Monday, June 4, 2012

pelangi hidup

tersenyum,
Tuhan selalu berikan aku kudrat kekuatan. Manusia di sekeliling pun berlalu dan berlegar, melihat aku tersenyum bersemangat. Terus, menolak aku bergerak ke hadapan..dan manusia melihat aku gagah berjalan terus dan terus...

adakala kupejamkan mata; cuba berdiri pada realiti. realiti dan padangku nanti benar-benar akan menyentap semangatku, jiwaku, kekentalanku yang membuak-buak hari ini. aku risau, hari esok orang melihat aku tersadai .

aku tidak mampu menangisi, jika apa yang ditetapkan menuntut redha kepada Tuhan. adakala terlintas dihatiku, medanku berbeza..Tuhan karyakan hidup aku berbeza, walau penat untuk kucuba sampaikan,luahkan, aku masih tidak mampu membuatkan mereka melihat aku dengan kacamata berbeza..ramai, mungkin memandang sebelah mata. hanya tinggal genggaman tabah dan kekuatan untuk aku harungi, walau seorang.

Tuhan melatih aku untuk berdiri dengan penuh kekuatan. walau dalam keadaan aku lemah ingin memahut, selalunya aku harus bangkit sendiri, dengan mencari kekuatan itu sendiri. aku perlu terus bergerak,bangkit, memapah orang lain, dalam keadaan hatiku sendiri sedang merah, hidup membuatkan aku terus bergerak...membiarkan diri, dan menyembuh orang lain.

sampai masa kuimpi jua bahagia buat diri. sampai masa, kuimpi manusia melihat didalam jiwa kecil yang mereka lihat penuh dengan semangat, ada portion besar yang memerlukan bantuan..dokongan..sokongan. kerana jauh dalam hati seperti takut dan gentar melalui hari-hari seterusnya sendiri.
namun.
rupanya aku harus terus berdiri.malah mungkin sendiri.kerana mungkin aku lebih kuat dan mampu..untuk berdiri sendiri.
melihat esok, kunampak kamu, manusia-manusia kecil yang menanti aku kembali dan menjadi tempat mendapat kekuatan.


hidup ini, banyak ajar aku tentang kekuatan.
namun, aku hanyalah insan biasa.
seteguh mana pun aku,
aku masih seorang hamba
yang ada hanya pinjaman darinya
dan hidup ini berputar
bukan dengan kehendak dan aturanku
yang ada hanya untuk aku bersyukur
dan terus..berjiwa hamba..tanpa mengharap pada dunia
moga syurga berikan aku bahagia.

1 comment: