hidup.
dulu, saya suka berfalsafah tentang hidup
kerana tafsiran kita tentang hidup
membuka cerita yang berbeza
ada manusia yang membuka cerita bahagia dalam hidup mereka
walhal disamping mereka ada insan yang tersenyum mengertikan keperitan hidup.
hidup ini,
ada naik turun pedih manis.
****************
tapi
dalam seribu pengertian sebuah kehidupan
saya memilih jalan yang dilalui hari ini..
perjalanan yang mengemudi sebuah kapal
usang dia berlayar
walau yang lain sedang gembira bermandi manda di muara
melambai2 aku pulang ke muara
menangguhkan pelayaran...
terkadang aku melihat dari jauh
riang dihati mereka
sedang berpesta di muara
aku berhempas pulas mengemudi kapal ini...
adakala kapal usang ini seakan terumbang ambing seakan karam
menguji apakah aku akan terus tegar berlayar,
atau terjun ke lautan
kecut akan mati bersama kapal usang yang karam..
++++++++++++++++

tidak.
aku harap selamanya aku berdiri seperti hari ini
walau aku tahu
hari esok yang melambai-lambai
menantikan aku yang kecil
untuk dihidangkan derita dunia
perlayaran ini pasti akan dipukul ombak hitam sedasyatnya..
awan-awan gelap pasti menyinsing bersama..
namun,
hanya satu cahaya yang akan terbit menerangi.
****************
biar perjalanan kami berliku
tidak setenang dan seriang mereka yang di muara
kerana untuk aku lari jauh dari cahaya iman,
tidak aku sanggup.
tanpa cahaya.aku mati dalam bernyawa.
walau aku tahu selesa perlu aku lepaskan
adakala tewas mahu mencari dunia yang memuaskan.
adakala terasa sungguh hebat mereka yang bersama Rasulullah
apakah Allah memilih aku untuk terus bersama dalam perlayaran ini,
Tuhan, Kau peganglah hati ini
biar gerhana menyelubungi perlayaran,
biar taufan memukul kapal usangku,
jangan biarkan aku terjun dari medan ini...
jadikan aku insan2 yang menguatkan saf ini...
dalam hidup ini.
kunci mengenal Ilahi adalah mengenali diri.
perhatikan, Dia sebenarnya telah lama memberi ruang untuk kita kembali merenung diri.
mencari sinar dalam hidup
mulakanlah langkah..
dengan tarbiyah dariNya,
hidup lebih bermakna.
walau adakala ujian lebih kerap menimpa diri..
makin dekatiNya makin diuji
tidakkah itu tanda kasih dariNya untuk kita?
kapal usang ini terus berlayar
mencari tenaga2 ikhlas yang mencintai Illahi.
kerana teguhnya perlayaran di medan ini adalah demi menujuNya..
thabit qulubana ya Allah.
qawaaribunnajah~~ perjalanan yg panjang memerlukan kesabaran dan kekuatan~~ rabbuna yuqawiy ukhti habibti...
ReplyDelete--kjojie--
hehe, go go!
ReplyDeletecool mcm k jojie~
al-Fudayl ibn Iyad kata,,
ReplyDelete"stick to the path of guidance, n do not be hurt by the small number of people who take this path, n beware of the path of misguidance, n do not be fooled by the large number of people who destroy themselves on this path"
wallahul musta'an
p/s nadiah,reply mesej akk kt ym tau..need to kn0w,,hehe. sms pn xpe.
-k'ftn