Tuesday, March 5, 2013

let it go.

as long as you can be happy, don't overthink about what makes you sorrow.


Thursday, August 16, 2012

Bertandang lagi

kupejamkan mata
melihat kamu membesar
dewasa
terlalu cepat
masa kita.
dewasa begitu pantas

datang dan kemudian pergi
adakah mimpi disiang hari
manis bila bertandang
berlalu begitu pantas

jari menulis
hati senyum manis
esok lusa akan kembali lagi
apa yang sudah ditangan
simpan baik-baik semat dalam hati

mata mencari
apa yang menanti
lepas ini benar-benar menjadi
biar tidak nampak dimata
dalam hati masih bertaut berjumpa

buku kita
penuh ketawa dan gembira
buat aku tersenyum
teringat masa kita yang bagai bayu pagi bertiup
sejuk membuai-buai
tenang melakar dihati
aku tak pernah pergi
hanya didepan mata tidak jumpa
dalam buku kita aku selalu senyum
menemani disisi

Tuesday, August 14, 2012

Bila umur meningkat

bila umur semakin meningkat
Tuhan hadiahkan lebih banyak pengalaman
pengajaran, erti kehidupan
saat ditanya dahulu mengapa demikian
kini aku hanya lafazkan rasa syukur
kerana pemberian Tuhan;
walau seketika dalam kesedihan
disebalik tabirnya penuh hikmat yang tersemat

bila umur semakin meningkat
aku belajar dengan umur bertambah seribu tanggungjawab untuk dijawab
dihadapanNya kelak
diambang umurku yang mencecah 2 dekad lebih
terasa setiap hari belajar perasaan baru
setiap hari belajar menangani rencah baru
setiap hari mengajar aku menjadi hambaNya yang akur

bila umur semakin meningkat
ke kiri ke kanan kau akan sedari akhirnya semua kembali kepada Tuhan
rasa susah berkerja; mengadu pada Tuhan
rasa penat menjaga keluarga; kembali pada Tuhan
rasa resah menanti takdir; mengadu pada Tuhan
di akhir cerita kau sedari
hanyalah seorang musafir yang berjalan atas aturan Ilahi

 bila umur semakin meningkat
terasa dunia amat cepat meninggalkan
sehari-hari berpenat mencari sesuap makan
membesarkan, mendidik anak-anak yang penuh ragam dan ligan
terasa kudrat dicarik-carik
terasa waktu dicuri diambil diragut
sayang sekali...setiap detik waktu tidak diniatkan ibadah untuk Ilahi

kerana bila umur semakin meningkat
ajal menanti menunggu waktu datang menjemput
penat lelah di dunia tidak akan kau angkut bersama
yang dibawa penat lelah yang kau niatkan untuk imbalan ke syurga
maka jangan bagi waktu berlalu terlalu sayang
kalau nanti meninggalkan dunia tiada bekalan untuk menemani ke sirat
setiap hari ambillah sesaat
duduk merenung hari-hari yang penat
tanyakan pada diri apa aku buat untuk Tuhan

bila umur semakin meningkat
terasa pantas waktu terlepas
matang setiap dekad diajarkanNya beribu pengalaman
dan hari ini
aku bersyukur
apa yang dihari lepas
aku jadikan sebagai guru menuntut ilmu untuk hidup
padaNya kembali seribu rasa syukur
masih Kau hidupkan aku untuk menghirup rasa nikmat dan ujian
Alhamdulillah.

Kita ini
mati bila tidak diketahui
rasa diuji hari ini hanya secubit asam garam duniawi
rasa gembira; itu juga hanya secubit dari kisah diri
hidup takkan pernah sempurna untuk gembira
supaya tidak lupa akhirat lebih indah
supaya dalam banyak ketika kita kembali ingat Allah yang Esa.

puisi ini
hadiah buat diriku
dan juga untuk kamu
=I

Monday, August 13, 2012