Monday, December 28, 2009

pit stop

salam to all readers.

saya masih tercari-cari waktu untuk menunaikan hak di ruang ini. Maaf, sudah lama tidak ada post dalam post ini. walaupun sebenarnya sangat2 rindu untuk mencambahkan buah minda, tapi entahlah, belajar pun masih tersekat-sekat. clinical year saya rasa memang menuntut saya untuk menyusun waktu dengan bijak. Kadang-kadang rasa macam nak rumbling kt sini jap, tp bila fikir2 banyak lagi benda lain nak buat. kadang-kadang rasa nak memberi..lama dah tak ada pengisian kt blog ni..mungkin di lain waktu.
harap-harap adalah waktu..

sometime terfikir, benarlah kata orang semakin meningkat umur semakin susah laluan yang dilalui. adakala saya berkira-kira, bilakah waktu untuk saya luangkan untuk diri sendiri? saya merindui saat-saat meluangkan masa dgn sesama ahli bait..sedang waktu-waktu ini menuntut diri untuk banyak keluar berkerja. dearest housemates, saya harap anda semua memahami..

namun saya yakin,
inilah jalan yang saya pilih. bukan jalan untuk bermalas-malasan.
saya perlu terus kuat..banyak mencari..dan terus mencari..terus berkerja..terus berusaha
saya harap penat dan letih tak melunturkan semangat untuk terus bersemangat mengejar ilmu,
terus bersemangat di dalam kelas dan kurangkan mengantuk dalam kelas. saya harap walaupun terkejar2 saya masih boleh hadir ke kuliah lebih awal dari lecturer sampai..sbb saya rasa x best bile smpi lg lambat dr cikgu...mcm x bersemangat nk dpt ilmu, sedangkan kita sbg pelajarlah yang perlu mengejar dan menunggu cikgu, bukan sebaliknya.
bukankah begitu?

saya harap saya x lambat lagi.


di saat ni, rasa macam nak rehatkan minda...
duduk, fikir balik.
dalam kepenatan kita berkerja dan beramal kat dunia ni, rugilah andainya niat tak selalu diperbaharui..kadang2 perasaan penat tu sekejap je dah hapuskan pahala2 kita..
walaupun kepenatan ke kuliah dari kol 8-6petang, kalaulah kita benar2 niatkan mencari ilmu kerana Allah, sure walaupun penat masih rasa berbaloi berjam2 mengadap buku..

this is a little reminder to myself, saya harap saya berhenti mengeluh kena keluar siang dan malam..study grup ke,tugas persatuan ke, ziarah ke, tunaikn hak ukhti ke ape ke...saya harap saya x lupa niatkn kerana Allah...semoga Allah terus menjadi my greatest motivator.

and truly,
right now, terasa benar2 rindu mahu sujudkan dahi ini kepadaNya..kalau boleh saya nak satu hari cuti dari semua runtin harian, saya nak duduk seorang diri dengan Dia sahaja tanpa diganggu orang lain. bolehkah?? sesungguhnya hanya Allah jualah sumber kekuatan hati..

buat kawan2 4th year,
selamat meneruskan perjuangan anda.
sambung lg next time...
semoga terus bersemangat kawan2!!



1 comment:

  1. salam wbt.
    nadiah..
    hehe,masuk tahun 4 ni,mmg tak dinafikan apa yg diceritakan tu benar belaka.tp mgkin tidaklah seaktif nadiah.(tu kne tny housemate la nmpknya)
    belajar tercungap jgk lagi.tak dpt track yg betul2 lg agknya.
    well,semakin meningkat dewasa,semakin complex hidup kita.
    teringin jg satu hari merehatkan minda,mengeluarkan diri dr kesibukan dunia.
    takpe,wlwpun bukan sehari,klaupun sekejap kita dpt beri ruang kpd dr sdr dgn sebaeknya,setidak2nya kita merasai kelegaan yg sedikit,yg bisa mmbuatkn kita terus bersemangat.
    heheh.
    ~genu2~

    ReplyDelete