahulu...topik perbualan mereka, gaya hidup mereka, pemakaian mereka...saya mengeluh seperti makcik-makcik tua. Tak mampu nak terima gaya adik2 hingusan tak UPSR lagi berdating pegang2 bahu di tengah-tengah shopping complex. Saya sendiri termangu...di mana peranan kita? saya yang hidup di tengah kota..boleh mati kekeringan idea. Nasib baik, harapan adalah mimpi yang berjalan. Dan sebaik-baik harapan adalah kepada Allah.

Maka siapa lagi dapat mengubah realiti masyarakat hari ini? Siapa yang mahu warisnya menjadi penyelamat dunia? Allah, peliharalah kami dan keluarga kami..peliharalah bait muslim yang terbina atas jalan yang bersih...wariskan dari bait muslim ini syabab-syabab yang bakal mengoncang dunia, mengubah umat hari ini.


sape ade jumpe buku ni di mana-mana kedai buku, habaq mai na..

1 comment: