assalamualaikum wbt..its been a while since i left this page not updated, currently I am busying with other priorities..but thanks anyway for those who willing to drop by.. rase terharu each time i open this page, my feedjit selalu je penuh. insyaAllah, im praying to Allah, moga sentiasa dilapangkan minda, diberi ilham...semoga ruang ini menjadi ruangan perkongsian utk kita sama2 memberi makanan rohani..
hari ini mahu bercakap tentang sabar.
Few days before, saya baca satu buku ni..dia sentuh tentang kesabaran..
katanya, kesabaran ini adalah sinaran...
kenapa sinaran?
kita semua selalu dengar, sabar adalah antara sifat yan tinggi darjatnya disisi Allah..berulang2kali kita diingatkn tentang sabar, mengapa? kerana kesabaran itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita laksanakan..
cuba kita lihat pada fitrah alam, Allah menjadikan segalanya berperingkat-peringkat, dengan penuh kesabaran..bagaimana benih yang bercambah menjadi tanaman, menuntut kesabaran dari sang petani.Begitu jua akan kejadian alam ini.
mari aplikasikan dalam hidup kita.
jadi, mengapa sabar itu adalah sinaran?
setiap amalan dan perbuatan kita sepanjang perjalanan di dunia...andai brjalan seiringan dengan sabar, pasti akan menemui kebahagiaan dan kebaikan.
bersabarlah dalam melaksanakan ketaatan,
kerana berapa ramai yang mampu bersabar mematuhi arahan dan suruhan Illahi?
bersabarlah dalam menutup aurat...mungkin terasa panas dan bahang, tetapi azab Allah itukan jauh lebih dasyat bahangnya?
bersabarlah dalam menrajinkan diri menambah amal ibadah, walaupun solat sunat dua rakaat, walaupun baca alquran 2 muka surat..y membezakn orang yang menambah amalan mereka adalah kerana mereka bersabar dalam ketaatan..melawan perasaan sendiri yang sentiasa mengeluh kepenatan~
bersabarlah dari mengikut nafsumu..
renungkanlah, malah mari kita lihat pada diri kita sendiri. Apakah kita selama ini kuat utk bersabar dari tuntutan hawa nafsu? nafsu mata yang meliar, nafsu mulut yang mengumpat, nafsu hati yang mencari kebatilan? Kita lebih gemar tertewas dengan kenikmatan dunia..lebih gemar hidup selesa dengan menggemukkan nafsu..
di dunia ini, kalau mahu jadikan nafsu itu raja, kau buat sajalah apa-apa! nak berhibur sepanjang hidup, nak goyang kaki sepanjang hidup, nak bermaksiat selamanya, nak bergaul bebas, keluar lelaki perempuan, buatlah!! kalau anda rasa anda x mampu nak bersabar dengan dunia..jangan risau, balasan Allah menanti.
hati-hati, dunia inikan permainan sahaja, bersabarlah..usah terlalu mengikut rasa.
Merekalah orang-orang yang membeli kehidupan duniawi dengan akhirat sehingga rugilah perniagaan mereka, dan dikatakan kepada orang yang bermaksud menunjuki jalan kepada mereka: “Berpalinglah engkau dari orang yang tiada memperdulikan pengajaran Kami dan hanya menginginkan kehidupan duniawi semata! Pengetahuan mereka hanya sehingga itu”. (QS. An-Najm : 29-30).
jadi, hukum alam ini;
::jika anda bersabar dan menahan diri, anda menang di pengakhiran nanti::
sabar adalah kunci kepada kebaikan,
kalau dalam menuntut ilmu pun, kesabaran adalah point yang membezakan kita;
bersabar dengan kemalasan diri
bersabar dengan ilmu yang susah difahami
bersabar dengan latihan dan ajaran pendidik
mereka yang sabar, pasti berjaya. siapa yang tidak bersabar dengan kemalasan, sure la x study. siapa yang x bersabar dgn subjek y susah..awal2 lagi dah surrender putus asa..
siapa yng x bersabar dgn latihan dan ajaran guru2, pasti malas untuk datang ke kuliah & sbgnya..
satu lagi contoh, mari kita lihat fikirkan tentang acara lumba lari ( sbg nk raikan KSPCI ke? hehe...boleh la)
selalu sy terfikir, kenapa ada pelumba lari? bukankah berlari itu memenatkan? kalau lari berratus2 meter tu..kalau diikutkan hati, sudah penat rasa nak berhenti je tengah2 race.
tapi, apa sebenarnya yang mendorong kita untuk teruskan langkah sampai garisan penamat?
>>kesabaran,
sahabat saya pernah pesan pada saya, waktu lari yang paling penting adalah minda kita...didik supaya bersabar dan teruskan berusaha lari tu smpi ke gari penamat...jangan kalah dengan kepenatan...kerana badan akan terus mengikut minda yang masih kuat bersabar utk berusaha..
menarik bukan?
jadi, inilah yang perlu kita aplikasi dalam hidup kita..adakala rasa putus asa dan nak quit tu senang saja utk dituruti, tapi kalau kita bersabar....bukankah ganjaran baik yang menanti kelak?
so, the key point is sabar, kn>?
memetik kata saidina Ali r.a:
“Sabar itu dari iman, adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh. Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kepala. Dan tidak ada iman, bagi orang yang tiada mempunyai kesabaran”.
jadi, kenapa berbeza? mengapa ada yang mampu bersabar..mengapa ada yang tidak mahu bersabar?

segalanya berkait rapat dengan keimanan yang tertanam di dalam hati.. iman yang subur pasti membajai sifat sabar dalam diri seseorang.. begitu juga sebaliknya, sabar itulah yang memupuk keimanan..sesetengah berpendapat sabar itu merujuk kepada sikap kita dalam menahan diri dari mengikut nafsu syahwat. Seandainya berjaya memerangi hawa nafsu, iman akan bertambah..
jadi, inilah ganjaran awal bagi sifat sabar>> keimanan!
pesanan Umar Al-Khatab dalam suratnya kepada Abu Musa Al-Asyari:
“Haruslah engkau bersabar! Dan ketahuilah, bahwa sabar itu dua. Yang satu lebih utama dari yang lain: sabar pada waktu musibah itu baik. Dan yang lebih baik daripadanya lagi, ialah sabar (menahan diri) dari yang diharamkan Allah Ta’ala. Dan ketahuilah, bahwa sabar itu yang memiliki iman. Yang demikian itu, adalah bahwa takwa itu kebajikan yang utama. Dan takwa itu dengan sabar”.
sabar adalah sinar kepada kebaikan...kerana sabar itu membentuk taqwa dan iman,
semoga Allah kurniakan kita kesabaran, sabar dengan kehidupan dunia, sabar dalam mencari bekalan ke alam seterusnya.. sabar dalam menjadi hambaNya..sabar dalam melaksanakan Islam sepenuhnya dalam hidup..
“Kepada orang-orang itu diberikan pembalasan (pokok) dua kali lipat, disebabkan kesabaran mereka”. (QS. Al Qashash : 54)
“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung”. (QS Az-Zumar : 10).
semoga Allah kurniakan kita kesabaran sepanjang kehidupan ini....amin../
setuju pasal larian.larian perlukan kekuatan saiko. mari berlari marathon, dan rasakan saiko itu. kalau x mampu..buat half marathon.marathon adalah larian berskala tetap (50km)
ReplyDeletepasal sabara adalah sinaran. dalam bahasa arab. ada beza nur dan dhiya' nur adalah cahaya. dhiya' adalah sinaran. sinaran tu..dalam fizik satu alur yang begitu tajam.
cahaya pula dikaitkan dgn refleks kepada sinaran. contoh satu alur cahaya dipanah ke dinding. dan dinding itu bercahaya.~
uh~menarik bahasa arab ni