Bercerita dengan sahabat2 saya yang sudah dan juga yang bakal melangsungkan perkahwinan...kata mereka,sebelah perempuan tak perlu nak susahkan pihak lelaki dengan wang hantaran yang banyak, mahar tinggi, bayaran khemah catering etc..kebanyakan keluarga pihak perempuan selalunya demand tinggi, kesian juga tengok sahabat2 ni penat nasihat keluarga mereka. Bukan senang nak bagi keluarga faham..lagi-lagi di Malaysia. Nak cakap tak nak bersanding pun susah, tak nak make up tebal pun susah. Semoga Allah kuatkan kita untuk berpegang pada prinsip yang hak..
Saya baru tersedar bila ada orang tegur pasal puji kawan2 yang kawin make up tebal2, walhal diri sendiri tahu tabarruj berlebihan tak boleh dalam Islam.Ya, salah tu..walaupun tak ada niat nak galakkan orang bersolek waktu jadi pengantin, tapi bila kita puji pengantin2 yang dirias cantik, as seem pengantin memang kena bertabarruj di hari menjadi raja sehari. Semoga Allah ampuni diriku.Susahnya, kalau cakap kat family di Malaysia tu sure diorg tak faham kenapa tak mahu make up.
Seorang sahabat saya pernah pesan; sebut tentang marriage, orang akan bayangkan hantaran berapa dulang,nak pakai baju warna apa..etc..ni orang perempuanlah ni fikir2 detail2 macam ni..tapi kita kurang berfikir tentang perkahwinan tu dari sudut yang meluas..sesungguhnya kebahagiaan di hari menjadi raja sehari tu bukanlah penentu kebahagiaan hari-hari seterusnya. Bagaimana kita mencorakkan keluarga sendiri, bermula dengan persediaan diri terlebih dahulu.
ok. saya tak berniat nak tulis panjang2 post ni, sesungguhnya saya sendiri takut seandainya Allah uji saya dengan kata-kata yang saya kalamkan di sini. Buat sahabat2 yang sudah/ bakal berkahwin semoga perkahwinan itu menjadi medan menambah taqwa dan iman, lahirnya zuriat2 soleh dan solehah yang bakal menghidupkan Islam dibumi Allah.
barakallahulakum.
No comments:
Post a Comment