Sunday, July 18, 2010

menulis

apa nikmatnya menjadi seorang penulis?


dahulu saya suka berkarya, saya lebih pandai melahirkan sesuatu yang saya rasai melalui tulisan dan ayat-ayat metafora, yang adakalanya hanya saya seorang yang faham.

Suatu kepuasan.

dahulu, di waktu sekolah saya gemar membaca tulisan-tulisan sastera, saya gemar pada pertandingan menulis. tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi ahli kelab sasterawan muda. Semangat itu terhenti di tengah jalan, angan-angan hingga kini hanyalah angan-angan.

kini,
saya seorang pelajar perubatan. saya komited pada amanah menjadi seorang ahli pemikir saintifik. ini bukanlah impian saya, namun tidak bermakna saya menyesali pilihan ini, apatah lagi membenci. saya gembira, menggunakan teori saintifik dan membakar minda bermain dengan diagnostis penyakit, namun adakala saya rindukan minat saya yang dahulu, yang saya percaya tanpa asahan dan usaha yang berterusan akan terpadam..

minat entah mungkin hanya tinggal minat. tanpa kebolehan, minat takkan mampu berkembang. mungkin masih ada yang mampu menulis dengan hebat, mampu berkarya dengan hebat,
tetapi saya?

minat dan cinta saya pada seni membuatkan saya rindu untuk berkarya. berkarya dengan kepuasan hati, bukan kerana paksaan di dalam kesibukan. Ilham menuntut waktu dari 24jam saya. Maaf, hingga kini waktu saya untuk prioriti, malangnya berkarya bukanlah subjek prioriti dalam hidup saya sekarang.

menunggu bila ilham mahu menyapa diri dan mengunci jari untuk menulis..menulis dengan kepuasan diri dan firasat hati.


2 comments:

  1. hm itulah..
    nak mbaca dgn banyaknya, kemudian nk mengolah idea lagi, kemudian menulis..
    buku medic pn byk juga yang nk kena 'olah' dan dibelek2..xhabis2 pn,
    mcm mana ye?

    time management salah ke?

    ReplyDelete