sambil blog-hopping cari bahan2 untuk baca skit, terjumpa satu blog ni..ade letak gambar perkahwinan satu pasangan. Tengok punya tengok, tak sangka rupanya dia salah seorang senior sekolah saya dulu..
Sebenarnya, beliau ni salah seorang senior yang paling saya hormati dan role-model saya sejak sekolah lagi. Seingat saya, masa sekolah dulu dia jadi top 10 pelajar terbaik seluruh Malaysia masa SPM batch dia, bangga cikgu2 kat sekolah time tu.. saya ingat masa pemberita TV mane ntah datang interview tanya apa resepi kejayaan dia, dia pesan, orang melayu jangan malu bertanya...pesan dia, inilah problem terbesar orang melayu yang buatkan orang melayu susah nak berkembang. Huh, sejak tu juga la saya berazam nak jadi macam tu, sampai la waktu ni-dh jadi budak medik pn saya ingat pesan dia..dan memang betullah cakap dia..kalau malu memang sesat jalan.
Masa di sekolah, bukan sekadar terkenal sebagai top student, tapi semua cikgu-cikgu puji pekerti beliau..sopan-santun, imam solat, ahli badar lagi.memang satu nama yang besar di sekolah dulu, tambah2 lagi satu batch dia budak baik-baik semua..terasa biah solehah waktu tu.
Beberapa tahun berlalu, tahu-tahu beliau ambil medik di sebuah negara Eropah..alhamdulillah, tahu-tahu beliau aktif dalam dakwah, dan sekarang sudah pun dirikan bait muslim... sepanjang di sana, beliau masih lagi dikenali sebagai orang yang sama disekolah dulu.orang berbudi, ke mana sahaja dikenang, kemana sahaja diteladani..dan kini menjadi ahli penyebar risalah..ajak orang ke arah kebaikan..MasyaAllah, semoga Allah juga golongkan kita dengan orang-orang sebegini.
Bila kita lihat balik pada diri, alangkah bagusnya kalau kita juga mampu jadi seperti orang-orang ini..sebarkan bau harum ke mana sahaja kita pergi, disenangi, didampingi selalu..mad'u juga mudah tertarik, mudah ikut..perbuatan dan akhlak kita sahaja dah jadi cara berdakwah..dan sungguh sebaik2 contoh kita adalah Rasulullah SAW.. saya selalunya bila baca sirah Rasulullah, selalu terfikir betapa jauhnya akhlak kita dari rasulullah, terasa begitu banyak kekurangan dan kekhilafan diri, sedang kita belajar tentang agama, belajar tentang adab.. Rasulullah orang paling lembut walaupun dengan musuhnya, masih ada hilm..paling pemalu, kalah anak dara..tapi bila tegakkan perkara hak, Rasulullah tetap tegas, sampai kata kalau Fatimah sendiri buat salah pun akan kena hukum hudud..hebatnya kekasih Allah.. ya Allah, kurniakan kami akhlak sebaik-baik akhlak seperti kekasihMu..
Mari kawan-kawan..saya ajak diri saya dan anda supaya upgrade diri..seronok kalau ada kawan cakap kat kita, bila tengok muka kita ingat kat Allah..masyaAllah, seronok dapat kawan macam tu, seronok lagi dapat jadi macam tu. Akhlak ni benda basic, tapi paling susah kita nak praktik..sebab ia dah jadi tabiat kita..kalau tgh kalut-kalut, dah xd masa nk cover2,time tulah terserlah 'akhlak' sebenar kita..dan sesungguhnya saya sendiri masih banyak kekurangan diri. Tak usah nak tengok pada diri orang lain...
To my senior, barakallah lakuma wa baraka alaikuma..semoga beit muslim yang terbina menjadi penguat dakwah dimuka bumi ni..menjadi penguat diri untuk terus menyebarkan kebenaran..
Serius, seronok la jadi orang baik macam anda. Semoga saya berjaya mencontohi teladan2 baik anda!
tapi..kita bau busuk umpat.
ReplyDeletehuhu,takpe2..mesti at least penah juga bagi bau wangi sket2.
ReplyDeletemesti upgrade diri!
teringin utk menjadi seperti senior yg kamu ceritakan~
ReplyDeletedoakan!