Masa mula-mula ditayangkan pada adik-adik tu, terkejut juga tengok cerita ni. Budak sekolah bergaduh,bad manner,oh..memang saya tak minat nak tengok benda2 ni, kalaupun yang real didepan mata. Tambah pulak filem ni mengangkat isu perkauman di Malaysia sebagai mesej utama, mungkin sebab tu filem ni kena banned. Tapi, saya rasakan filem ni memaparkan realiti masyarakat kita sekarang, berminat nak tahu apa yang nak disampaikan dari cerita ni.
saya dah habis tengok, thumbs up! mesej yang sangat bermakna.
Filem ni point utamanya berkisarkan pergaduhan pelajar2 sekolah yang berlainan kaum..Cina Melayu. yang melayu kutuk cina, cina kutuk melayu. Bagaimana filem ini mempamerkan sikap ahli masyarakat kita..memang telus! sebagai orang Melayu, memanglah terasa bila dikatakan kaum kita pemalas, suka bodek,banyak kritik orang tapi kelemahan sendiri tak nampak..tapi, semua tu betul juga. Kalau kita nak ambil yang positif, memang kita patut sedar dan baiki diri.
Teringat pada sirah Rasulullah..waktu di Madinah pun banyak kaum juga..sungguh hebat Rasulullah dapat satukan masyarakat berbilang kaum..aman damai..semua rasa adil saksama, hormat menghormati. Saya fikir, kepincangan dalam masyarakat kita besarnya bermula dari diri masyarakat Islam di negara kita sendiri..Kita sendiri tak cerminkan Islam yang sebenar, sebab tu orang tak dapat terima Islam..mereka tak nampak keadilan yang cuba dibawa oleh masyarakat Islam. Setiap kaum Allah jadikan punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Orang cina rajin,kerja keras. Orang melayu selalu rasa senang,xkuat berusaha.Tapi, masing2 ada sudut yang berbeza juga.
Tentang sistem pendidikan di Malaysia...filem ni cuba mengangkat isu kontroversi juga :) tapi saya fikir ada benarnya. Ibu saya seorang pendidik, guru disiplin lagi.murid2 dia pun banyak juga yang macam dalam cerita tu..tapi dengan ibu saya mereka baik je, mungkin sebab pendekatan yang berbeza daripada yang selalu mereka dapat..Bukan mudah seorang guru nak mendidik anak murid jadi seorang manusia berjaya..jiwa seorang pendidik tak sama dengan seorang guru..i mean, tak semua guru benar2 mentarbiyah atau mendidik anak murid mereka untuk hidup.hm, bukan mudah kan? menjadi seorang pendidik daripada menjadi seorang penghukum.
Saya kongsikan cerita ini, sebab saya rasa ada mesej dari filem ni. Yang baik ambil.Jadi seorang pemerhati,dan fikir. Dan kita orang melayu,orang Islam..betapa banyak yang mundur dan rosak kerana kita tidak lagi rasa izzah dengan agama kita. Kalau orang kata melayu pemalas, kita kena tukar persepsi mereka kerana Islam ajar kita berkerja bersungguh-sungguh. Jadi, nak betulkan masyarakat kita, mulakanlah dengan mendidik diri dan orang sekeliling dengan agama..Ad-Din, this is our way of life.
semoga masyarakat kita aman harmoni..macam masyarakat Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad.
muslim sama muslim pun toksah la duk gaduh2..kita sama2 berlapang dada..kita umat Islam ada misi yang lebih besar perlu kita tunaikan. Bagaimana nak izzahkan Islam kalau kita sendiri tak bersatu dan tolong sama2 muslim,kan?
saya tak pandai sangat nak ulas cerita..penulis ni tulis lagi hebat>>
ReplyDeletehttp://mohaz.blogspot.com/2009/09/gadoh.html
buka mata,buka hati.pemegang biasiswa mara,kita pun kena berubah.usah rasa senang dengan benda yang kita mudah nak dapat.USAHA! duhai orang melayu!
awk ckp fasal ckgu, k'fatin teringat quote ni, "good teachers, teach. great ones.. inspire"
ReplyDeletex sure ada kaitan betul2 ke x..hee. tp sesetengah ckgu mmg kita akn t'kenang sepjg hayat ar,, some yg very excellent in teaching, some that're so nice n really make many differences in people's lives - ie they showed s0 much faith in u.. n in doing so, make u have faith in urself too.
- k'fatin anak kwn mak nadiah =D