Sunday, January 24, 2010

hati yang sakit


assalamualaikum wbt

Sebetulnya, saya baru tersedar yang saya adalah seorang yang amat mudah terpengaruh dengan persekitaran. Mungkin sebab itu, saya sangat suka mulakan hari saya dengan perkara-perkara yang membuatkan saya tersenyum. Pagi yang menyenangkan memberi semangat untuk saya memulakan hari.

Namun, kita semua adalah manusia. Kadang kala, melihat ramai insan di sekeliling kita yang dirundum masalah, hatta terlalu banyak 'hati-hati yang sakit'..lebih parah bila kita tidak menyedari kesakitan ini..

sakit hati yang saya maksudkan bukanlah sakit hati yang orang melayu selalu maksudkan..
tapi,
apa yang diterjemahkan di sini adalah penyakit hati yang membuatkan hati menjadi kosong dan gelap...terlalu banyak sangka buruk, prejudis, iri hati dengan sahabat sendiri.
malah lebih parah lagi bila hati sedang sakit dijangkiti barah-barah 'love story'..
hati sudah tidak sibuk mengingati Allah..lebih banyak waktu terlepas kerana chatting-ikhtilat cyber orang cakap zaman la ni.

oh, nadiah tolong jangan jadi kolot!
oh yeke saya kolot?

saya kini sedang dirundum keresahan melihat ada kalangan sahabat yang seronok berkenal mesra antara yang soleh dan yang solehah. hati-hati..mari, jaga hati..

ada apa dengan kesengsaraan hati yang sedang sakit?
hati yang sakit antara tanda jauhnya hati itu daripada mengingati Allah.
bila sudah tidak disibukkan dengan kebaikan, amatlah malas nak pergi ke kelas ilmu mencari peringatan buat diri..terasa lebih indah melayan kehendak nafsu.
facebook berjam-jam, chatting berkenal-kenalan, etc..
tiadalah faedah tetapi inilah yang kita peruntukkan berjam-jam,
sedang kita katakan kita sedih melihat umat bergelumang dengan gejala sosial,
sedang kita luahkan rasa risau dengan masalah yang ada di sekitar jangkauan ruang mata.
tapi mengapa, yang bercakap itulah yang masih terleka bersama hati yang sedang kelaparan mencari suapan jiwa..

mengapa begini jadinya?
mungkin di sini ruang untuk kita sama-sama merenung diri.
baik anda lelaki.ikhwah.gentleman.perempuan.akhwat.lady
pernahkah dalam hari-hari kita bertanya akan khabarnya hati?
mungkin hati dah tak tahan menanggung tompok2 hitam dosa yang makin lama makin melikatkan kegelapan hati.
sahabat, khabarkan pada saya,
mudahkah untuk anda menjaga sekeping hati?
tatkala terasa ringan untuk berikhtilat, mampukah anda menjaga hati dari seribu satu perasaan yang sikit-skit nak bercambah dalam hati?

malah barangkali, mungkin juga bila mana terlalu banyak sangka buruk sesama sahabat,
sehingga tiadalah sedar hati sedang membenci tak tentu hala..
hati iri hati..jealous..mungkin pada kebaikan orang lain, mungkin pada kelemahan orang lain, mungkin pada kemesraan orang lain..
hati yang sakit...
membiarkan kita terus melihat gajah di tembok sebelah..
nyamuk yang lalu depan mata x tepis2 jua...
fahamkah analogi yang saya maksudkan?
ya..
bila hati sudah lama terbiar sakit..
salah orang mudah saja di depan mata, salah sendiri langsung tak pernah kita jengah.
ya Allah, semoga Allah jauhkan dari kemudharatan penyakit hati...



Rasulullah SAW bersabda :

Musibah ( fitnah ) itu masuk kedalam hati seperti dianyamnya tikar, sehelai demi sehelai. Hati manapun yang menerimanya akan tertitiklah padanya setitik noda hitam. Hati manapun yang menolaknya akan tertitiklah padanya setitik cahaya putih. Akhirnya hati akan terbagi menjadi dua, hati yang hitam legam cekung seperti gayung yang terbalik, tidak mengenal kebaikan tidak pula mengingkari kemungkaran., selain yang dikehendaki oleh hawa nafsunya, dan hati putih bercahaya yang tidak akan tertimpa madharat fitnah, , langit dan bumi masih ada. ( H.R. Muslim)


bila mana hati telah hitam gelita, tercampur aduklah antara kebaikan dan kemungkaran sehingga tidak lagi dapat membezakan antara duanya..nauzubillah..jagalah hati, kerana hati yang sudah kabur cahayanya, adakala perkara yang dilarang tampak seperti halal sahaja untuk dilakukan..


namun bila mana hati terang bercahaya, cahaya yang menerangi itu adalah cahaya iman, yang menyuluh pada kebaikan, dan yang menutup kemungkaran..


hati-hati yang sihat bercahaya sentiasa meraikan peringatan dan nasihat yang baik, sentiasa meraikan ukhwah dan kasih sesama saudara..hati-hati ini rindukan ithar dan mahabah, bukannya mudah-mudah meletakkan zhan yang buruk sesama manusia..


masyaAllah, moga saya jua sentiasa dalam peliharaan Allah utk terus diterangi cahaya iman.

kita manusia, ada kala kita tidak pun sedar sehari-hari hidup bersama sekeping hati yang sedang dihimpit dosa-dosa.barangkali bukanlah dosa besar, tetapi tidak kita sedar cebis-cebis dosa inilah yang sedikit hari menjauhkan kita dari Allah..

malulah kita...sekurang2nya 5 kali sehari kita berjanji untuk mematuhi Allah dalam sujud dan rukuk sembahyang kita, tetapi kerap kali kita leka untuk bertaubat dan menjauhi dosa..


dari saat ini, mari kita cuba isikan hati dengan nutrisi yang menghidupkannya..

kerapkanlah lisanmu membaca Al-Quran..fahamilah dan renungilah ayat2Nya, barangkali begitu mudah hatimu akan tersentuh dengan peringatan dariNya


tinggalkanlah sedikit masa tidurmu, hadirkan dirimu kepadaNya di sepertiga malam..bermunajatlah..moga-moga hati yang keras macam batu itu menjadi lembut di hadapan Allah


carilah semangatmu..dari golongan2 yang akan sentiasa mengingatkan kamu kepadaNya..mintalah peringatan dan nasihat dari mereka..usahlah terus bergelumang dengan mereka yang terus-terusan mengajak kamu kepada lagha..mari,kita sama2 saling memberi peringatan

basahkan bibirmu dengan zikrullah..sebutlah nama TUHANMU lebih banyak dari kalam2mu yang lain..

moga hatimu kembali bersih dan suci..

perbanyakkan berpuasa, moga kita sama-sama dapat mendidik hawa nafsu kita..


sahabat2,

sungguh peringatan ini suatu yang sangat sangat berat untuk jemari ini menulis, namun ini adalah daya penolak untuk saya sendiri mengamalkannya..sungguh, saya hanyalah insan yang sentiasa leka dan alpa..malah mungkin esok atau lusa saya pula diuji sebegini..saya mengharapkan andalah yang hadir mengingatkan diri ini..

semoga kita sama-sama dapat saling memperingatkan satu sama lain.

saya hari ini amat rindukan seorang sahabat saya yang sentiasa memberi kalam yang baik,qudwah yang baik, teguran yang baik..kerana bila mana saya disisi dia, saya terasa 'dijaga' dan diperingatkan di kebanyakan masa..

benar,saya rindu sangat pada ukhti.

saya tengah sesak nafas melihat maksiat di kiri dan kanan. moga Allah beri kekuatan utk nahi mungkar.


kepada sahabat2,

saya tak tahu siapa yang suka baca blog ni..cuma setiap kali saya menulis, saya berharap kata-kata saya masuk ke dalam hati para pembaca.semoga kita sama2 dapat bermuhasabah dan merenung diri..


semoga kalam2 di sini menjadi medan utk kita kembali berfikir tentang Pencipta yang Maha pengasih...


mari, kita ubati hati.

1 comment:

  1. salaam

    betul,kadang2 bilamana kita tidak mengisi masa kita dengan perkara2 baik, samada ia akan diisi dengan banyaknya makan,banyaknya tidur ataupun banyaknya lagha.

    ketiga2 perkara di atas membawa prognosis yang buruk jika tidak dirawat

    untuk bergantung kpd ukhti2 lain memberi nasihat, kadang2 mereka lebih memerlukan nasihat.

    jadi, ana kadang2 buka internet pagi2 untuk dengar ceramah.Barulah ana rasa segar hati,badan pun terasa ringan untuk melangkah ke kelas ilmu..=) try to listen to nouman ali khan's talk

    sister in islam

    ReplyDelete