Tuesday, October 20, 2009

bukan orang biasa!

bismillahirrahman arrahim..

pernah x terfikir siapakah aku dalam usia 20-30 tahun lg?


tahun demi tahun, kita melangkah setapak ke dalam permulaan baru dalam hidup.adakala, umur yang baru adalah penolak untuk diri kita melakukan perubahan dalam hidup, namun adakala tidak seiring dengan peningkatan usia, kita lalui hidup seperti selalu..seperti 3 tahun yang lalu.

mungkin inilah manusia.

barangkali bukan sedikit yang memilih untuk menjadi manusia yang mengikut rutin...sampai ke mati.

maksudnya?

ada orang.
okla, mari kite bg contoh seorang medic student

apa dia buat sepanjang hidup dia?

pergi kuliah.balik mandi makan.studi.tido.exam.studi.exam.studi.exam.graduate.houseman.kawin.berkeluarga.mati.

mungkin adalah rutin seorang manusia.biasa.

ada manusia lain.
yang punyai matlamat dalam diri.
dia tidak mahu sekadar mati di dalam rutin harian.
dia memilih untuk menjadi manusia yang lebih dari itu.

2 minggu sepanjang saya masuk clinical yr yang mnjadi medan baru utk diri saya. banyak yang saya fikirkan.
kadang2 bila kita tengok doktor2 hebat yang mengajar kita, sedikit sebanyak saya mengkagumi mereka.dan mendapat inspirasi dari mereka.
terfikir, siapakah aku dalam 20-30 thun akan datang?
saya ingin menjadi seperti mereka. meletakkan impian yang tinggi..nak sambung belajar tinggi2 mcm diorg..jadi doktor yang baik dan cemerlang dalam bidang sendiri..dan di hormati masyarakat..kerana bagi saya, sebagai seorang muslim, seharusnya kita mempunyai cita-cita yang tinggi.

saya selalu berangan. dalam 200 orang yang belajar bersama2 dgn saya di fakulti perubatan alex ni, sekurang2nya ada yang akan jadi pakar dalam bidang2 tertentu, malah x mustahil ada yang bersaing dengan kaum2 lain untuk dapat noble prize dan sebagainya.

mungkin ada yang gelak bila dengar tentang angan2 ni.
tapi kalau anda hanya rasa nk gelak, dan x rasa nak sahut cabaran saya ini, saya fikir anda silap.

permulaan sesuatu adalah cita-cita yang tinggi.

seorang muslim tak seharusnya melihat kejayaan diri adalah aset yang paling berharga dalam hidup. kerana bagi saya, impian saya adalah untuk melihat ramai pakar2 doktor muslim bersaing dan menjadi contoh..yang orang cari2 kerana kepakarannya..yang orang kagumi kerana ketulusan dia berkerja.
bukankah kita umat islam, umat terbaik di dunia??

baru2 ni di malaysia saya ada baca buku tulisan Tun Dr Mahathir, sy x ingt tajuk buku tu tapi dlm buku tu dia mencabar warga malaysia untuk menjadi pemenang nobel prize pd tahun 2010 (kalau x silap la tarikh tu). soalnya, apakah kita sebagai orang islam rasa tercabar dan rasa berkobar2 nak sahut cabaran ni? atau kita.hanya seperti kebanyakan orang melayu..yang duduk ditepi, bagi peluang kat orang lain..disamping rasa rendah diri dan nak jadi yang mengikut dan memerhati sahaja?

mari, kita keluar dari rutin kita!
jadilah orang yang luar biasa!

kerana dunia memerlukan kita.memerlukan kepakaran kita.

jangan kita letak target yang kecil dalam hidup kita...
sebagai muslim, kita perlu ada misi yang besar dalam hidup.
islam menggalakkan kita menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang.

jadi mengapa bukan kita yang menemui penawar AIDS nti?
mengapa bukan kita yang jdi pakar jantung paling hebat nti?
apa beza kita dengan bukan muslim?


fuh..cakap berapi je yek.hehe..mungkin ada orang yang ckp kt saya mcm tu kot.
ok.ye, sy memang bersemangat.saya punya cita-cita yang tinggi. tapi kadang2 sebagai seorang perempuan saya juga berfikir, mungkin saya ada keterbatasan dalam beberapa aspek.sy tak nafikan, untuk seprang perempuan menjadi pakar bedah contohnya, sebenarnya banyak jg benda lain yang perlu difikir..lebih2 lagi bila sudah berkeluarga..kerana hakikatnya, antara kerjaya dan keluarga, istilah keluarga tu lebih serasi dengan seorang manusia bernama ibu..
adakala terfikir, dengan impian saya yang tinggi ini, ke mana saya akan pergi? apakah mampu untuk saya berjaya dalam kedua2 'dunia'?

tapi saya tahu diluar sana masih ada ramai manusia, lelaki2 terutamanya. mengapa tidak saya kongsikan semangat ini. saya menyeru kepada anda, jadilah anda orang2 yang umat sedang nantikan..
kita mampu menjadi yang terbaik. and everything start with a dream..and to follow the dream, we have to plan and strive to reach the highest top!

satu benda yang saya kongsi dengan anda semua.

sekarang saya di surgery department. saya jumpa ramai pakar bedah muslim yang baik2 dan hebat2 semua. alhamdulillah.setiap kali melihat mereka, saya brmimpi nak jadi sehebat mereka. kerana saya kagum dengan semangat mereka nak bantu umat islam, maka mereka merantau seluruh benua untuk dapatkan skil yang bagus dan mmpraktikkan pd masyarakat islam.
salah seorang doktor yang saya kenali adalah seorang lefthanded seperti saya. apa yang saya kagumi dengan dr ni, dia juga merupakan seorang lefthanded surgeon. sebelum ni, saya selalu dengar orang cakap susah la kalu org kidal nk jadi surgeon, sbb lain dari y lain..nti kena ubah susun atur dlm operation theatre dan sbgnya. tapi, Doktor ini dah membuktikan pada saya..there is nothing impossible in this world! dan despite dia seorang pakar bedah yang kidal, dia adalah antara salah seorang pakar bedah yang 'outstanding' di Alexandria ni. saya harap, walaupun kalau nti saya bukan seorang pakar bedah, tapi sekurang2nya semangat beliau itu dapat mengalir bersama dalam diri saya. terima kasih Allah, sebab temukan saya dengan insan2 hebat seperti mereka.

inilah antara inspirasi saya. dan anda di luar sana, saya tak tahu kalau cerita ini memberi apa2 erti pd anda, atau mungkin anda tak terkesan pn dengan cerita ni, xplah..
tapi, carilah inspirasi dalam hidup anda.
jadilah insan yang luar biasa!
sebab kita mampu..
dan adakala kita kena keluar dari kepompong kita.keluar dari tempurung.
dan menjadi insan yang baru.

dan apa yang membezakan kita dengan bukan islam, kita ada faith,yakni iman. iman kepada Allah.yakin kepada Allah. dan kalau sepenuh keyakinan kita kepada Allah, apakah mustahil untuk kita meyakinin setiap pertolongan dan sebaik2 pertolongan itu adalah dari Allah?

semoga Allah sentiasa bersama dengan kita semua.
buat bakal2 doktor di luar sana.
semoga semangat anda terus membakar.
buatlah sesuatu kerana Allah..
kerana Islam..
kerana disebalik setiap usaha keras yang berniat lillahi taala, pasti menggunung tinggi ganjarannya.


sekian,
thanks for reading.

2 comments:

  1. salam. nadiah,ya, kita sungguh terkesan dengan dr aiman dan dr tareq. semoga Allah berkati hidup mereka, sebab banyak perkara baik yang kita belajar daripada mereka.

    nadiah, u are not alone~

    ReplyDelete
  2. saya sangat berharap untuk melihat ada di kalangan kita nanti berjaya seperti mereka~

    ReplyDelete