dari dulu.semalam.kelmarin
melihat wajahmu tergambar luka dan calar
usah kaburkan dengan tawa dan jenakamu
aku tahu kau lebih terseksa begitu
waktu demi waktu
senyum tawamu bersilih ganti
percayalah, berhujannya kamu dengan seribu ujian
kau pasti jauh lebih hebat dan kuat disisi Rabbi
dulu semalam kelmarin
kulihat jatuh bangunmu dihimpit keseksaan
andai mampu kusapu air matamu
andai mampu kutiup semangat baru untukmu
namun aku hanya akur menjadi tunggul kayu
betah kononnya hatiku membatu
perit bertahun-tahun kau kulihat diselindungi mendung
maafkan, andai aku hanya pemberi simpati
hari ini.akan datang
cepatlah kembali bersama dirimu yang baru
kata syeikh, kau sungguh baik..hatimu tayyib
namun terselindung disebalik matamu derita
acapkali kulihat kamu begitu
digigit semut dipahamu, terasa jua bisanya pada diriku
andai aku mampu hilangkan kesakitanmu
andai aku mampu lakukan sesuatu
maaf,kalau hakikatnya aku hanyalah tunggul kayu
sedang kusembunyikan dukaku melihat kau begitu
sahabat, Tuhan amat sayang pada kamu!
barangkali dengan ujian ini
kamu jauh lebih tinggi darjat berbanding aku
kembalilah,
setelah kau hirup bayu nan baru
semoga kau lebih teguh
semoga kau sentiasa ingat padaNya
mendung..beraraklah pergi...
kurindu wajah girangnya.
kurindu melihatnya terbang
bernafas bebas,berjiwa hamba
"there's a way to be good again"
wahhh..akak tls sndiri ke?
ReplyDeletepsl kite runner eh..
best2!! thumbs up. hee~
sungguh,jiwaku tersentuh,dan sesungguhnya aku turut merasai yang sama.
ReplyDeleteandai bisa ku cabut duri itu padamu,walaupun satu...SAHABAT.
sgt2 best, kak nadiah. :')
ReplyDeletemula2 aen wonder utk siapa.. then the poster ties everything tgether (btul kn, psal bku tu?)
kudos! ;D *thumbs up*
huhu, mekti,genu2 n ain..thanks for the compliment.tak sangka, orang lain lebih menghargai sesebuah karya berbanding penulisnya sendiri~
ReplyDeletesbnrnya puisi ni bukan ttg buku kite runner tu, tp khas untuk seorang sahabat akak.she really love the book:kite runner tu..sbb tu akak letak picture tu.
semoga dia tahu yang setiap perjalanan dia sentiasa diiringi doa dari sahabat2nya..